Sebab Orang Benci Kita (Selalu Berlaku)

Sebab Orang Benci Kita. Setiap orang, ada pekara yang mereka tak suka seseorang itu buat kepada mereka. Mungkin ada yang dapat menerimanya. Tapi dientry aku kali ini aku nak kongsikan kepada anda sekalian beberapa perbuatan yang agak annoying dan menyakitkan hati. Jadi apakan sebab orang benci kita? 

Sebab Orang Benci Kita (Selalu Berlaku)

1. Meminta Tolong Dengan Memaksa. 
Aku paling tak suka bila orang memaksa. Bila kemahuanya tidak dituruti mulalah nak main wayang cina. Jadi? Elaklah memaksa kawan anda. Memaksa ini macam nak minta tolong kawan. Kau minta tolong, tapi kau memaksa dia. Dia pun ada benda lain nak buat. 

2. Interrupter.
Kita sedang best-best becakap. Pap kena potong lawyer buruk. Terus hilang topik perbualan sebab dah turn off dengan perangai orang yang suka memotong cakap orang ini. Sebelum mencelah, tunggu dulu kawan-kawan anda habis bercakap dulu. 

3. Semua Benda Dia TAHU. 
Seriously. Ini paling aku meluat. Kau tahu tak ini ini ini. Kau tahu tak itu itu itu. And..... Padahal semua benda dia tahu tu benda yang viral dalam facebook kot. Tak perlulah buat kawan-kawan kau macam duduk dalam gua. 

Ada juga yang buat-buat tahu. Kita cakap sesuautu topik itu. Dan dia macam buat-buat tahu padahal apa yang dia cakap tu tak berapa nak masuk dengan topik itu. 

4. Tak Pandai Sabar. 
Semua benda dia nak cepat. Waktu order makanan, bila makanan tak sampai, dia maki-maki mana makanan. Padahal baru berapa minit je order diambil. Sabarlah bro. 

5. Bergurau Berlebihan Dan Menyinggung Perasaan. 
Entahlah, maybe dia rasa dia lawak kot sampai lupa dia menyinggung perasaan orang. Jadi apa lagi, lebih baik aku pergi angkat kaki. Berdangdut lah pulak. 

Dulu pun aku ada buat sebab2 di atas. Lepas tu aku pelan-pelan ubah diri agar dapat diterima ramai. Chewah ahaha... Kongsikan pandangan anda tentang perangai manusia yang annoying di mata anda. 


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Sebab Orang Benci Kita (Selalu Berlaku)"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top