Kebaikan Minum Kopi Untuk Kurus dan Sihat. Assalammualaikum pembaca blog. pagi ini aku nak share beberapa kebaikan meminum kopi ini. Dengan minum kopi pun boleh kurus tau. Minuman sunnah ni bagu diamalkan hari hari. Apa, kopi tak sedap? Check balik, mungkin kopi yang korang minum tu brand tak sedap. Kena rajin buat research, kopi mana yang kena dengan tekak korang. Macam aku, aku dah jumpa kopi dari muar. Minum tanpa gula pun sedap. 


1. Bangun Pagi Terus Minum Kopi.

Waktu pagi, minum dulu air kosong dalam secawan dua. Barulah minum air kopi secawan. Korang akan rasa refreshing gila badan. Korang takkan rasa nak sambung tidur balik dah. Korang akan rasa bersemangat untuk mulakan kerja anda untuk hari tu.  Minum kopi di waktu pagi juga bolehActivekan Stamina. Korang akan rasa bersemangat untuk berjogging atau bersenam di waktu pagi, 

2. Kurang rasa lapar.

Tahu tak, dengan meminum kopi, korang rasa kenyang selalu? Tak rasa craving. Korang rasa macam ok je tak makan. Tips ni, aku gunapakai bila aku buat intermitten fasting tu. Aku akan start berpuasa daripada aku tidur malam sampai lah makan tengahari iaitu pukul 1 petang camtu baru aku makan. Tips dia minum kopi untuk membuatkan korang bertenanga dan tak lesu tidak makan sarapan pagi.

3. Bakar kalori dan lemak 2 kali ganda semasa bersenam.

Dengan meminum kopi sebelum exercise, kita akan dapat buat exercise yang berkualiti kerana badan macam hyper bertenaga semacam je dalam bersenam. Selain itu, dengan mengambil kopi sebelum bersenam,m dapat membuatkan badan kita membakar kalori atau lemak 2 kali ganda. Ini daripada kajian yang aku baca lah ye. Macam kes aku, kalau aku tak minum kopi sebelum bersenam, perasaan malas tu muncul lepas tu rasa tak bertenaga. Oh Ya dengan minum kopi sebelum bersenam, bila korang bersenam korang akan perasan peluh korang banyak gila. 

4. Elak mengantuk.

Ni ramai je yang dah tahu kan dengan meminum kopi membuatkan korang sukar untuk rasa mengantuk. Dengan meminum kopi, Waktu kerja rasa refreshing. Jangan minum banyak sangat kopi. Boleh sebabkan kepala rasa pening2.Kalau dah pening tu, elok perbanyakkan minum air masak.  Jangan minum kopi selepas pukul 6 mahupun 7. Susah nak tidur.

Itu saja lah sharing aku berkenaan kopi ini ya. :D. Moga bacaan ini bermanfaat untuk anda anda sekalian.