Tips Mudah Untuk Lelaki Nampak Kacak Good Looking. Assalammualaikum dan salam semalaysia kepada pembaca blog. Sekarang, ramai dah ada kesedaran untuk menjaga penampilan. Lelaki mahupun wanita. Untuk lelaki, jangan malas menjaga penampilan kita. Penampilan juga boleh memurahkan rezeki dan memudahkan urusan kita. Ye ke? Kalau kau pergi interview, mesti kau nak penampilan yang terbaik. Sejuk mata panel yang tengok kita. Skill and experience jugak kena ada lah bro. Tapi tu lah, first impression orang selalunya by penampilan. So tips nya ada dibawah.

Photo Taken From Pixabay

1. Rajin Membersihkan Diri.

Bila kita dah bersih, automatic lah bau badan wangi dan tak membuat pencemaran bau di tempat awam. Rajin membersihkan diri disini ialah dengan mandi dengan betul, sental daki-daki di badan. Untuk berus gigi pula, makesure bukan memberus gigi sahaja, berus sekali lidah yang kotor dan lelangit mulut yang kotor. Lidah kotor la punca utama nafas bau. Bila bercakap, pergh bau nya tak boleh bawak bincang.

2. Gunakan Perfume Long Lasting.

Perfume tu, tak perlulah beli yang mahal. Cukup lah wangi yang, kau sendiri suka bau dan tak pening. Aand wangian tersebut tahan lama. Spray pagi, sampai ke petang wangian tu bertahan. Banyak je seller yang jual minyak wangi yang murah and wangi tahan sampai ke petang. Tapi, tu la kena kaji satu satu. Susah nak jumpa yang betul-2 tahan lama.

3. Pakaian Trendy dan Sesuai Dengan Tubuh Badan.

Yang ni, kalau kau perasan, certain baju yang kau pakai tu, kau Nampak handsome, and warna baju tu kena dengan kulit kau. Kau pun, bila keluar akan pakai baju yang sama sahaja haha. So, disini, pastikan korang tahu, kulit korang kena dengan baju warna apa. Kena pandai experiment jugak lah. Untuk yang tinggi, seeloknya pilih baju yang labuh.

Macam kes aku ni, aku tinggi. Tapi aku suka pakai baju M sebenarnya, memang terletak je kat badan. Tapi sayangnya senteng. Kalau boleh pilih baju yang tak senteng, at least menutupi zip seluar. Ok dah tu. Selalunya aku akan beli size L biar dia labuh . Nanti kalau ada masa aku akan pergi alter baju tersebut.

4. Potongan Rambut Stylo.

Dulu kan, aku memang tak bergaya, aku gunting rambut, kira nak save duit ja. Amoi aa, you gunting kasi pendek rambut ini macam abang askar. Huhu sebab sayang woi potong rambut tapi rambut masih panjang. 2 minggu dah panjang balik.

Tapi sekarang lain, aku lebih menjaga penampilan agar aku sentiasa berkeyakinan. When you look good, you will perform better. So, pekara ni penting, makesure korang tahu jenis potongan rambut yang korang nak. Memang kena experiment lah.

Macam kepala aku, bahagian belakang tak kena untuk gunting pendek, atau gunting tinggi. Aku akan  pesan kat barber, jangan tarik tinggi sangat ye rambut kat belakang ni. Kalau tak, memang lawak, macam rambut Bananas In Pyjamas tu je aku rasa. And aku akan gunting medium short. Tak nak dah pendek pendek sangat ni. Memang susah nak digayakan rambut tu.

5. Jaga Kebersihan Muka.

Muka, ikut korang lah nak ada set pencuci muka dengan pelembap muka semua tu. Macam aku. Aku seorang yang permalas. Aku ada pencuci muka sahaja. Apa yang aku kena pastikan adalah, dengan selalu menukar cadar bantal sebab di situ bakteria membiak, and aku ada towel khas untuk lap muka. Kalau kau share satu towel sahaja untuk lap satu badan, tak rasa ke, kulit muka ni sensitive? Hehe. Jadi… rajin rajinkan mencuci towel dan cuci cadar bantal ya.

6. Minum air mencukupi.

Bila badan cukup air, kulit kita pun Nampak sihat dan tak kering.

7. Jangan lupa exercise.

Exercise lah selalu agar toxin jahat dalam badan diekeluar dari badan melalui peluh. So kulit menjadi lebih sihat dan Nampak fresh.