Kesedaran aku bertapa pentingnya simpan emas 2021. Aku mula kerja tahun 2017. Aku tiada kesedaran menyimpan emas. Menyesalnya. Selepas banyak membaca, aku pun terbuka hati untuk menyimpan emas. Aku, agak, menyesal dengan choice aku untuk bukak financing asb padatahun 2018. Nanti aku cerita kenapa. Untuk post ini lebih kepada kesedaran menyimpan emas.  P.s aku nak tutup asb financing aku once dah dapat dividend akhir tahun 2021 ini.



1. Emas Adalah ASSET.

Kau simpan duit dalam bank buat apa, nanti nilai dia makin susut. Lainlah macam emas, nilainya makin bertambah tahun by tahun. Aku tahu benda ni dari dulu lagi, tapi aku masih tak nak simpan emas atas sebab, tak tahu nak mula macam mana. And, elok simpan cash, senang nak belanja bila perlu. Ini yang gagal ni.

Emas, umpama kau membeli rumah. Rumah makin hari makin naik. Bezanya, emas ini kau boleh beli dengan modal yang kecik. Seperti, 1 gram RM255 (Harga semasa Feb 2021).

 

2. Emas Boleh Ditukar Cash Dengan Mudah.

Macam mana tu? Sebenarnya, waktu aku menulis ini aku tak pernah tukar cash lagi. Tapi, memang betul emas boleh ditukar cash dengan mudah dengan kaedah pajakan. Bagi aku, kalau nak cashkan emas adalah dengan menyimpan emas di PublicGold. Kita boleh pajakkan emas tersebut dekat public gold and dapat duit pada harga jualan emas itu (tapi kita pajak sahaja). Dan bila kita dah cukup duit, kita boleh bayar balik gadaian kita tu.Ini boleh digunakan untuk bayar downpayment rumah. Misal kata, korang nak beli rumah dengan harga markup. So, dah dapat lebihan pinjaman, korang tebus lah balik pajakan tu. 


3. Simpan emas dalam bentuk PHYSICAL dan Non Physical.

Non Physical. Lebih kepada online. Simpanan emas ini kita buat dalam account online. Beli satu gram bulan ini, akan masuk dalam account kita 1 gram. Bulan depan kita beli lagi 1 gram secara online, jadi ada 2 gram dalam online account kita. Emas kita disimpan oleh Public Gold. So far, aku buat simpanan emas online ini di Public Gold. Kebaikan dia ialah, emas kita selamat, nak tinggalkan rumah tak perlu takut-takut, or tak perlu nak usung emas tu ke sana ke sini sebab takut hilang.

Fizikal disini adalah menyimpan emas bar betul dalam rumah, atau tempat yang korang rasa selamat. Sebab apa, incase berlaku nya kecemasan seperti peperangan atau darurat, duit ringgit dah tak laku dah masa tu, emas je yang orang tengok untuk kau survive. Jadi? Kau rasa public gold online buka ke waktu darurat untuk kau ambik emas kau yang kau simpan dalam bentuk online tu.

Orang cakap, nak check kedalam sesuatu sungai, jangan guna kedua dua kaki kita, tenggelam lah bang. Guna satu kaki sahaja, so kalau dalam sangat , kita masih sempat tarik kaki sebelah kita tu.

 Jadi, banyak benda lagi aku kena belajar berkenaan emas ini. Kepada korang diluar sana yang menyimpan cash, dah boleh pelan pelan menyimpan emas, duit semakin menyusut nilainya. Emas tidak. Jadi, selamatkan nila duit anda daripada infalsi.