Niche Blog Untuk Hasilkan Income/ Pendapatan / Bayaran Adsense yang Tinggi untuk tahun 2020 .Pernah tak anda mengelamun depan screen laptop, tengok pageviews atau stats blog anda bukan main lagi tinggi menggungung. Tapi bila check pendapatan adsense untuk hari semalam 0.04 sen sehingga 0.10 sen. Itu pun kita rezeki dapat. Kalau 0.00 terus?  Aku pernah melalui zaman ini. Dimana aku hanya dapat 0.01 sen sahaja sepanjang minggu. Jadi aku pun buat research kenapa income adsense aku tak memberangsangkan. Jadi jawapan nya ialah niche blog aku tak berapa nak bagus untuk adsense. Jadi sekarang aku lebih focus menulis niche blog yang boleh memberi income kepada blog aku. 

Untuk friendly reminder, niche blog ini agak competitive. Jadi anda kenalah bijak bermain dengan SEO. SEO ini ambil masa untuk dibelajar. Senarai niche blog adsense bayaran tinggi yang menguntungkan dan mudah untuk kita buat dalam blog ialah seperti dibawah : 

1. Blog Download. 
Pernah dengar orang berkongsi barang di post mereka seperti template blog free atau resume free. Aku dah mula buat post download-download ini. Aku dah berkongsi resume stylo dekat blog aku ini. Dan yang banyak views adalah free download resume for cabin crew.

Kenapa Blog Download ini menguntungkan. Ianya bergini, jika orang datang ke blog anda dengan niat nak mendownload barang, mereka akan lebih mudah click iklan yang ada di adsense kita. Contoh iklan ialah Download Here. Download your openzip today. Mungkin mereka tersalah click. 

Selain template blog dan resume free download, anda juga boleh membuat applikasi mobile, atau wallpaper, atau E-books tentang blog atau tutorial blog. Kalau anda pelajar universiti, anda boleh kongsikan paper exam atau nota korang. 



2. Kesihatan 
Siapa tak nak sihat bukan? Aku juga bila sakit datang melanda mulalah search google cara penawarnya. Niche kesihatan memang antara niche di rank yang tertinggi dan menguntungkan untuk Adsense. Pelawat dari Negara Maju (Kuala Lumpur, Jakarta, Singapore, for e,g) lebih perihatin dengan kesihatan mereka. Jadi anda bolehlah start blogging tentang kesihatan. Anda boleh blog tentang kecantikkan sebab menjaga kesihatan, kosmestik, makanan yang sihat untuk tubuh badan, penjagaan mata, dan lain-lain.


3. Jana Duit Online 
Ini saya dah start buat. Sekarang ramai yang bijak dalam membuat duit. Semua tak nak lepaskan peluang. Lagi-lagi di dunia internet ini memang banyak peluang untuk menjana duit. Cuma perlu belajar. Semua orang kalau boleh nak buat duit secara online sahaja sebab tiada siapa yang nak keluar rumah kalau boleh. 

Sekarang, internet memang maju dan berkembang. Dunia di hujung jadi. Banyak keyword cara membuat duit online menjadi pencarian hangat di google. Kebanyakkan remaja dan belia yang mengguna internet lebih cenderung mencari tip atau cara membuat duit melalui online. Jadi, bertindak lah sekarang. Dengan blog anda boleh jana duit.


4.Teknologi 
Sekarang ini perkembangan teknologi seperti cendawan tumbuh. Ruginya para blogger sekarang jika tidak update dengan perkembangan teknologi. Dengan perkembangan teknologi bak goreng pisang, ramai kompeni yang bermatian membuat promotion atau periklanan untuk memberitahu orang ramai tentang teknologi baru mereka. Sudah semestinya kompeni ini sanggup membayar mahal kepada Google untuk mengiklankan produk terbaru mereka.  

Jadi jika blog anda tentang elektronik atak teknologi. Iklan-iklan dari kompeni teknologi ini lebih cenderung untuk muncul dalam blog anda. Untung kalau pelawat blog click iklan tersebut sebab iklan tersebut menarik minat mereka. 

Kebanyakkan orang akan mencari kemaskini atau update product mahupun software mereka dan panduan untuk technology seperti panduan menggunakan camera iphone 7. Jika anda nak buat post tentang teknologi, apa kata anda buat tutorial tentang computer atau mobile. Contohnya caranya charge telephone cepat  dan cara elak laptop panas. 


5. Blogging Tutorials
Yang ini saya tak nak discuss panjang. Memandangkan ramai yang nak buat income online. Sudah semestinya medium blog akan dipilih ramai orang kerana tak perlu mengambil risiko seperti trading forex yang perlu melaburkan duit dahulu. 

Jadi mesti ramai orang akan mencari cara untuk membuat blog dan tutorial membuat blog lebih gempak. 


