Tips Blog SEO Post Timbul di First Page Halaman Pertama Google Search. Assalammualaikum pembaca blogku. Apa khabar, kali ini, aku nak sharekan kepada korang beberapa tips untuk menjadikan blog post korang tercalon dalam first page halaman pertama dalam pencarian google. Macam mana? Tak shabarnya nak lawan blogger otai yang lain.

Aku tahu, nak belajar SEO ini leceh, aku pun tak suka nak belajar, leceh. Tapi alhamdullilah lah aku terima kasih pada diriku pada zaman tahun 2017 memang banyak menuntut ilmu tentang seo ini. Orang malas kan, jadi guna cara malas sahaja.

1. Terbalikkan Nama Blog dan Tajuk Blog.

Ini korang tahu tak? Aku rasa ramai dah tahu. Ramai blogger baru gagal nak tukar ini. Bila korang tak tukar, bila dalam google search. Blog korang akan keluar nama blog dulu barulah tajuk. Sangat rugi, google akan focus dulu dengan nama tajuk bukan nya nama blog. 

2. Suruh blogger lain letak dalam blog kita dalam bloglist depa.

Ini pun ramai yang tahu, so, apa lagi buat la exchange bloglist.  Bila kita punya blog banyak timbul di blog lain, dia macam membuatkan keyakinan kepada google untuk buatkan post dari blog kita untuk lebih menyerlah. Google rasa blog kita diyakini sebab tu banyak blog letak kita dalam bloglist blogger lain. Mudah tak? :D Tips lain nya dengan buat giveaway dan contest.

3. Buat enty panjang berjela.

Ini tips paling aku amalkan dari dulu. Buat entry panjang berjela. Haha. Tapi, hati kena keras roi. Kau mesti banyak idea untuk menggoreng. And perlukan banyak masa juga untuk susun ayat apa semua. Jadi tips dia disini, banyakkan membaca, dan buat post tentang apa yang kita expert jadi idea untuk menulis tu memang senang nak keluar. So, post aku yang panjang berjela, tapi jadi top search adalah tips dekan, belajar bahasa Sarawak, tipsbuat duit tanpa modal, interview maswing, tips interview airasia, dan banyak lagi. Haha. Punya lah panjang aku membebel. Semata mata untuk menyerlah di google search.

4. Perbanyakkan Orang Comment.

So, rajinkan blogwalking ke blog orang lain. Untuk tambah pengomen dalam blog kita. Tips dia sini, bila orang post comment dekat blog kita. Jangan tak dibalas. Cuba untuk balas. Balas pulak dengan ayat yang panjang panjang. Haha. Seperti, tambahan tips ke. Best lagi kalau ada soalan. Kalau boleh jawaplah dengan panjang berjela nya. Sebab apa? Google anggap blog kita banyak input, dia kira sekali ruangan komen tu. Jadi? Rajinkan diri untuk membalas komen dan memberi komen di blog orang.

Oklah. Itu saja tips seo daripada diriku ini.Semoga bermanfaat untuk bloger blogger baru diluar sana. Terima kasih :D Teehee Good Luck