Selepas busy seharian jalan-jalan sekitar bandaraya kuching. Mesti lah lapar and nak makan sesuatu yang lain lain sikit dari semenanjung di sinun . haha. Ok. Ini hanya suggestion dari aku. Nak cakap murah. Tiada lah murah just affordable. Ok Bawah ni aku senaraikan tempat-tempat best yang aku selalu lepak dengan member member aku kat Kuching. Tempat Makan murah Di Kuching Sarawak? Tak murah, just affordable. Please cari guna waze. Zaman dah modern. Aku travel dekat Johor, Kl, and sewaktu dengan nya memang guna waze untuk hidup haha. Jangan lupa terjah entry ini : Tempat Makan Best Di Kota Samarahan. Nak ke Kota Samarahan dari Kuching hanya mengambil masa dalam 20 minute macam tu kalau guna kereta, dan jalan tidak jammed.

My Village Barok : Ayam Ketuk.


Mom's Laksa Kuching
Ok. Kepada korang yang pencintan laksa sarawak atau nak mencuba laksa sarawak. Korang boleh lah pergi ke restaurant Mom's Laksa. The best laksa in town. Aku ni peminat tegar laksa sarawak. Jadi aku recommend ngan korang cuba makan laksa sarawak dekat Mom's Laksa. Harganya berbaloi dan ikut which menu korang order. biasa, luarbiasa mahupun speical. Special selalunya buh letak udang je kot. 


Sharing Planet Sharing Downtown
Ada dua nama sebab ade dua lokasi berbeza restaurant ni. Restaurant ni ala2 western. Harga berpatutan. Orang ramai pergi sini sebab portion makanan dia memang pergh besar gila. Korang boleh share lah dengan kawan-kawan. Tapi, yang selera besar tu, better order satu pinggan je. Sebab. Haha. Mengenyangkan. Aku suggest korang pergi Sharing Downtown sebab restaurant ni tak jauh dari Annuar Steambot dan jugak terletak di bandar Kuching. 


Teh Tarik Kafeteria
Haa. Ni macam syurga makanan. Ada dua teh tarik cafe dekat Kuching ni. Satunya tak jauh dari Kubah Ria Satok . Satu Lagi dekat demak which is agak jauh dari bandar. Aku suggest korang pergi je dekat Teh Tarik tepi jambatan gantung. Guna waze guna waze untuk tahu jalan. 


Anuar Streambot 
Kepada kakak abang yang minat steambot tu. Boleh lah datang ke annuar steambot. Steambot Annuar ni memang dalam bandar kuching. Jadi tak jauh lah dari hotel korang yang stay kat hotel kat bandar kuching tu. harganya juga affordable. Dan yang penting halal lah. 


My Village Barok
Ini restaurant ala-2 rumah kampung. Makanan best kat sini adalah ayam penyet. Memang sedap. Kepada yang suka pedas. Aku recommend dengan anda request sambal lebih. Sebab sambal dia memang sedap cuma pedas je lah. Lepas tu restaurant ni ada menyediakan menu sea food. Harga affordable.  Restaurant ni terletak di Boyan. Seberang waterfront. Kalau nak dekat, korang guna perahu tambang dekat waterfront tu. Kalau naik kereta agak jauh sedikit lah. Baca full artikel saya berkaitan dengan barok ini. My Village Barok.

Toko Daging Gita

Toko Daging Gita 
Minat dengan makanan western tapi pada harga yang murah? Boleh lah pergi sini. Dijamin halal. Banyak makanan western terdapat disini seperti lamb chop, chicken chop, dan lain-lain. Portion juga boleh tahan besar. Memang Berbaloi. Boleh baca artikel saya ini makan di toko daging gita. Dibuka pada pukul ISNIN - AHAD 7.00 MALAM - 11.00 MALAM.

Chicken Hartz
Chicken Hartz 
Kepada mereka yang suka makan buffet tu. Boleh lah bertandang ke Chicken Hartz ini. Hanya bayar masuk sahaja. Anda boleh makan sepuas hati makanan yang terdapat dalam restaurant tersebut. Dibuka dari pukul 10 pagi hingga sepuluh malam. Jom Pergi Chicken Hartz Buffet

Dapur Kampung Lalapan 
Dapur Kampung adalah salah satu restaurant yang buka dan beroperasi pada waktu malam sehingga lewat malam pukul 3 pagi. Dibuka dalam pukul 5 petang. Apa yang best disini? Tempat yang uniq terletak di tepi pantai. Pantai lah sangatkan. Bukan pantai tapi tepi anak sungai. (Sungai buatan seperti Sungai Melaka itu just sungai ini lebih kecil.) Menu yang disajikan lebih kepada masakan Indonesia. Pekerja disini juga kebanyakan nya orang Indonesia. Mereka semua memang peramah. Jom baca Dapur Kampung Lalapan Tempat Best Lepak Di Kuching.

Mee Kolok Kedai Kamek
Kedey Kamek 
Kepada peminat mee kolok, mee laksa sarawak, atau pun menu unik di Sarawak. Boleh datang terjah kedai makan tok. Nang nyaman. Hari tu aku pergi aku order mee kolok. Serious sedap mee kolok daging dia. Family aku ada order linut, and laksa Sarawak. Feedback dia sedap. Linut itu kalau boleh request kat mereka jangan pekat sangat. Nanti susah nak telan. Nak tahu lokasi dan menu lain? Jum baca Nyaman Sik Kedei Kamek?


ANC Burger Batu Kawah
Memandangakan kedai burger ini je yang unique dan rare yang ada kedai makan sendiri. Jadi aku masukkan sekali dalam list ini. Tak ramai kedai burger di luar sana ada kedai mereka sendiri. Kebanyakkanya menumpang. Jadi kita susah nak cari tempat duduk. Kalau rasa nak makan burger unique, boleh lah datang ke ANC Burger. Burger homemade ini boleh tahan sedapnya. Boleh cuba. Tapi saya recommend untuk beli burger jenis beef lah. Nak tahu lebih lanjut tentang ANC BURGER? Baca feedback saya : ANC Burger Batu Kawah.

Sebenarnya banyak lagi tempat makan best kat kuching ni. Tapi yang kat atas ni tempat panas selalu dikunjung orang. Kepada penggamar sea food. korang boleh pergi ke Top Spot Restaurant. Harap korang dapat menjumpai restaurant2 di atas, atas bantuan Waze. :D Selamat Melancong