Tips Untuk Berminat Berlari. Fall In Love In Running. Hai, aku amerjaya. Aku pernah, gemuk sebelum ini. Gemuk dimana BMI yang tak sihat. Atas kesedaran kesihatan dan kelihatan tampan. Aku pilih untuk hidup sihat dengan menanam minat berlari. Aku, aku tak minat sukan, tapi kalau ajak bersukan, aku boleh je. Tapi tak pro. Cukup korum sahaja.

Picture Taken From Pixabay


Tapi, untuk berlari ini. Aku bolehlah dikatakan minat.  Berlari ni je sukan yang aku rasa cepat untuk turunkan berat badan aku. Tapi bagi aku, cukuplah untuk maitainkan berat badan aku sedia ada ini. Aku akan sharekan kepada korang macam mana aku konsisten berlari ni. Dalam sehari 5KM. Seminggu 5 kali aku buat 5km. Sabtu Ahad off day.

1. Kehidupan yang sihat.

Berlari ini boleh memanjangkan usia dan mengelakkan kita daripada terkena penyakit. Ini mestilah ramai yang tahu tapi buat buat lupa so aku nak remindkan kat korang. 

2. Kulit yang cantik.

So, bila kita berlari semestinya badan kita akan mengeluarkan peluh. Dalam masa yang sama, badan kita mengeluarkan toxin jahat dari dalam badan kita. Perasan tak, ramai orang yang gemuk bila dah kurus, kulit muka mereka macam glow up? Perasan? Sebab exercise ini macam boleh menyihatkan lagi kulit kita dan membantu kulit kita untuk lebih tampak dehydrate and tak kusam.

3. Berat Badan Ideal.

Semestinya, dengan mengamalkan larian ni. Boleh maintainkan beerat badan ideal. Aku ni suka makan, jadi aku paksa diri aku untuk, berlari setiap petang, kalau tak, sebelah pagi selepas subuh. Member aku ramai yang gagal dalam menjaga berat badan ini. Jangan dibiarkan badan tu membesar, nanti nak turun berat badan tu payah bang oi.

So sekarang, walaupun tak gemuk atau pun tengah badan berisi, better consistent untuk berlari untuk menjaga berat badan ideal kita dan tampak lebih bergaya dan sihat.

4. Aku beli Jam Smartwatch.

Berlari bawak phonel, ganggu concentration untuk berlari. Sepatutnya waktu berlari tu umpama me time kita. Untuk kita berfikir sejenak macam releksi minda lah kan. So kalau boleh time berlari tu jangan bawa handphone. Sangat menganggu konsentrasi dan juga, berat bang oi nak bawak phone kat tangan

Selalunya, orang bawak phone ni sebab nak dengar lagu dengan nak track ukur berapa jauh dia dah berlari dalam masa berapa minit.

Zaman dah moden. Boleh guna smart watch je skang. Ringan pun ringan. Boleh dengar lagu dan ukur jarak kita dah berlari. Apa mahal? Dekat shoppe dan lazada banyak smartwatch yang bawah rm150. Ikut kita pulak nak beli yang mana. Jangan lupa untuk tengok review ya cik adik cik kakak.

5. Aku beli Wireless Earphone. Airdot xiomi.

Aku tak tahu la, dulu aku beli jam smartwatch aku brand amazfit. Memang best jam tu. Complete semua benda boleh buat. Nak dengar lagu  mahupun nak ukur jarak berapa jauh lari. So, nak dengar lagu plak kena ada wireless earphone. Terpaksa aku godek shoppe untuk beli airdot xiomi. Nasib baik, memang ok. Jadi, korang tak rugi pun. Untuk berlari 5KM kira ok lah untuk lari guna airdot ni. Battery boleh tahan lagi. Tapi kalau lari 10KM. KM yang ke 8 camtu dah mula battery dia weak.

So so so. Ruginya korang kalau korang pilih untuk bebaring sepanjang masa. Paksa diri untuk bersenam. Tak perlulah bersenam tiap tiap hari. Selang sehari pun ok gak. Hari isnin, rabu, khamis. OK jugak. Tapi untuk aku. 5 kali seminggu kena buat 5 km. Nak jaga stamina dan berat badan ideal.

Ok makasih.