Pendapatan Adsense Pertamaku 199usd = RM600

Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Ini untuk kenang kenagan dan juga untuk meningkatkan inspirasi berblog aku. Seperti sedia maklum aku tiada masa nak update blog. Jadi dari bulan 3 hari tu blog aku aku tinggalkan begitu sahaja dengan beberapa auto update post. Iaitu post yang aku buat bulan 2 dan aku schedule kan untuk auto post setiap minggu mendatang.



Nak dijadikan cerita, bulan 4, 2017, pendapatan adsense blog aku macam orang gila. Sehari dalam 5 dollar dapat. Kalau waktu aku tak sibuk dulu bukan main sehari dalam sen sen lagi. Mana tak down motivation nak blog. Tapi bila aku busy dengan dunia pekerjaan, boleh pulak dia naik dollar dollar. Terpaksa tutup mata dan focus dengan dunia kerjaya. 



Sebenarnya aku dah hilang seni nak menaip dengan taipan yang kemas dan ayat yang tersusun. Jadi aku tulis je apa yang keluar di kepala ini. Untuk pendapatan adsense pertama aku, aku terpaksa suruh kakak aku handle process pengeluaran duit. Untuk pengeluaran duit adsense aku, adsense cuma guna kaedah transaksi online tanpa menggunakan check. hebat bukan? Semua process pengeluaran duit dibuat oleh kakak aku. She's a blogger and dah banyak kali withdraw duit dari adsense. 


Waktu aku menulis ini, income adsense aku pun tengah menunggu bulan untuk dituai. Tak sabarnya. Jadi impian aku selepas ini, aku nak income adsense aku setiap bulan dapat rm500 ke atas. Boleh lah bayar bulanan kereta ataupun bulanan rumah nanti. Doakan aku ye. Sat gi aku nak share beberapa tips nak dapatkan income adsense banyak. Tapi tak ada lah banyak sangat. Bila aku habis training nanti aku target nak income ribuan dari adsense ini. Insha Allah. Kalau dah rezeki nak pi mana. Thanks sudi membaca untuk dijadikan inspirasi blog. Aku tak sangka blog aku dapat sambutan dari google. 






Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Pendapatan Adsense Pertamaku 199usd = RM600"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top