Tips atasi perasaan MALAS Berblogging dan Jana Duit. Aku akui, aku blog ini adalah untuk, huhu. Pendapatan kedua aku. Hidup ni kena banyak income bang. Jadi, aku kena rajin update blog. Memang berbaloi kalau korang jenis suka berblogging and sharing ilmu ini, pahala dapat duit pun dapat hehe.

Jadi, beberapa tips ini aku kongsikan kepada korang tips nak elak korang malas berblogging dan terus ingin berblogging.

 

Photo Taken From Pixabay

1. Abaikan income blog.
Aku faham, dulu awal-awal aku berblog, memang aku punya motivasi is based on income blog. Dapat income banyak baru lah semangat tu datang. Then, aku realize, better aku update update selalu je blog aku ini, makin banyak entry makin banyak pelawat dari google.

And guess what? Berjaya, dengan menaip entry yang boleh menjana banyak wang, aku boleh perolehi hamper 100 Dollar sebulan. You don’t trust me? Tolonglah percaya huhu.

2. Abaikan apa orang fikir.

Ini blog kita, kita tau apa sahaja yang kita suka. Tapi jangan tulis benda yang menyentuh sensitive perkauman mahupun agamawan mahupun  sajat. Jadi, tulis benda yang positif. Tulis dan terus menulis biar idea dia flow smoothly tanpa ada rintangan mahupun tersekat di skala enam.



3. Adakan tempat khas untuk berblogging.

Yes, nak beblogging ni memang mental kena kuat bang, kena motivasi diri sendiri kena kuat kan diri. Jadi, invest sikit duit untuk buat ruang khas untuk berblog. Seperti, beli kerusi gaming yang sedap untuk duduk. Kita ni nak menulis ilmu, mestilah dalam keadaan yang selesa.

Jangan lupa beli meja khas untuk letap laptop kita. Buatlah tempat blogging tu macam tempat kerja kita. Memang best. Aku jadi termotivasi lah sekarang ni bila dah buat blogging station aku sendiri.

4. Dapat ilham terus menaip.

Dia macam ni, bila tengah berak tu, ko dapat ilham. Jangan Persia siakan ilhamkan kau tu. Catit ilham tu dalam buku. Ataupun catit dalam handphone. Dalam handphone korang tu, buat satu group namakan My Blog Idea, lepas tu invite adik beradik or bestfriend kau untuk layakan group tu dicipta then kau kick lah dorang keluar dari group tu haha.Maksud aku disini ialah create group whatsapp.

So dalam group whatsapp tu, bila ilham sampai je, kau terus taip keyword sahaja. Jangan sibuk nak terus buat essay panjang untuk penerangan. Tu nanti bila kau dah dapat focus betul-betul untuk menulis barula h korang menulis. Contoh di bawah.