Tips Mudah Bangun Pagi 0400AM. Orang Berjaya Bangkit Pagi Tahajud. Assalamualaikum. Pembaca blog ku. Jadi untuk tahun 2021 ni. Tak tahu la tiba-tiba nak bangkit awal setiap hari. Apa yang aku rasakan. Ada sedikit perubahan dalam diri ini. Membuatkan diri ini terus menerus nak bangun awal. Nak bangun awal kena ada misi. Sebab apa nak bangun awal. Seperti tahajud, atau nak belajar buat second income dan banyak lagi.


Kalau tengok di utube, banyak video yang share, kebanykkan orang Berjaya, bangun awal pagi pada pukul 0400 Pagi. Dulu aku rasa mustahil, tapi bila aku dah mula amalkan. Laa mudah je sebenarnya. Tapi hati kena keras roy. Jadi berikut adalah tips nya.

1. Set alarm dan letak jauh daripada katil.

Tak kisahlah alarm handphone mahupun jam loceng. Letak jauh daripada katil. So, bila bangun esok paginya, alarm berbunyi. Kita memaksa diri untuk berjalan pergi menutup alarm tersebut. So, lepas tutup alarm terus minum air. Untuk membuatkan kita jadi cergas and wide awake.


2. Minum Kopi Kosong.

Minum air masak pun, aku dapat rasakan, katil menarik aku untuk ke ranjang untuk terus tidur. Haha. Jadi, apa kata bancuh kopi and terus minum kopi. Serious, korang memang rasa bertenaga dan rasa tak nak tidur dah. Jadi, minumlah kopi. Kepada yang tak boleh minum kopi, mungkin boleh cuba teh hijau? Macam kes aku, the hijau doesn’t work on me. Aku perlukan kopi yang kuat.

P.s bila dah minum kopi tu, korang akan bersemangat untuk bersenam di waktu pagi. Sebab apa? Korang boleh baca di artikel aku ini.    So, untuk kickstart hari kita bersemenangat, eloklah bersenam dulu sebelum bekerja dan memulakan hari kita. Bersenam santai sahaja seperti lari  2 km ke 3 km. Asalkan badan kita mengeluarkan peluh.

3. Ada misi.

Pastikan, malam tu, korang sediakan misi, korang nak buat apa bangun pagi tu. So, tak de lah bangun sia-sia. Korang bangun awal semata-mata nak layan tiktok memang rugi. Waktu pagi ini, waktu yang tenang, bagus untuk korang tambahkan ilmu, baca buku, atau fikir strategy untuk tingkatkan kemahiran dalam diri. Fikir macam mana nak tambah side income dan keluar dari kepompong keselesaan.

4. Tidur awal.

Cuba untuk tidur awal. Kalau boleh by pukul 11 malam korang dah start tidur. Sebenarnya, by kajian, waktu tidur paling ok adalah daripada puku 9 malam hingga 2 pagi. Selepas 2 pagi tu tidur tak berkualiti dah. Sebab tu bila kita tidur pukul 1, and bangun pukul 6 pagi. Badan kita masih rasa lesu. Atas sebab? Waktu tidur dah kurang berkualiti.

Jadi…. Bangun awal ini adalah habit. Korang tak boleh buat secara mengejut. Jadi, buat pelan pelan. Makesure jangan banyak sangat tidur di sebelah petang. Takut malam susah nak tidur. Tengok-tengok pukul 1 pagi baru dapat lelap. Jadi, mulakan dengan pukul 6 pagi. Thhen esoknya 530 pagi. Then 5 pagi tehen seterusnya. Aku cuba buat bangun pukul 2. Tapi macam rasa rindu nak tidur. Jadi sekarang aku pilih untuk bangun pukul 4. Sebab kalau bangun awal pun rasa macam banyak ke mengelamun je. Huhu. Jadi pukul empat tu ok lah. Tak rasa bersalah sangat, rasa tak cukup tidur ke ape ke.

Ok Good luck dalam menukarkan sleep pattern kepada kepada sleep pattern orang yang Berjaya. Jika ada tips tambahan boleh share di ruangan komen di bawah ya. TQ