Tips Cara Buat Duit Online Tanpa Modal. Hye dan Assalammualaiku pembaca blog ku. Apa khabar? Lama sudah aku tak share cerita aku kat sini. Berkenaan aku jana duit dari rumah je dengan online. Untuk kali ini aku nak berkongsi berkenaan Cara Mudah Buat Duit Online tanpa modal atau menggunakan duit sendiri. Mesti ramai antara kita dah tahu atau dengar yang ramai blogger mahupun trader dapat side income dari dunia internet ini. Ramai yang sudah berjaya. Kebanyakkan mereka tak tunjuk kejayaan mereka kerana takut akan hasad dengki orang lain. Dan ramai juga berkongsi kejayaan mereka di laman sosial. Just berhati-hati. Tak semua orang suka tengok kejayaan kita. Ye kan? 



Kebanyakkan cara jana duit dalam internet ini boleh dipelajari di youtube mahupun blog-blog kerana para blogger dan vlogger ini tidak kedekut untuk berkongsi ilmu cara mereka menjana duit online. Ilmu tentang jana duit melalui internet ini memang banyak ye tuan puan. Jadi, korang kena letakkan penuh dedikasi dan juga menanam minat yang mendalam dalam menjana duit dalam dunia internet ini. Brace yourself. 

Kau... Yes kau. Jika kau hanya ingin mengikut trend semasa untuk menjana duit di internet. Lupakan sahaja. Kerana menjana duit online ini perlu kesabaran yang tinggi dan perlu kreatif juga. Aku juga selalu kecundang dalam menjana duit online ini. Tapi aku kena motivate diri sendiri. Tips jana duit online yang aku kongsikan ini boleh dibuat dari rumah sahaja. Nak cakap tips ini cara cari duit cepat? Tak juga. Ia perlu ambil masa juga macam menanam sayur dan buah-buahan. Kena tunggu ia tumbuh dan buhnya masak dahulu baru boleh petik hasilnya. Dibawah ini aku akan kongsikan 3 cara mudah untuk jana duit online tanpa mengeluarkan modal. 


Jana Duit Dengan Blog. 
Cara pertama untuk buat duit online ini ialah dengan berblogging. Tahukah anda melalui blog sahaja anda boleh menjana pendapatan?  Mesti anda sudah tahu dunia blogging ini memang banyak memberi duit kepada mereka yang rajin menulis. Semua orang boleh berkecimpung ke dalam dunia blog. Cuma, tidak semua orang pandai membahagi masa untuk berblogging. Sumber-sumber pendapatan melalui blog memang banyak, bermulalah dari sistem PPC atau Pay Per Click, Links Sales, Review, Affliate dan bisness e-book.

Saya tahu dunia blogger ini memang meluas. Sukar untuk mereka yang baru nak belajar dunia blog ini untuk terjun ke dunia blog. Tapi semua orang mula dari bawah. Jadi, anda juga boleh mulakan membina blog dan kongsikan cerita anda atau tips yang anda tahu di blog anda. Jom belajar bina blog. Untuk blogger permula, saya cadangkan anda untuk mendaftar diri di periklanan nuffnang. Selepas itu, kalau rasa blog anda pageviews sudah menaik dalam 100-300. Anda sudah boleh apply account adsense. Periklanan Adsense memang membayar mahal untuk setiap click iklan. Yang paling best tentang adsense ini ialah, pendapatan kita dibayar dengan nilai matawang USD. Cuba tukar 1usd ke RM. Katakan sehari kita berjaya menjana 1usd. 10 hari kita sudah berjaya menjana 10usd.

Sebelum anda active dalam dunia blog. Eloklah anda elak untuk membuat posting yang boleh menyebabkan blog anda direject oleh syarikat pengiklanan adsense. Jika blog anda memiliki pageviews yang tinggi. Tidak mustahil ada syarikat jual beli online seperti lazada, zalora, dan sewaktu dengan nya ingin bekerjasama dengan blog anda untuk periklanan. Mereka mungkin berminat untuk beriklan di blog anda dan sanggup untuk membayar anda untuk mengiklankan produk mereka. Depend atau bergantung dengan kehendak mereka. Mungkin mereka akan bayar RM100 untuk satu review tentang produk mereka. 



Buat Video Dengan Youtube.
Cara kedua menjana duit online ini ialah dengan menggunakan youtube. Ramai orang Malaysia sekarang sudah active dalam dunia youtube untuk membuat vlog (video log). Tapi, tak semua mereka tahu yang mereka juga boleh menjana income melalui youtube. Sayangnya. Pekara mudah yang perlu anda lakukan untuk mendapat income melalui youtube adalah mendaftar youtube account anda di google adsense. Banyak tutorial mengajar cara untuk apply atau mendaftar adsense account for youtube.

