Tips Bila Tak Faham Apa Di Belajar


First, tak faham mungkin sebab kau tak focus dalam kelas. Padan muka kau. Aku ada problem tak dapat nak focus dalam kelas. Mungkin aku cepat boring. Bila subject yang lecturer ajar macam tak best. Mulalah kuda kepang menari dalam kepala aku. Then aku just termenung sambal menari kuda kepang di awangan dan menunggu waktu habis kelas. Dah nak masuk final exam baru lah kau gabra nak belajar semua benda itu. Aku memang selalu macam itu, bila aku tak faham dalam kelas dan lost in the South China Sea, memang aku akan cakap, tak apalah nanti final exam aku berlajar betul betul. Senang je ni bila last minit. Bila last minit aku rasa nak menangis belajar bila banyak benda aku tak faham. Tapi alhamdullilah. Aku ada tips cara aku atasi tak faham bila belajar.


1. Youtube.
Zaman sekarang dah maju kan? Cuba kau taip benda yang kau tak faham tu dalam youtube. Insha Allah akan ada penerangan dalam youtube. Youtube memang mudah nak faham umpama kau masuk semula kelas lecturer kau dan belajar kembali. Penerangan dalam youtube lebih mudah nak faham. Sebagai contoh time aku belajar Finance Resource dulu, aku ada masalah untuk memahami market failure sebagai contoh nya. Aku akan type market failure dekat youtube. Alhamdullilah. Jumpa dengan penerangan dan contoh mereka explain. Memang aku jawab itu dalam exam siap contoh dia lagi. Banyak membantu youtube ini.


2. Google.
Kadang-kadang lecturer suka bagi nota yang susah faham. Tambah lagi buku teks yang gila tebal tu. Memang tak cukup lah masa nak hadam dalam masa sehari dua sebelum final exam. Apa yang aku buat ialah dengan mencari nota tambahan untuk subject aku itu. Jika subject aku Human Resource Management. Aku akan search Human Resource Management For Dummies,  Basic Note For HRM, Easy Note To Understand HRM, Short Note HRM, Slide Note HRM. Kalau boleh letak  perkataan .pdf  .docx atau .pptx  . Kalau letak word itu lagi senang nak jumpa web yang boleh download nota itu. Contohnya  Slide Note Public Relation .3gp.  eh 3gp pulak. Haha.



3.Minta Kawan Share Nota Dia Melalui Gambar
Yang ini memang susah sikit. Kalau kau jenis bajet pandai bajet semua benda kau pandai. Kau akan poyo tak nak mintak nota orang. Kau tak nak turunkan pride kau. Ini bahaya. Aku semua orang aku mintak nota. Aku nak tengok cara orang belajar. Dari nota kita boleh tengok personality seseorang itu. Eh?. Aku dekat UiTM dulu memang banyak kawan. Semua orang aku buat kawan. Susah nak bermusuh. Aku tak angkat bakul. Sebab dekat UiTM aku nak Berjaya sama-sama dengan kawan kawan aku lain. Bila time final exam,  kelas A kelas B kelas C semua aku akan contact mereka. Tanya, boleh tengok tak nota kau, selalunya pelajar pandai ini dia tak kedekut nak share nota dia. Dengan melihat nota ringkas kawan juga, kau akan tahu sama ada apa yang kau belajar cukup tak. Ada yang tertinggal tak. Dengan baca nota kawan juga, lebih mudah faham sebab dia selalunya siap letak contoh sekali.


4. Tanya Dekat Kawan
Yang ini tips ini hanya untuk pelajar pandai je. Tanya pelajar pandai. Kalau esok lusa nak exam , kalau boleh elak kacau pelajar sama level kau yang tak berapa pandai. Sebab apa? Pelajar pandai, waktu last minit macam ini dia lebih banyak masa untuk berehat dan bermain-main di library. Sebab dia dah belajar banyak benda dan dia focus waktu dalam kelas. Jadi, bila aku tak faham sesuautu. Aku akan tanya dengan student bakal ANC mahupun bakal first class degree. Selalunya student macam ini memang dia suka ajar orang dan bagi mereka, bila dia ajar orang dia akan lebih ingat ilmu itu. Jadi, anda janganlah rasa mengganggu dia, tanya je. Mungkin word macam ini, asalam Khai bukan nama sebenar, boleh tak ajar aku maksud 2 Ways Communication dengan White Lie ini. Theory ini juga, boleh ajar Charles Xavier theory ni tak? Akus susah nak faham. Bila kau tak busy nanti, kau reply lah aku ok. Aku skip dulu apa yang aku tak faham ni. Macam itulah bunyi ayat aku. Serious aku cakap, penerangan dari budak pandai ini memang lebih mudah meresap dalam kepala kita.


5.Berhenti Belajar Sekejap, Dan Berjalan-Jalan Dalam Rumah Cuba Buat Pekara Lain
Kadang kadang bila kita tak dapat hadam atau faham banyak benda. Mungkin kita terlalu stress. Macam-macam difikir seperti, sempat ke aku belajar, dapat ke aku dapat kan A untuk subject ini. Entah-entah aku fail paper ni sebab lecturer tu macam tak suka aku je. Kenapa sikit sangat carry mark aku, cukup ke nak dapat A.  Waktu degree ni, aku memang aku akui, memang aku target nak sangat sangat dapat A semua subject. Bertapa obsess nya diri ini. Waktu diploma aku lebih target C je asal lulus. Bertapa masa telah ubah diri ini.

Jadi bila kau stress, kau fikir bukan-bukan dalam kepala. Kau akan susah nak focus dengan apa yang kau belajar itu. Jadi solusi nya ialah, berjalan pergi toilet ke, pergi ruang tamu ke, kalau ada tangga dalam rumah, turun naiklah tangga itu. Ni tips aku lah, kalau aku stress dana pa yang aku belajar tak masuk, aku akan pergi depan tv selalunya ruang tamu lah. Dan buka tv. Tengok tv and enjoy the show tanpa fikir pasal peperiksaan yang akan datang itu mungkin esok hari  paper aku itu. Bila dah tenang, set dalam minda, ok habis je rancangan ini (dalam tv) aku akan start balik belajar.


Itulah aku buat bila aku dah tak dapat masuk apa yang dibelajar. Aku akan rehatkan dulu minda. Tak nak bagi tekanan. Kalau kau fikir pasal A itu, cuba fikir macam ini, tak apalah kalau tak dapat A, janji aku dapat jawab paper esok hari dan C mahupun lulus dah dalam tangan. Elak elaklah stress waktu belajar ok? Dapat A ke tidak itu bergantung kepada rezeki kita juga.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Tips Bila Tak Faham Apa Di Belajar"

2 benda tu memang favourite saya kalau nak buat pembelajaran atau research, youtube dan google :D

Aku pernah juga study melalui youtube ni. Ada yang ok ade yang tak ok. Cuma makan masa sikit bila nak cek mana yg ok.

Lagi goyang, bila makin study makin rasa banyak benda lagi tak tahu! Adoiii.... Parah dah tu. Semua tips ni kite buat waktu belajar dulu. Cuma, kadang-kadang tu biasalah kan ada juga yang kategori kedekut ilmu nih (sorry to say lah) taknak pun share dengan kite yang tak berapa nak genius ni haa...

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top