Tips aku Konsisten Berlari (Elak Rasa Malas Berlari) Kau ingat best berlari? Ramai tanya tak bosan ke berlari? Dah tu je sport yang aku boleh buat. Tak berlari, berbasikal, tak berbasikal, berenang. Lain orang lain kebolehan dia. So, untuk post ini aku tekankan cara aku konsisten rajinkan diri untuk berlari.

Photo taken from pixabay. 


Sebelum korang start untuk active belari ini, korang kena lah tekad. Berlari ini bukan untuk berlumba dengan oraang lain, berlari ini untuk menyihatkan badan korang. Pada permulaan lari, hari pertama. Jangan push, berlari lah ikut tempo korang. Lama-lama korang akan berlari pada pace kelajuan yang korang sendiri pun tak sangka korang boleh lari selaju tu.


1. Ada target seminggu nak buat berapa KM.

Dalam seminggu set berapa KM korang nak target. Contohnya, minggu ini aku nekad nak buat 30KM. So sehari kena buat at least 5KM. Isnin sampai sabtu. Kalau 5km sehari dapat 30KM. Hari ahad rilek brader brader rilek. Haa.

Time nil ah korang rasa penting nya ada smart watch untuk sukat berapa jauh korang lari. p/s kepada yang suka berlari bawak hp. Korang selesa eh? Dulu awal2 aku jogging aku bawak hp. Tapi bila terasa macam beban je bawak hp tu, aku pun, tak bawak. Sebab kacau mood and konsentrasi kita untuk berjogging.

 

2. Minum kopi sebelum jogging.

Psycho otak, kalau berlari lepas minum kopi, kalori terbakar 2x ganda.Tapi lepas consume kopi, memang berpeluh macam mandi. Makesure korang minum banyak air ya, sebab kopi ni bersifat suruh badan kita cepat kehilangan air. 


3. Berlari exercise paling murah dan mudah.

Kau ingat nak buat tabata tu senang? Kau buat hari ini… Lepas tu minggu depan baru kau buat balik. Sebab apa? Badan sakit urat sana sini. So better buat exercise mudah seperti berlari. Konsisten bakar lemak.

4. Beli Wireless Earphone. 

Ada orang waktu berlari, dia pakai earphone yang bertali tu. Semak seh nak berlari and leher kau kena jerut dengan wire earphone tu. So, ko belilah earpod redmi tu. Murah je kat lazada. Rm50 ringgit je. Tahap 30 minit selalunya untuk berlari. Aku buat 5KM battery masih ok. Just that untuk larian 10Km battery dia mula low bat dan hilang hilang music dia atas sebab battery dah low bat. 

5. Beli SmartWatch.

Zaman dah moden, Kau berlari guna handphone, tak berat ke? Berlari guna smartwatch, biar kita belari dengan tenang and tiada bebanan membawa handphone. Smartwatch banyak dah murah sekarang. Dengan smartwatch boleh rekod kita punya larian, berapa km kita sudah lari dan berapa lama masa kita ambil untuk dapatkan km yang kita buat tu. 

Best sbeenarnya belari ni, belari dengan tenang, dengar lagu favourite kita. Kita layan je. Belari pulak tak payah nak laju laju, ikut kemampuan kita, yang penting kita berlari. Yang penting badan kita berpeluh.