------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Makan Tempe Je Boleh Kuruskan Badan Dan Cantik

Makan Tempe Je Boleh Kuruskan Badan Dan Cantik. Dah lama aku tahu tempe ini memang gila gila bagus untuk tubuh badan. Tapi ada masalah malas nak menaip. Takut tiada orang baca. Tapi seriouslah tempe ni memang makanan magic. Tak sangka dengan makan tempe je kita boleh hidup dengan sihat. Ingatkan tempe ini hanyalah makanan kudapan begitu sahaja. Rupanya tidak. Serious banyak khasiat dia. Kalau aku, yang belum dimasak pun aku makan. Lagilah kalau digoreng.

Gambar Sekadar Hiasan. Bukan Tempe tuuuu. Haha. Xde Gambar Tempe. Cuba korang google.

Ok kita pendek cerita disini aku nak ceritakan kebaikkan tempe. Makan tempe je boleh mencatikkan kulit wajah. Tak perlu cucuk cucuk vitamin dah lepas ni. Haha.

Tempe sebenarnya mengandungi khasiat kalsium yang setanding dengan susu. Menakjubkan? Selain itu tempe mampu membuatkan kulit muka lebih cerah tanpa memberi kesan sampingan. Makan tempe juga boleh membuatkan kita sentiasa kelihatan muda. Kiranya awet muda lah. Memang terbaik.

Dengan memakan tempe sahaja, dapat mengurangkan kadar kolesterol berlebihan dalam badan, meningkatkan kepadatan tulang, mengurangkan gejala menopaus dan protein dari tempe ini boleh disamakan dengan protein dari daging. Hebat bukan?

Selain daripada itu, mereka yang mengalami masalah darah tinggi memang bagus memakan tempe. Sebabnya tempe ini mengandungi zat besi, fladpid yang bersifat antioksidan dan boleh menurunkan tekanan darah. Makan tempe juga boleh mengatasi masalah cirit birit dan masalah keracunan makanan kerana protein yang  terdapat dalam tempat tersangat lah banyak.

Untunglah aku memang suka makan tempe ni. Biarlah dia digoreng ke, mentah ke, dimasak berkuah ke memang aku layan je. Sedapnya tempe. Tempe juga bagus untuk diet dan boleh mengurangkan berat badan.


Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Makan Tempe Je Boleh Kuruskan Badan Dan Cantik"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top