blog
Tips Cara Aku Buat Duit Dengan Blog (Penerangan Penuh)
Dengan Blog Boleh Jana Duit? Pendapatan blogger malaysia, cara buat duit dengan nuffnang, cara buat duit dengan adsense. Soalan yang acap kali diajukan kepada diri aku ini. Once depa tahu aku blogging. Depa tanya, rajin eh hang blogging. Rajin lah untuk side income. Then depa terkejut. Depa tanya lagi. Dapat berapa sebulan? Hahah. Soalan sensitif ni. Aku cakap anggaran dalam RM300 ke RM400 sahaja. Lagi depa terkejut. Weh ajar ajarin aku donk.
![]() |
Tips Jana Buat Duit Dengan Blog |
Dalam update post aku ini aku akan ajar korang yang baru berjinak nak bermain blog ini untuk dapatkan pendapatan sampingan dari dunia blogging ini. Adik adik ku sekalian, nak dapatkan sesuautu tu kena berusaha dengan gigih dan rajin. Ramai abang abang akak akak yang kecundang di separuh jalan dek tak boleh memberi komitment dengan blog ini.
Nak jadi blogger ini kenalah kreatif banyak membaca only that senang nak menaip dengan lancar tanpa ada apa-apa halangan cuba menghalang. Aku mula active balik berblog tahun 2016. Padahal dah lama berkecimpung. Tapi kejap naik kejap turun. Mana nye susah nak jadi macam blogger benama Cik Epal Hijau.
Nak jana duit ini ada beberapa step korang kena follow. Step aku akan terangkan satu persatu dibawah ini ya jangan bimbang. Ada apa-apa persoalan boleh lah ditanya di dalam ruangan komen di bawah.
Yes kena ada blog ye adik akak abang sekali. Untuk jana duit dengan blog ini kena ada blog. Susah ke nak buat blog? Semudah ABC. Dekat youtube ade mengajar cara membuat blog guna platform blogger.com (free punya).
Aku tahu,perasaan nak dapatkan duit membuak-buak. Membuatkan ramai para blogger baruan untuk memilih jalan singkat iaitu dengan membuat copy paste atau mencilok idea daripada blogger lain. Ini memang tak bertamadun bro and sis.
Kita nak blogger tahan lama. Cuba untuk menaip sendiri, cuba ada identiti sendiri. Ni, kalau asyik dok copy pastVe orang punya post masuk dalam post kita. Orang perasan, orang nak ke follow blog kita?
Jadi cuba untuk jadi kreatif. Buat postingan idea sendiri. Tak rugi ya.
Aku tahu, untuk permulaan ini memang suka untuk dapatkan viewer atas 100. Yang unique view ya. Waktu aku mula-mula main blog dulu, memang aku rajin join segment, join giveaway untuk dapat kenalan, dan follower.
Kenalan blog ini penting membantu menaikkan page view blog kita. Jadi rajin-rajinkan blogwalking ke blog orang lain ya. Dan drop comment.
Cara cepat nak popularkan blog adalah dengan buat giveaway. Dulu aku rajin nak buat giveaway. Tapi bila tengok aku punya blog dah cukup stabil. Jadi lambat sikit la nak buat giveaway.
Ni sama ja macam atas ini. Cuba at least dapatkan follower at least 100 orang. Camna nak dapat? Dengan blogwalking. Join segmen and join giveaway pun boleh tingkatkan follower korang.

Ok dah baca dah tips untuk dapatkan platfrom blog. Kalau blog korang dah ada 100 view sehari. ada 100 at least follower . Ini lah yang dinanti nantikan. Buat Duit Dengan Adsense. Bagi aku, untuk penadapat blog aku yang kaw kaw mabeles ialah dengan Buat Duit Dengan Adsense. So macam mana?
Aku tak nak sembang platform lain untuk jana duit. Untuk blog aku, aku jana duit dengan menggunakan platform adsense sahaja. Memang aku tak nak blog aku serabut banyak sangat iklan sana sini. Cukup satu. Apa best dengan adsense ini? Ianya dibayar dalam matawang USD. Hanya letak je iklan dorang dalam blog korang. Tunggu orang click ja confirm dapat duit. Dalam USD Pulak tu.
First korang kena follow dulu step yang aku bagi di atas itu. Kemudian nye, bila korang punya blog dah nampak mantap, viewer pun ramai atas 100 orang. Follower pun 100 orang. So this is the time.
Ada yang masih beriklan dengan nuffnang, mereka tak tahu, adsense ni lagi laju nak dapat income. Nuffnang nak tunggu buffered earning. Aiyok tatayok.
Ya, kebanyakkan akan menghadapi kes ini, aku pun dulu waktu mula-mula nak beriklan adsense. 3 Kali wei kena reject. Berminggu minggu jugak lah aku tunggu sebelum diluluskan pihak adsense. Apa tips untuk lulus adsense ini? Haaaaaa. Aku tau korang akan tanya.
Tips nya ialah, aku dah cakap di atas, tingkatkan viewers lebih dari 100 sehari. Penting sangat ini ya, pihak google nak tengok, korang punya blog dah stabil tak untuk siarkan iklan depa. Buat entry post lebih dari 200 patah perkataan dan gambar kurang dari 3. Camne nak tahu 200 patah perkataan? Teringat aku mula-mula daftar adsense dulu, aku guna microsoft word, dari situ aku nak tengok, cukup tak patah prkataan nya. haha. Buang post merapu, post yang merapu seperti bawah 200 patah perkataan, wordless.
Ok done part adsense. Best masyuk dengan adsense ini. Once korang dah lulus adsense tu. Korang follow gak blog aku, camne nak increasekan pendapatan adsense tu ya. Cara letak iklan tu dekat mana sesuai orang mudah nampak ok?
Bukan adsense je korang boleh dapatkan pendapat sampingan. Banyak lagi, tapi ada yang cepat ada yang lambat. Macam blog aku ni, pageview dah banyak. Memang akan ada usahawan or company approach kita untuk berikklan Sebab tu aku letak contact me dekat page blog aku tu.
So ada lah tawaran pengiklanan. Dependlah. Macam blog aku ni, aku punya post meletup seperti tips pergi interviwer cabin crew. So ada lah company yang melatih orang untuk jadi good cabin crew ni dok email aku ajak collaboration. Sudi bayar aku sekian sekian untuk post tentang company or agency mereka. Bayaran dalam Rm150 ke Rm200.
Ada yang siap offer price lagi tanpa kita tanya. Tu ok lah ye.
Ok lah. Aku wish good luck kepada korang yang nak dapatkan pendapatan sampingan itu. Good Luck. Apa-apa pertanyaan silalah ajukan soalan di bawah.
Catat Ulasan
6 Ulasan
new info... nak ada 100 viewer eh...tu a bit tough for me
BalasPadambest la hai kalau boleh buat adsense ni.. :)
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html
bestnya kalau boleh buat mcm ni..dpt income
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html
Amer, macam Mana mau buat di tengah2 iklan atas tajuk post tu ada beberapa link entry lain?
BalasPadamAjarin akak , boleh?
Thanks share.
BalasPadamTerima kasih infonya.. lagi-lagi untuk pemula macam saya. Salam singgah.
BalasPadamJangan segan-segan comment dibawah