Kebaikan teh hijau boh aku alami. Hello pembaca blog. Kali ini aku nak share beberapa pengalaman aku dalam mengkosumkan teh hijau ni dalam seharian aku. Teh hijau ni banyak manfaat dia kepada kita. Sebab tu orang jepun banyak mengamalkan teh hijau. Orang kita pulak amal teh hijau semata mata nak kurus sahaja. 



1. Mencatikkan kulit tanpa ku sedari.

Aku tak obsess sebenarnya dengan kulit badan ku. Lantak pi la hang nak berkerak ka. Nak putih mulus kah. Tapi, bila orang ramai tegur kenapa kulit kau glowing. Kenapa makin putih. Jawapan nya aku dah start minum teh hijau. Teh hijau ni dia macam agent menggalakkan pembaikkan sel sel kulit dalam badan kita. Banyak aku baca kat google ni berkenaan kebaikkan teh hijau ni. 


2. Berat badan turun.

Ni tak tipu. Teh hijau memang membantu menurunkan berat badan. Percayalah sebab ia membantu meningkatkan metabolism badan dan mencuci usus kau yang kotor itu. Bila aku consume teh hijau ni, aku perasan perut aku dah tak seboroi time aku tak consume teh hijau ini. Jadi rajinkan lah minum teh hijau ini ya. Haha Jangan bagi mindset camni plak, kalau nak kurus, kau kena petik sendiri teh hijau kat ladangan teh di cameron highland tu. Tak boleh blah la.

 

3. Boleh buat jadi masker.

Tahu tak, habuk hampagas teh tu, selepas korang minum boleh tempek kat muka. Kebaikan dia? Menggantikan sel sel kulit mati kepada baru. Dan memudarkan jerawat. Kalau nak yang lebih bagus, guna uncang teh hijau yang fresh dari kotak, and letak air panas sikit untuk aktifkan serbuk dalam uncang the tu.  Cuci muka, keringkan, nak letak terus tak pa, kalau letak bio oil elok jugak. At least dia macam gam lah untuk the tu melekat dekat muka.


Oklah itu sajalah perkongsian aku untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Jika ada pandangan ingin dilontarkan mohon dilontarkan di ruangan komen dibawah ya teman teman.