6. SEO (Search Engine Optimization) 
Untuk menjadi blogger yang hebat kena lah bijak menggunakan SEO. SEO ini bukan dalam sehari dua je dah pandai. Memang kena belajar A-Z untuk mahir dalam menggunakan SEO. Jadi, anda boleh pergi ke kelas untuk belajar SEO ini atau pun anda boleh belajar di Google. 

Saya juga masih merangkak dalam penggunaan SEO ini. Saya cuma pandai menggunakan template SEO sahaja. Sudah tentu pencarian SEO di google search menjadi pencarian yang hangat. 


7. Forex Trading
Kepada sesiapa yang trader tu bolehlah kongsikan pengalaman anda di dunia blog ini. Saya percaya ramai rakyat Malaysia sekarang mencari cara mudah untuk berjaya dalam dunia trade ini. Ramai juga akan mencari cara trade forex dari A-Z. Dari permula hinggalah pandai.

Saya memang kagum dengan orang trader ini. Sebab pada tahun 2016 saya berazam nak jadi trader. Saya baca banyak buku tentang trader, follow banyak video tentang trading forex. Dan telahpun melangkah masuk ke dalam dunia forex. Tahu cara untuk membeli dan menjual saham. Tahu cara menggunakan teknik FIBO MUSANG dan teknik BBMA Omar Ali. Tapi saya tahu, ilmu forex saya tidak meluas. Jadi sekarang saya lebih selesa untuk focus dengan dunia blog ini yang tiada risiko nya. 

Saya perasan dengan kewujudan iklan forex XM dalam blog saya. Saya juga berfikir, jikalah blog saya mempunya entry mengajar forex trader permula, sudah semestinya akan ada pelawat blog yang pergi ke blog saya mencari tentang forex dan tertengok iklan tersebut. Nescaya dia akan click iklan tersebut. Mungkin nanti saya akan mula mengajar cara jadi forex trade permula. 


8. Entertainment Niche Atau Niche Hiburan
Niche ini banyak blogger sudah pakai. Niche ini lebih mudah dan senang untuk dikongsikan di dalam blog. Semua orang mahukan hiburan untuk mengurangkan stress. Jadi, apa kata sebagai blogger anda membuat penulisan tentang Niche Hiburan. Anda boleh tulis review tentang movie yang baru keluar dalam wayang, atau review drama yang tengah trending dalam Astro sekarang.

Saya sudah cuba niche ini dengan menaib review tentang drama Lara Aishah. Memang macam goreng pisang. Memang tinggi hits yang saya dapat. Jadi anda boleh lah guna cara saya ini. 


9. Tips Kecantikan 
Semua orang nak kelihatan cantik dan handsome untuk keyakinan diri. Jika anda wanita, niche ini lebih sesuai untuk anda dan niche ini amat menguntungkan untuk pendapatan Adsense. Wanita lebih cenderung click iklan yang berada di blog kita. Lagi-lagi kalau iklan lazada, zalora dan sewaktu dengan nya. Bukan sahaja perempuan, saya pun tergoda nak click iklan tu. Ye lah, barang yang saya search dekat zalora (contohnya jam dan kasut) boleh pula keluar di iklan blog yang saya lawati. Dengan harga yang menarik. Memang saya akan click. Jadi, wanita, ambillah peluang ini untuk beraksi. 


10. Masalah Komputer 
Ini juga niche yang baik untuk anda kongsikan di blog anda. Jika anda handal dalam membaiki computer atau laptop. Anda boleh kongsikan di blog anda. Sebagai contoh, cara untuk format laptop senang dan mudah, cara untuk mencuci kipas laptop yang berdebut, cara membuang virus dalam laptop, cara membuat laptop lebih laju dan banyak lagi. 

Based on my research, niche Masalah Komputer ini memang dibayar mahal oleh Adsense. Anda boleh dibayar sebanyak 1 Dollar untuk satu click iklan untuk Niche Post ini. Jadi jangan lepaskan peluang. Saya juga akan mula kerap post tentang baiki masalah komputer dan laptop selepas ini. 


11. Social Media 
Last but not least ialah Social Media. Social media juga antara Niche yang dibayar tinggi oleh Adsense. Jadi selepas ini bolehlah buat tutorial tentang social media ini. Post saya yang meletup tentang social media ini ialah cara lihat orang yang stalk fb saya. Memang pecah rekod post tersebut. Tapi saya kena buang post tersebut sebab dah tak dapat dipakai. 

Anda juga boleh buat post cara dapat banyak likes di instagram, cara dapat banyak follower di instagram, cara menyanyi free di smule. Banyak lagi idea untuk menulis tentang social media ini. Anda cuma perlu menjadi lebih kreatif.

Itu saja. Selepas ini saya akan lebih focuskan kepada niche di atas untuk menulis blog. Sebagai extra, 12. Niche Belajar Bahasa juga antara niche yang menguntungkan untuk Adsense. Jadi saya juga mula share tips dan cara untuk belajar bahasa mandarin dan english. Share you knowledge.