Jika anda tiada idea nak post video apa di youtube account anda. Anda boleh post cara memasak ikan talapia 4 rasa. Anda juga boleh post cara membaiki laptop. Anda juga boleh post cara mencuci aircon dengan betul. Anda juga boleh post cara memakai necktie dengan betul dan mudah. Anda juga boleh post beberapa hack atau cara senang untuk membersih kereta, kipas, microwave dan sewaktu dengan nya.

Anda kena bijak membuat title video anda. Buatlah title yang mengundang atau membuatkan orang mahu click video anda. Sebagai contoh, cara atau trick ikat necktie/tali leher 15 saat sahaja. Mesti orang akan curious/ingin tahu betulkah dalam masa 15 saat dapat ikat necktie? Anda juga boleh letak cara kupas bawang merah 1 minit. Lagi mengundang curious atau perasaan ingin tahu orang ramai.

Apa yang saya dapati, video permainan kanak-kanak seperti lego, mainan kereta, mainan kapal terbang dan sewaktu dengan nya memang mendapat views yang banyak. Ini mungkin disebabkan budak-budak mereka banyak meluangkan masa di youtube. Selepas tonton cerita cartoon upin-ipin mesti ada suggestions video lain tentang mainan keluar di tepi video upin-ipin itu tadi. Jadi jika anda seorang ibu-bapa yang memiliki banyak mainan anak-anak yang best seperti hotwheels dan tracks hot wheels. Bolehlah share di video youtube. Sebagai idea, anda boleh buat video cara memasang litar track lumba hotwheels atau cara memasang lego star wars.

Nak edit video mudah? Belajar guna window media marker. Window media maker ialah software yang selalu ada dalam laptop kita (jika pengguna microsoft) dan software iniadalah software edit video paling mudah untuk digunakan. Jika anda creative, dengan menggunakan window media maker sahaja video anda boleh kelihatan gempak. Jika anda nak buat topic atau video yang boleh generate atau memberi banyak income.Selain software ini, korang boleh juga download software filmora. boleh join mana-mana channel telegram yang ada share software free dalam channel tersebut. 



Pelaburan Saham dan Forex Trading
Cara terakhir yang saya lakukan untuk menjana atau buat duit online ialah dengan trade forex. Tips yang terakhir ialah Pelaburan Saham dan Forex Trading. Ramai yang takut untuk menceburi bidang trading ini. Sebab risiko dia tinggi. Eh kejap? Tadi saya cakap buat duit tanpa modal bukan? Ya, untuk pemula dalam dunia trading, XM.COM, akan memberi duit kepada anda sebanyak 30USD untuk anda mula melabur. 

Saya sudah menggunakan duit itu waktu saya mula melabur dahulu. Macam mana saya belajar trading? Saya hanya ikut kelas di youtube sahaja. Percuma. Youtube boleh mengajar anda macam-macam. Jika anda ingin daftar diri menjadi seorang trader, bolehlah daftar diri anda di XM.COM. Selepas mendaftar mereka akan deposit USD30 ke account forex anda. Duit itu hanya untuk anda trade forex. Dan duit itu tidak dapat di ambil dan transfer ke bank account anda. Cuma duit yang anda untung atau profit dalam dunia forex sahaja boleh di transfer ke bank account anda. Banyak cara analysis graph forex yang saya belajar. 

Ramai trader sekarang cuma menggunakan telephone bimbit mereka sahaja untuk berdagang atau trade. Dalam sehari, jika pandai anda boleh jana 10usd hingga 20usd untuk beginner. Dunia forex amat meluas, jadi saya cadangkan anda untuk belajar di youtube dahulu. Selepas anda mahir cara membeli dan membuat sale di trade forex. Anda bolehlah start follow video Geo Azrul. Dia akan mengajar anda cara menggunakan trade forex fibo musang, bbma Oma Ali, dan sewaktu dengan nya.

Selain dari teknik trade diatas, jika anda rasa malas untuk belajar teknik-teknik tersebut. Anda boleh mengikut signal dari group-group facebook yang berkongsi signal trade. Ada yang mahir membaca trade akan berkongsi signal mereka di group-group forex facebook. Jika mereka yang mahir trade tahu masa sesuai untuk membeli atau menjual saham, mereka akan kongsikan signal ke dalam group facebook itu tadi. Selain group facebook, di telegram juga ada group yang akan kongsi signal trade. Anda boleh cari forex signal group Malaysia di facebook. Nama groupnya ialah Signal, Analisa & Berita Forex Percuma.

Jadi itu sahajalah perkongsian saya untuk tips dan cara jana income atau pendapatan online tanpa modal. Sebenarnya banyak lagi peluang membuat duit dalam dunia internet ini, tetapi 3 cara diatas sahaja paling mudah dan senang tanpa guna duit pun untuk menjana duit. Selepas ini saya nak berkecimpung dalam dunia youtube. Masih lagi ketandusan idea nak buat video apa. Kena belajar dulu cara effektif buat video yang boleh memberi banyak views ataupun tontonan.