3 Tips Mudah Untuk Kekal Kacak Bergaya. Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca blog. Di pagi yang indah ini, aku nak share beberapa tips nak jadi kacak bergaya. Semoga bermanfaat yer. 


Photo Taken From Pixabay.com


1. Makesure Selalu Tukar Towel.

Benda yang cepat kotor adalah towel atau tuala. Bakteria mudah membiak di tuala kita sebab ianya selalu lembap, kadang-kadang kita sidai je dalam bilik yang tiada pengudaraan yang baik. Then, kita mandi guna towel tu, mandi bersih dah, tapi lap guna towel yang kotor. Kotor balik lah kulit muka mahupun kulit badan.

Jadi tukar disini maksudnya, tukar towel. Makesure basuh, ikut kajian elok 3 hari sekali basuh towel tu. Untuk menjaga kebersihan muka agar tidak mudah ditumbuhi jerawat.

 

2. Tukar Selalu Cadar Tilam dan Bantal.

Untuk menjaga kesihatan kulit muka mahupun kulit badan. Elok tukar selalu cadar tilam bantal tu. Sebab, waktu kita tidur, badan memang akan mengeluarkan peluh. Untuk kepala dengan muka pulak akan mengeluarkan minyak. Perasan tak, bangun pagi, muka kita agak berminyak, sama jugak kulit kepala kita berminyak dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Jadi bayangkan, minyak dari kulit kepala and minyak muka kita melekat di cadar bantal kita. Itulah punca muka kita mudah ditumbuhi jerawat sebab terdedah dengan pemukaan cadar yang kotor.

Seeloknya, dalam seminggu tukar 2 kali. Macam aku, aku lebih titik beratkan cadar bantal je. Akan basuh 2 kali seminggu. Cadar pulak aku basuh sekali je seminggu. HUHU. Sebab kemalasan.

 

3. Basuh muka sebelum dan selepas tidur malam.

Ramai yang…. Gagal untuk amalkan perbuatan ini. Kalau korang malas nak basuh muka, sebab tu cepat naik jerawat. And, bila tak basuh muka jugak, sel sel mati di muka kita tidak dibuang dengan sempurna. Membuatkan muka kita Nampak kusam dan tak bermaya. Jadi, rajin rajinkan lah basuh muka tu.

And…. Kalau tengok mary kaya tu ada jual pencuci muka macam berus tu, macam mahal kan? Macam aku memang tak la beli natang tu, aku beli berus gigi yang halus bulunya. Untuk cuci muka aku . Untuk buang sel sel mati di muka aku.

 

Jadi jadi jadi…. Tips dia mudah je kan. Cukuplah kacak tu. Tak yah nak hensem mcm model, sampai nak pakai toner la nak pakai pelembap lah apa semua tu. Haish tak dan la nak buat semua tu.