Patutlah Income Adsense aku BERKURANGAN. Owh patutlah patutlah. Bergitu. Dalam dunia ini kita kena belajar dan timba ilmu pengetahuan untuk terus maju kehadapan. Seperti blog aku ni, memang mundur and aku slowly upgrade dia. Patulah aku punya income adsense tak lebat seperti dulu. Now aku tahu. Aku tahu engkau tahu aku ada engkau… lagu apa ni eh.

Photo Taken From Pixabay


1. Blog Berat Gila Babeng.

Faham tak, blog kau berat, semua mak nenek gadget kau letak dalam blog. So, penyudahnya blog kau slow slow gila loading, membuat kan pembaca, tak dan nak loading habis page korang, dorang dah belah dah. Mungkin fedup sebab blog korang berat sangat. Sebab tu korang tengok blog aku minimalism gila babeng. Sebab, aku nak iklan aku laju loading,  and once pembaca mai ke blog aku, iklan terus terpampang tanpa malu dan segan nya mereka terus click.


2. Terlampau banyak sangat letak iklan.

Kau… tau lah code tu free. Segenap sudut blog kau letak iklan tu. Bukan pelawat je rimas tengok, bakal mak mentua kau pun tak lalu nak baca blog kau. Dah la berat. Blog yang banyak sangat iklan ni akan membuatkan blog itu menjadi berat loading. Jadi? Better letak 2 3 iklan sudah mencukupi.

Oh ya. Lupa. Bila kita letak banyak sangat iklan. Risau, iklan yang best tersiar kat tempat tersembunyi, tapi iklan yang bengong harga rendah plak yang pelawat click kan . Haha kan rugi gitu. Jadilah blogger yang bijak, letak 2 3 iklan sahaja. So, google terpaksa tunjuk iklan  yang best dalam blog kita.

 

3. BLOG ENTRY LAIN TAK BEST.

Memang aku akui, semenjak aku dah berkerjaya ni, aku jarang keluar entry yang best, dok asyik keluar entry yang plagiat, x fresh and x organic. Alhamdullilah, sekarang aku dah dapat balik skill merapu dalam menulis sambil dapat menyampaikan ilmu kepada pembaca aku.

Buat tajuk biar best and catchy sikit. Ni, jangan buat tajuk, Cara Memutihkan Ketiak Dengan Berus Kuali. Mmmm best gak tajuk ni. Pandai2 korang la buat tajuk yang catchy sikit, click bait.

Lepas tu, tajuk dah cantik dah, tapi isi content dia merapu tak guna jugak. Nak aku bagi contoh ke ? Macam content entry aku ni la haha. Korang kena prank.

Sebenarnya banyak lagi tips yang telah aku share dekat blog aku berkenaan menaikkan income adsense dalam blog ini. Asal korang rajin je geledah blog aku ini. YA. Terima kasih. Anda semua kena prank.