Berbasikal Lebih Mudah Kurus Dari Berlari. Heyo pembaca blog aku. Kali ini, aku mahu share berkenaan kebaikan berbasikal yang ramai antara kita tidak mengetahuinya. Ramai yang ingat berlari berjogging dan berenang antara sukan yang cepat menguruskan badan. Ternyata, berbasikal juga boleh menguruskan badan dengan cepat.



Dengan berbasikal, ianya amat baik untuk kesihatan jantung kita. Pengaliran darah ke jantung akan meningkat bila berbasikal. Ofcos lah oksigen yang mencukupi dan berdegup kencang jantungku bila berbasikal. Sama sekali mengellakan kita dari risiko serangan jantung. Base on kajian yang aku baca, berbasikal juga bagus untuk penghidap asma mahupun bronchitis kerana berbasikal dapat meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru. Dibawah ini akan ku share beberapa manfaat daripada berbasikal ini ya :


Elak artritis.

Artritis ni lebih macam sakit di bahgian sendi atau tulang rawan bila bersenam dalam keadaan hardcore. Pernah tak korang rasa sakit lutut ataupun kaki selepas berlari. Itulah anta serangan arthritis dan pembengkaan sendiri. Untuk berbasikal pula, ia tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan lagi-lagi di bahagian lutut. Waktu berlari, kita banyak gunakan kaki, dan lutut jugak berasa jugak hentakan bila kita berlari kan kan.

Konsisten.

Kalau berlari, kita cenderung untuk berhenti berlari sebab kepenatan. Lain pula untuk berbasikal, kita boleh konsisten dalam mengayuh. Kita juga boleh menggunakan gear basikal yang sesuai untuk mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung.

Lebih Santai.

Berbasikal ni sebenarnya lebih santai dan rilek. Korang boleh menikmati pemandangan. Tak penat jugak. Tapi elak mengayuh dikawasan berbukit. Kalau tak korang akan rasa moral down kerana rasa penatnya mengayuh basikal ni, baik berlari je. So, bila kayuhan lebih santai, korang akan dapat bebaskan stress korang.


Macam kes aku, aku akan berlari dulu 5KM sebelum mengayuh basikal. Sebab apa? Kajian mengatakan, badan akan mula membakar lemak atau kalori, selepas 30 minit pertama senaman. So? Aku pilih untuk berlari 5km. Lepas tu barulah aku mengayuh basikal dalam 5km ke 10km. Kenapa? Sebab berbasikal bagiku senaman yang santai dan tenang. Boleh dibuat tanpa rasa terbeban. 

Kenapa tak berbasikal dulu? Kemudian berlari? Kalau berbasikal dulu, aku akan rasa cepat penat. Sebab apa? Penat wei nak berlari 5KM selepas penat mengayuh basikal 5KM. hihi . mindset. So itu sajalah yang aku nak ceritakan disini.