Tips Menabung Deposit/Wang Pendahuluan Rumah. AhlanWahsahlan teman teman. Postingan gue kali ini ingin ngeshare berkenaan cara aku menabung duit untuk deposit rumah. Nak beli rumah, kenalah sediakan wang untuk bayaran pendahuluan 10% rumah. Apa? Bank sekarang dapat full loan? Hehe. Memang la dapat buat full loan, tapi langit tak selalunya cerah. Time korang nak beli rumah tu lah, rumah location nice, memamng korang nak. Tapi, bank pulak cakap dapat bagi 90%. Aku dah kena wei. So, aku korbankan loan LPPSA aku hahahaha. Sebab apa? Wang deposit aku tak cukup. Rumah beli mahal sangat.

Photo Taken From Pixabay


Jadi,  macam mana aku kumpulkan deposit rumah? Ps. Kalau aku beli rumah bawah 300K. Cukup je duit aku, cumanya, hurm. Rumah plak 350K. Jadi deposit kena bayar ialah 35K. Haha. Terus, hilang duit simpanan tu kalau terus bayar deposit.

1. Buka ASB Financing.

Ramai dah tahu, aku dulu, bukaASB hanya lah untuk melabur, bayar setahun je. Next year nak buat rolling guna dividend. Tapi tahun 2020, aku ada kesedaran, untuk biarkan duit dividend tu dalam ASB tak nak kacau. So bila next year dapat dividend, dividend semakin dapat banyak. Nice move amer. Dalam tak sedar, aku dah simpan duit.

2. Labur Emas.

Orang cakap, don’t test the deep of river by using of your both leg. Letak satu kaki je. Jadi maksudnya, jangan harapkan tabungan asb ja. Melabur kat tempat lain yang low risk. Pelaburan yang aku maksudkan adalah dengan melabur emas.

Aku pilih 2 cara. Aku beli emas fizikal dan emas yang dalam bank tu. Emas fizikal aku beli dengan agent yang berdekatan. Aku simpan emas tu. Dan aku juga belie mas dalam GAP Public Gold. Sebab apa aku simpan dalam GAP jugak? Senang nak tunjuk kat bank tempat aku nak buat loan perumahan, yang aku banyak simpanan untuk membeli sebuah rumah. Emas pulak aku boleh pajakkan kepada public gold, untuk jadikan duit downpayment. Katakan, kalau kita markup harga rumah kan, kita boleh bayar guna duit pajakan public gold dulu, nanti dah dapat duit loan rumah yang kita markup tu. Kita bayarlah balik duit pajakkan tu. Selamat emas kita.

3. Hidup Biar Biasa Sahaja.

Kalau gaji 2K hidup macam gaji 1K. Tips ini memang susah sikit, sebab gaji kita berlainan. Jadi kesedaran itu penting. Kalau bagi gaji 10K sekali pun kalau tiada kesedaran. Memang akan beri beribu alas an dalam menyimpan. Jadi, kalau rasa, beli kereta mewah melambatkan kita untuk membuat hartanah, jadi hold dulu. Buat apa pakai Hunde Bandar selamanya, sedangkan dalam masa 5 ke 8 tahun kita boleh tukar kereta yang lebih mewah dari tu? Jadi bijaklah dalam berbelanja.

4. Buat Side Income.

Memang tak dinafikan, berpandukan dengan satu gaji je. Memang susah. Lagi-lagi yang dah berkahwin. Banyak benda nak dibayar dan dibeli. Jadi, fikir cara untuk janakan pendapatan kedua dan ketiga. Banyak caranya, dengan jadi agent Shaklee, marykay dan banyak lagi. Kena rajin belajar tambah ilmu. Dengan jadi agent ni boleh meningkatkan skill kita dalam berbusiness. Hari ini kita jual product orang, esok lusa, kita jadi founder product sendiri. Siapa tahu? Ada banyak lagi cara untuk buat side income di rumah sahaja boleh baca di blog saya ini. 

Menyimpan kena ada banyak tabung. Tabung kecemasan, tabung travelling, tabung sedekah. Jadi, jangan focus kepada satu tabung sahaja ya. Bijaklah dalam menguruskan kewangan kita semua. Terima kasih,