3 Tips Aku Terus Bersemangat Untuk Blogging. Assalammualikum pembaca blog. Tahu tak? Malas nya nak berblogging ni tak tahu nak habaqlah. Gila gila malas. Best lagi melayari akaun tiktok dan mengelamun kekayaan. Selalu je tengok video orang share dorang dapat pendapatan sampingan dengan blog. Korang pun imagine lah korang pun buat benda yang sama. Then sampai kesudah blog korang tiada content sebab nak ambik mood berblogging tu memang payah. Jadi dibawah ini aku nak share tips.


1. Bersahajalah Dalam Berblogging.

Blogging ni, kau kena santai, bukan 1 night success ape benda tu overnight success. Haha. DIa perlukan masa. Jadi slow and steady dalam membina kejayaan blog kita. Zaman dah moden, tak perlu nak hias blog bagai nak rak. Bukan dapat hadiah pun. Buat macam blog aku, minimalist. Letak mana yang penting je. Sebab apa? Statistik pelawat aku 80% adalah datang dari mobile view. Jadi? Haa faham kan. Jangan waste your energy in decorating your blog. Do more focus on you contain instead.


2. Sediakan tempat khas untuk berblog.

Untuk berblog ni, macam kita bekerja tau. Kena sediakan tempat khas untuk berblog. Berblog ni kena ada ada idea yang mencurah curah di ladang gandum. Jadi sediakan ruang yang kondisive. Untuk aku pulak, aku memang spend duit aku untuk investment blog ni. Aku beli meja khas, beli kerusi gaming untuk naikan syeikh hahah untuk lebih bersemangat dalam dunia blogging ini.


3. Sediakan target Bulanan dan Tahunan.

Ramai yang berblogging, tak sediakan target. Masuk dunia blog secara memba… buta. Kasar nya word. Aku macam ni lah. Bila tiada target, kau bersemangat awal-awal sahaja. Lepas tu kau hilang daripada radar. So, untuk lebih bersemangat, kau buat lah target. Dalam sebulan kau kena update sehari satu post. Jadi, sebulan kena 31 post. Jadi? Kerah idea untuk menaip apa. Kau boleh buat. Share je apa tips2 yang kau excpert . Seperti tips belajar, tips business, tips kesihatan. Share je.


Aku target nak dapatkan viewer seramai 5K sehari before bulan Mei 2021. Sekarang masih main 1k sahaja. Itupun sebab aku lama gila tinggalkan blog. Boleh je nak capai 5k sehari tu, kunci dia kena rajin update blog.


Jadi harap dengan perkongsian aku di atas ini boleh membantu korang untuk tingkatkan prestasi berblog korang. Jika korang ada tips tambahan, jangan malu segan untuk tambah di ruangan komen dibawah terima kasih :D.