Apa yang best menjadi cabin crew ialah kita dapat melancong secara percuma, kita dapat melihat banyak budaya, kita dapat berhubung dengan banyak orang yang berpelbagai ragam. Selain itu, gaji cabin crew ini juga tinggi juga. Aku dah tanya member steward aku. Kalau kau rajin fly, besar lah gaji kau untuk bulan itu. Ada steward yang aku tanya, dia cakap ada satu bulan tu, gaji dia dalam RM6k macam itu. Air asia cabin crew salary for basic is RM1,000, flying per hour RM10, Sector Allowance RM20, and Incentive RM10. Tapi agak memenatkan lah. Aku mendengarnya terus terkesima. Dapat bayar ptptn lepas dah ni.


Mesti ada yang nak cuba nasib pergi ke interview cabin crew atau flight attendant ini tapi tak berani nak pergi sebab tiada pengalaman. Itulah aku. Aku tengok je iklan interview airasia berlega-lega di facebook. Tapi aku tak berani pergi. Sebab tak percayakan diri ini. 

Then, aku beranikan diri buat research tentang interview pramugara Airasia ini. Aku tanya member-member yang pernah pergi interview pramugara ini. Macam mana nak buat persiapan untuk pergi interview ini. Sebenarnya, semua persiapan sudah di tulis dalam iklan airasia itu. Tapi itulah, kita newbie lagi jadi tak faham apa yang Airasia nak. Jadi aku akan kongsikan apa yang airasia nak time interview itu. Dan juga syarat-syarat untuk menjadi pramugari atau  pramugara atau cabin crew airasia, 

Barang-barang atau sijil yang perlu dibawa semasa interview Airasia Cabin Crew. 
1. Kad Pengenalan Ori dan Salinan Kad Pengenalan. (Wajib atau anda tewas pada first stage) 
2. Recent Photo- Passport Photo(gambar segi empat panjang yang kita selalu guna untuk isi form tu) and full length potrait (gambar satu bandan kau bediri macam model and sila print cuci size 4R, kalau ambil dekat studio nice lagi.) Background dia tak kisah biru ke putih. 
3. Original and Copy of Highest Qualification Certificate or Equivalent. (Kalau dah graduate, bawa sijil dan transkrip, kalau belum graduate, bawalah mini transkrip yang ada pengesahan dari Ipt korang belajar tu) 
4.Original and Copy of SPM Certificate. (Banyak yang sekat kat sini.BM and BI makesure at least credit. Kalau lupa bawa sijil asal SPM, anda mungkin boleh fail interview ini dan disuruh pulang) 

Tips Interview Airasia 
1. Ukur tinggi. Kalau boleh belajar cara ukur tinggi yang betul untuk membuatkan badan nampak tinggi atau rendah. Sebab ada yang badan rendah, dia berdiri cara yang salah ketika sukat tinggi, dan kantoi tinggi tak cukup untuk minimum ketinggian untuk Cabin Crew. Tinggi minimum perempuan ialah 157cm /min 170cm/maximum and lelaki pulak minimun height 170cm dan maximun height 180cm.(air asia cabin crew height requirement) 
2. Be friendly to all people. Bercakap je dengan candidate yang berbaris depan dan belakang kau. Mana tahu dia bakal steward atau stewardess. Senang nak dapat tips dari dia. 
3. Dress code untuk lelaki. Sila pakai baju turun kerja baju formal tu. Tapi dalam iklan dia cakap smart casual and stylish. Ada juga yang nasihatkan candiate untuk rolled sleeve/lipat lengan baju and jangan pakai neck tie. Ikut keselesaan anda. Untuk perempuan, skirt itu panjang sampai atas lutut tak boleh lebih ke bawah. 
4. Jangan nervous and keep calm. 
5. Datang awal. Kalau Interview start pukul 9am. Datang pukul 8.30am. Awal datang, awal kena interview at least tak lah boring tunggu lama. 


Air Asia Cabin Crew Application Form
Mana nak dapatkan form ini? Sila pergi ke Airasia Application Form Online. Kau boleh isi secara typing dekat page airasia itu dan print. Kalu juga boleh print je kosong. Lepas itu isi dengan handwriting, tulis tangan.

Soalan Interview Airasia dan Jawapan Contoh. (Questions and Answers)
Ok aku akan kongsikan soalan yang selalu diajukan oleh panel interview airasia. 
1. Tell Me About Yourself. (Name, Your education, Your working experience, Hobbies)
2. Kalau kau cakap pasal Kerja/Career. Panel akan tanya tentang career kau buat itu. Be prepared. 
3. Why do you want to be cabin crew? Kalau pakai jawapan Because it's my dream job, atau I can travel for free, atau I love travelling. Itu jawapan sangat mainstream. Be Unique. 
4. Why do you choose AirAsia? Sebab it's a stable and prestigious company with international reputation. Atau, it has a nice and friendly working atmosphere. 
5. What do you know about Airasia? Airasia is one of the leading low cost airline. It aims to meet the need of different status of people.  Airasia Key People or Ceo,  Tony Fernandes is a Co-founder and Ceo of Airasia Group. and Aireen Omar is the airasia Ceo.