Cara Guna Article A, An, dan The Dengan Betul

Hari ini kita sembang pasal Articles. Pernah tak kau ragu-ragu nak guna perkataan A, An, mahupun The. Macam mana cara betul nak guna word ini dekat depan ayat. Kejap the dog, kejap a dog pun betul. Contoh lah untuk A University? Bukan sepatutnya An University ke, sebab word university dimula dengan huruf vowel U.




Aku tak nak lah macam cikgu-cikgu English dekat sekolah. Tapi harap maklum benda basic ni, untuk perkataan dimulakan dengan huruf vowels akan dimulakan dengan articles An. Contohnya An apple, An orange, An pineapple, etc. Untuk perkataan dimulakan dengan huruf consonant akan dimulakan dengan articles A. Contohnya A tiger, A crocodile , A cat, etc. Ingin aku nyatakan macam kes University, perlu guna artikel A sebab University itu berbunyi Yuu(Y ialah huruf consonant).  Banyak lagi perkataan seperti University itu. Tapi aku tak dapat recall.


Dekat atas aku dah terangkan cara pengunaan artikel A dan An. Untuk yang seterusnya aku akan terangkan cara penggunaan artikel THE. Artikel THE ini ialah definite article. Maksunya ialah sesuatu pekara atau benda itu jelas sekali. Ok kita tengok contoh ayat ini.  : My neighbor has a dog. The dog really loves to bark at late night. (Jiran saya memiliki anjing, anjing mereka suka menyalak pada waktu malam). The digunakan sebab kita tahu anjing itu milik jiran mereka.  Masih confuse? Ok tengok ayat di bawah


Excuse me Sir, are there any banks inside this mall? Yes there’s one bank inside this mall. The bank is located on the third level of this mall.

Waktu dia tanya soalan dia tak tanya  (where is the bank) kerana dia tak tahu sama ada,  ada bank ke tidak dalam mall itu. Orang yang menjawab soalan itu mengunakan word The Bank sebab dia tahu mall itu ada bank dan dia tahu lokasi bank tersebut.


Mungkin anda ada acara tersendiri untuk mudah faham artikel ini. Bolehlah kongsi di ruangan comment di bawah. Kongsikan pandangan anda di ruangan comment di bawah. Jika anda ada pertanyaan tentang English grammar atau cara penggunaan certain word. Tanya di ruangan comment di bawah ok? Insha Allah saya akan explain semampu yang boleh.



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Cara Guna Article A, An, dan The Dengan Betul"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top