Tips Makan Pun Boleh Kurus. Macam Mana caranya? Assalammualaikum kawan-kawan pembaca blog. Google search keyword untuk blog aku. Banyak gila, cara nak kurus, air jampian untuk kurus. Macam mana nak kurus dengan cepat. Jadi, kali ini aku terpanggil untuk share beberapa tips pemakanan yang boleh membuatkan kita kurus dengan sihat. Tips dia di bawah. Tahu kah anda, untuk kurus, benda yang kena jaga adalah 70% permakanan dan 30% exercise. Jadi Nampak kan dekat mana kena focus tu?



1. Makan Oat.

Oatmeal ni, memang membantu sangat orang untuk kurus. Jangan salah pilih oat. Oat yang sihat. Tak nak yang 3 in 1. Oat pulak, seeloknya makan kosong, tak payah nak boh miloee mahupun neskapieee. Manis manis. Kalau boleh kurangkan gula. Oat ni boleh mengurangkan kolestrol jahat dalam badan kita jugak.Aku selalu amalkan oat waktu bulan puasa, tahu-tahu dah kurus bila pertengahan puasa.



2. Teh Hijau.

Kena rajin amalkan, memang la tak tunjuk drastic. Hari ini minum esok kurus. Gila kau. Kau kena amalkan sehari 2 cawan teh hijau at least. Memang aku dah lama amalkan teh hijau ni. Member aku, amalkan jugak. Korang google kebaikan teh hijau ni, memang lebih kepada untuk kuruskan badan. Lawak nye yang aku baca dalam facebook, cara betul nak kurus dengan the hijau ialah, kita petik sendiri teh hijau tu di ladang teh Cameron hihghland hahahah.

3. Makan makanan pedas.

Consume makanan pedas ini antara cara cepat untuk kurus. Makanan pedas yang natural lah. Guna cabai cili original. Bukan makanan  pedas samyeng mahupun ayam makdie pedas tu mahupun mee pedaih magkie meletop tu. Jangan jangan makanan tu tak menyihatkan. Menggemukan adalah. So pilih untuk makan makanan pedas yang original guna cili ori. Seperti, kalau order nasi goreng suruh orang kedai buat nasi goreng pedas, kalau boleh nak cili yang di blend, agar  rasanya sekata. Kalau dia letak cili yang dipotong, hmmmm pedih jugak nak makan cili tu satu-satu.



4. Minum Kopi.

Ni ramai sedia maklum. Kopi memang bagus meningkatkan metabolism badan. Ada member aku, badan kecik je, time zaman study. Bila dia tunjuk gambar dia sebelum ni. Pergh dia punya gemuk tak boleh bawak bincang. Sekarang cenonet je. So dia share tips dia kat aku. Dia amalkan minum kopi. Gila lah.

 

Jadi, untuk kurus ini, kena jaga portion makan. Jangan makan terlampau banyak. Makan sedang sedang sahaja. Kalau nak makan makanan sedap dalam kadar yang banyak, eloklah pilih satu hari cheat day. Kalau boleh elakkan lah makan dalam portion  yang besar ini. Ini menyebabkan perut kita menjadi lebar. Tu lah jadi punca, kita makan, rasa macam tak kenyang tu. Jadi, latih diri untuk makan portion yang sikit tapi cukup untuk badan, lama-lama akan jadi terbiasa. Jangan lupa untuk minum kopi untuk rasa kenyang yang lama.