Senaman membakar lemak yang cepat, korang perlulah membuat 2 Pekara Ini Untuk Senaman Yang Berkesan. Assalammualaikum dan selamat berpuasa gais. Hari ini aku nak kongsikan sedikit, 2 pekara korang kena buat sebelum memulakan regim senaman kejam korang dekat badan korang. 

Tak kisahlah korang nak bersenam di luar rumah mahupun di dalam rumah. 2 perkara ini korang kena buat juga untuk menjaga performance senaman korang dan menjaga motivasi korang untuk terus melakukan senaman yang menyihatkan badan. 



1. Warming Up 
Buat pemanasan badan. Aku tahu, ramai yang ambik endah tak endah je dengan warming up ini. Bagi mereka, mereka tak percaya pun yang warming up ni penting. Sama je effect buat dan tak buat. Aku selalulah kalau nak jogging dengan member atau nak berenang, dan juga aktiviti hiking. Aku pesan dekat member aku, wei buat warming up dululah. Tapi dorang tak nak. 

Jadi apa sebab perlu warming up? Seperti kereta, perlu dipanaskan enjin sampailah lampu biru yang menadakan enjin masih sejuk tu hilang. Haa sama lah juga dengan badan kita, perlu dipanaskan juga. Supaya badan kita tak terkejut untuk lakukan aktiviti lasak. 

What if you dont do warming up. Haaa. Badan korang akan terkejut dengan aktiviti senaman yang korang buat tu, dan keesokan harinya korang akan cramp satu badan. Selalunya cramp di bahagian yang kita banyak guna waktu exercise. 

Time kita exercise tu pun selalunya dah dapat rasa effect dia. Macam aku, kadang-kadang warming up ikut dan je, so bila tengah belari tu kan, aku rasa macam rasa sakit di bahagian kaki aku. Jadi kacau feel lah nak belari jauh lagi kan. Padahal stamina boleh pergi jauh lagi. 

2. Minum Kopi. 
Sebelum korang minum kopi, macam biasa untuk turunkan berat badan or dapatkan berat badan ideal ini. Disarankan oleh kerajaan zimbakekewe. It a must untuk korang consume at least 3 liter water per day. Jangan minum sekali harung, tak bagus untuk perut ye. 

So, sebelum memulakan exercise ataupun senaman, korang perlulah consume air kopi tanpa gula ini. Kopi diambil 15 ke 30 minit sebelum exercise. Kenapa perlu minum kopi? Daripada kajian yang aku baca dalam pakcik google, minum air kopi membantu membakar lemak dua kali lebih cepat . Betul ke? Untuk aku, aku percaya. Jadi memang berat badan aku cepat turun. Waktu bersenam, baru mula bersenam, aku punya peluh dah macam air terjun. Cewah. 

Conclusion
Sebenarnya aku nak share 3 perkara. Tapi dah lupa perkara yang ke 3 tu. Mungkin tak penting kot. Dalam kuruskan badan ini, benda yang paling penting korang jaga adalah semangat nak kurus. So, bila korang tak warming up, badan cenderung untuk rasa cramp keeesokan harinya. So bila korang rasa badan korang sakit sana sini, lenguh, and jalan macam robot. Ada ke semangat korang nak kurus? Kepercayaan juga penting, bila kita percaya kopi boleh mengeruskan badan dengan cepat, mesti korang lebih semangat untuk bersenam. 

Good Luck. Happy Exercising.