Perlukah Aku Beli Kereta MAHAL sedangkan Gaji Aku Besar. Assalammualaikum and salam sore temen temen sekalian. Enggak, betul lah kalian di blog gue, blog malisia, cumanya. Entah kenapa rasa mao ngomong bahasa ibundaku. Haha. Berapa besar gaji korang tu, kebanyakkan freshie or yang baru masuk kerja ni. Akan rasa gaji dorang dah cukup besar. So dorang nak beli kereta bagi sedap mata memadang so orang akan tepuk tangan cakap kau hebat pakai kereta besar. Tapi, tak tahu, akan datang yang sakitnya, engkau. Aku walaupun gaji lima ribu ke atas, eee show off nye, ok contoh. Pun tak berani nak pakai kereta mahal. Ada sebabnya, Nampak bergaya, tapi yang sakitnya kita yang menanggung.


Photo Taken From Pixabay


1. Kereta hanya untuk bergerak from point A ke point B.

Semua tahu lah, kereta nak cantik-cantik, nak bua begerak pergi kerja and balik kerja. Destinasi sama. Sampai ke tempat yang sama, Cumanya perasaan gah tu je ade and takde. So fikirkan balik, korang nak beli kereta untuk apa? Daripada melabur ke kereta yang kian hari kian susut nilai, baik korang beli emas, nanti dah income lebat lepas beli rumah and buat investment seperti homestay dan rumah sewa. Korang nak pakai kereta apa pakai lah. Buat masa sekarang korang kena banyakkan source of income. Jangan bergantun dengan satu source sahaja. 

2. Susah nak buat saving.

Bila bulanan dah besar, kau nak buat saving pun payah. Awal bulan terus sengkek.Sayangnya. bayangkan kalau korang tak beli kereta, wow, banyak nya boleh saving buat beli emas. Dah ada emas, boleh pajak, untuk bayar downpayment umah. Kalau smart, markup loan, dapat duit lebihan, bayar balik duit pajakan emas.  So, fikir fikirkan. Belilah kereta yang memadai dengan kita. Kalau rasa bujang, beli axia second hand pun masih handsome. Yang penting simpanan tu banyak. Nak beli rumah pun senang nak lulus loan. 

3. Susah nak beli rumah.

Aku, walaupun pakai kereta biasa je. Pun ade masalah lulus loan. Sebab apa? Sebab aku gagal mengatur kewangan aku. Tak berdosa sangat. Aku gatal buat rm200K financing asb. Haaa. Benda tu dijadikan tanggungan untuk aku. And aku jugak, hurmm buat personal loan, bukan untuk kahwin, tapi buat asset, beli rumah kampung kat kampung. :( bijak sangat aku ni. Jadi, aku beli rumah guna, loan government. Sayangnya. Kalau tak nak beli guna bank loan dulu. Jadi, adik adik sekalian, kalau boleh elak buat loan kereta mahal mahal, nanti susah nak beli rumah ya. 

4. Cost lain.

Time beli kereta, jangan pikir pasal ansuran bulanan, kira sekali bayaran tol, bayaran minyak dan bayaran roadtax and insurance dia. Yang ini ramai orang lupa nak buat kira-kira. Janji bulanan lepas bayar. Lepas tu, hurm start lah, nak bergerak sana sini, tumpang member, sebab? kereta mahal kau takde minyak, tayar bunga dah botak takde duit nak tukar, roadtax nak mampus tiada duit cukup nak renew. Huhu. Benda dah jadi depan mata. Kesian. 


Photo Taken From Pixabay


5. Sukar nak pakai kereta lagi BEST dari yang kita pakai sekarang.

Ramai orang pilih untuk pilih kereta biasa-biasa waktu awal pekerjaan. Sebab mereka berwawasan. Kalau beli kereta mahal ni, susah nak beli asset, sebab gaji dah comot kena lenjan bayar kereta mahal kita.

Ada yang sanggup guna motor je sebab nak buat saving gila-gila untuk menambah asset. Kita pulak, nak korbankan 9 tahun kita untuk membayah kereta tersebut and susah nak menambah asset. Member kita yang pakai motor tu, asset hartanah ada 2 ke 5 buah. Kita? Nak dapatkan satu pun merangkak.

 

Jadi pikir pikirlah. Aku waktu awal-awal bekerja dulu, dilemma jugak la nak beli kereta apa. Memang banyak dugaan. Dengan member semua beli kereta mahal-mahal. Paling cikai pun bius ngan siti.

At last, aku pilih untuk memiliki sebuah bezza sahaja. Tu pun aku masih macam, ish kenapa aku tak beli kereta second hand je dulu atau beli axial ah paling komang nye. Sebab, aku rasa membazir gila bayar bulanan bezza ini. Jadi, tuan-tuan and puan puan fikir lah elok elok sebelum membeli kenderaan ini ya. Ingat. Point A ke point B.