Tips Mudah Berkesan Elak Gaot Dan Acid Urik Asam Urik. Tahu tak, semakin maju kita, semakin banyak penyakit pelik-2. Dulu, orang tua-tua je selalu kena gaot. Tapi sekarang, orang muda ramai yang kena gaot. Ish ish. Sebab apa? Tak jaga pemakanan dan tak amalkan gaya hidup sihat. Gaot disebabkan acid urik berlebihan dalam badan. Siapa-siapa boleh kena penyakit ini kalau korang tak mula untuk menjaga kesihan korang. Kata orang, penyakit ini penyakit orang kaya kalau zaman dulu, sebab orang kaya je boleh makan daging and makanan laut semua tu. Tapi zaman sekarang, benda tu dah murah, kita boleh makan tak ingat dunia, then esoknya mulalah sakit.

Gaot ini, ada cara untuk atasi nya. Tapi ingin aku ingatkan lain orang lain tindakan badan nya untuk mengubati gaot ini. Cara aku? Aku mungkin belum gaot. Tapi acid urik tinggi. Doktor cakap kat aku, kalau aku tak kawal permakanan aku, aku akan dilanda gaot yang teruk. Buat masa ini, aku tahulah perasaan susah nak berjalan sebab kaki kembang dan susah nak solat sebab lutut tak leh bengkok. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?


Banyak benda aku cuba buat untuk mengubati sakit ini. Tapi, mula-mula dulu aku tak tahu nak tackle macam mana sakit ini.  Aku search kat google, katanya nenas boleh mengurangkan nyeri sakit gaot ini. Tapi bila aku makan nenas dalam kuantiti yang banyak sebab nak cepat sembuh. Perghhh.. Bila aku tidur and bangun dari tidur, dia punya nyeri berdenyut denyut sakit kaki ku. So, bagi aku nenas pun tak elok. Aku pun consume fish oil, pun tak ok jugak, gaot tak kebah, dalam fikiran aku mungkin fish oil ini makanan laut so dia menambahkan lagi acid uriq aku. So, apa aku buat untuk menangani sakit ini?


1. Minum air mencukupi.

Untuk flushing kan menyingkirkan acid uriq ini dengan cepat, kena makesure badan kita cukup air untuk menpecepatkan perkumuhan badan. So, bila aku rasa macam kaki tu mula sakit, aku akan pastikan aku perbanyakkan minum air. So, Nampak tak? Punca utama kepada sakit ini adalah kurang minum air. Jadi, badan kita cenderung mengumpul acid uriq.

2. Aku tak pantang tapi sedar diri.

Wei, rugi nye nak berpantang kan. Nikmatnya makanan. Tapi aku sedar diri aku ada penyakit ini. Nak elak daripada teruk kena. Apa yang aku buat, bila aku makan kacang goring mahupun kambing, aku akan pastikan aku kerap minum air dan amalkan cuka epal untuk mengurangkan acid uriq dalam badan aku.

3. Amalkan Cuka Epal atau Apple Cider. (Rujuk Gambar Di Atas)

Dulu, aku tak tahu nak dapatkan mana apple cider ni. Macam, eee makanan apa ni. Macam kena pergi Australia je nak beli benda ni. Haha. Rupanya, aku boleh beli cuka ini di pharmacy sahaja. Sebotol dalam rm15. Sangat murah. Aku suka jenama surya. Atas sebab ada logo halal semestinya dan rasa masam-masam madu. Sedap weh.

So camne aku amalkan.  Kepada yang teruk gaot. Better consume hari-hari. Selepas bangun pagi tu, ambil sesudu atau dua sudu letak dalam cawan. Then letak air kosong dan penuhkan cawan itu. Dan minum. Pastikan tak minum cuka apple tu direct ye, kena minum dengan air kosong juga, sebab benda ni beracid, takut effect kat perut pulak.

Macam kes aku, aku punya acid uriq belum teruk lagi, aku hanya minum apple cider ni apabila aku rasa dah mula sakit kaki. Selain itu, aku akan consume cuka epal ini bila aku makan kambing dalam kuantiti yang banyak, and makan kekacang(nasi lemak) dalam kuantiti yang banyak. So, aku akan kerap  minum cuka epal.

4. Makan Ubat Tahan Sakti dan Surut Bengkak.

Aku , pastikan, kemana sahaja aku pergi. Aku ada stock ubat ini. Takut tiba-tiba pulak gaot ini acid uriq dalam  badan banyak, and kaki sakit pulak. Camna nak buat? So, aku standby ubat ini siap2 waktu bercuti. Tak ganggu feeling bercuti kan. Cuka epal pun aku bawak letak dalam botol kecik. Makesure korang dapatkan nasihat doktor dulu sebelum mengambil atau membeli ubat ubatan ini ya. takut side effect kepada badan korang. 

Ubat tahan sakit ialah ubat … voltaren 

Ubat surut bengkak pulak ialah ubat…. primase


5. Bekam.

Yang ni, dengan bekam boleh mengeluarkan acid uriq daripada badan. Darah acid uriq ni lain macam. Darah dia berbuih buih. Tak tahulah kalau tukang bekam aku tipu. Maka tipulah aku huhu. Tapi tips ni aku jarang buatlah. Bekam pun setahun sekali. Jadi, apa salahnya, kalau kita amalkan pekara sunnah ini. Berbekam untuk mengeluarkan darah kotor dari badan kita.

Aku harap korang jumpalah doctor untuk nasihat daripada mereka cara untuk elak gaot ini. Lain orang lain caranya. Macam aku ini muda lagi, mungkin di stage yang awal dan tak teruk.