Cara Penggunaan Whom,Whose, That and Which.


Hari ini aku nak sembang sikit pasal grammar. Pernah tak dengar perkataan Whom and Whose. Selalunya kita main cakap je perkataan itu. Tanpa hirau penggunaan yang sebetul nya. Aku dulu macam ini lah. Cakap je, eh I really like someone that do their laundry every day. Sepatutnya, I really like someone who do their laundry every day.  Ada orang yang pandai speaking ini, grammar mereka ke laut. Aku banyak kenalan yang handal bercakap tapi bila ber whatsapp. Sana sini grammar error. Tapi bagus kalau pandai cakap, dari terer grammar tapi tak pandai cakap.



Kalau perkataan who aku rasa ramai yang tahu cara betul untuk menggunakannya. Tapi aku tetap nak demonstrate penggunaan ayat WHO. Contoh ayat ialah:
The Woman who came yesterday is our lecturer.  Untuk ayat tanya : Who is she?


Pengunaan who agak senang bukan. Macam mana dengan pengunaan WHOM. Aku honestly cakap lah kan, memang akan selalu lupa cara guna perkataan ini. Almaklumlah dekat sekolah dulu aku tidur. Bukan macam budak sekarang English tahap A. Bagus adik adik ku. Jadi cara penggunaan ayat WHOM ialah begini: 
The woman whom you mocked is my mother. (Wanita yang anda ejek itu ialah ibu saya.) 
Untuk ayat tanya : Whom did you see? (Siapa yang anda jumpa tadi?)


Untuk whose pula. Memang aku jarang guna perkataan whose ini. Kalau boleh semua benda aku pakai who je. Ok cara pengunaan ayat who ini macam ini : That is the man whose necktie is pink. (Itulah lelaki yang tali lehernya berwarna merah jambu.) Whose to macam tanda tanya possessive lah.  Untuk ayat tanya : Whose is this? Milik siapakah benda ini?


Manakala ayat That and which pula digunakan untuk binatang dan benda yang tidak bernyawa. Contoh ayat THAT ialah :  The blog that I read just now is awesome. (Blog yang saya baca tadi memang terbaik.

Untuk perkataan WHICH. Cara pengunaan nya seperti berikut : The car which he washed is my car. (Kereta yang dia basuh itu ialah kereta saya).


Bagi aku agak confusing juga lah cara penggunaan Whom Whose ini.  Memang 2 words ni aku kena counter check sebelum menggunakan perkataan itu. Selalunya aku akan guna perkataan who sahaja.


Kongsikan pandangan anda di ruangan comment di bawah. Jika anda ada pertanyaan tentang English grammar atau cara penggunaan certain word. Tanya di ruangan comment di bawah ok? Insha Allah saya akan explain semampu yang boleh.


Sebelum saya terlupa. Word THAT juga boleh digunakan untuk manusia tapi dengan syarat ia digunakan kepada orang yang mendapat kata adjektif Superlative. Kata Superlative ini seperti, the most tallest building, the largest flower, etc. Cara pengunaan ayat THAT ialah seperti :  Blog AmerJaya is the best blog that I have ever read. (read -  past tense).
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Cara Penggunaan Whom,Whose, That and Which. "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top