Mudahnya Nak Buang Blackhead Whitehead di muka. Ini Tipsnya. Murah Sahaja.Assalamualaikum and salam sejahtera. Korang ada tak masalah blackhead and whitehead yang banyak di muka. Geram gila, kacau penampilan dan muka Nampak kusam dibuatnya. Pelbagai cara dah dibuat, masih jugak Nampak tompok hitam blackhead mahupun whitehead di muka. Geram gila.

Jadi, aku belilah peel mask yang mengeras di muka tu. Hurmmm. Keciwa saya keciwa. Beli dah la mahal, tapi tak memuaskan hati. Saya ada jugak cuba tips noorkhaira tu, ambik colgate and letak garam lepas tu gosok-gosok di muka, then lap dengan tisu. Then bilas dengan air wala. Hilang blackhead. Eh tu je tips nya? Haha. Baik tak yah baca.




No no. Bukan itu tips nya. Tips nya adalah dengan menggunakan putih telur dengan kapas muka yang segi empat tu. Cara-caranya adalah.

1. Kapas muka korang kopekan jadi 2. Kapas muka kan tebal. Cuba elok elok bukakkan kapas tu jadi dua. Kalau tak boleh jugak, korang pakai sehelai kapas yang tebal tu.

2. Korang pecahkan telur, asingkan telur kuning dan telur putih. Dalam kes ini nak pakai putih telur je. So kuning telur tu boleh ditelan begitu sahaja atau dibuang.

3. Rendamkan kapas dalam putih telur tu, lepas tu tampal kat muka. Sekeliling muka. Tampalkan di hidung jugak.

4. Dah tampal seluruh muka kapas dengan telur tu. Lepas tu ratakan lebihan putih telur dekat kapas muka yang masih kering. Ratakan sampai tak Nampak ruang udara di kapas tu. Pastikan kapas tu memang melekat di muka kita. Tiada air buble.

5. Biarkan muka di depan kipas selama 30 minit. Kipas, kalau nak cepat kering korang bukaklah paling maximum.

6. Bila dah kering, kapas megeras. So, kalau rasa kapas dah kering dan keras. Korang boleh tarik perlahan lahan kapas tersebut.

7. Wala, korang akan tengok hasilnya. Banyak gila blackhead mahupun whitehead tercabut di seluruh muka. Kawasan paling banyak whitehead adalah, kawasan hidung.


 

Puas hati wei buat masker putih telur ini. Banyak juga manfaat putih telur ini selain membuang whitehead dan blackhead. Dia boleh membantu menggantikan sel kulit mati. Dia juga boleh mencabut sel kulit mati di muka. Aku, bila aku lepas buat masker putih telur ni, ade je yang tegur, waaa bersih nye muka kau mir. Kau pakai product apa. Haha. Memang tak lah aku share petua ni kat dorang. Segan siak. So good luck everybody.

P.s Gambar tu gambar lama. Aku tak jumpa pulak gambar yang terbaru. white head and blackhead tercabut. Yang tu, lebih kepada, kulit muka mati dicabut oleh kapas kering. Time tu kulis aku kena surnburn. So aku buat lah mask kapas telur ni. Tercabut kulit mati surnburn tu. huhu