Cara Betul Guna You, Your, You're dan Yours

Cara Betul Guna You, Your, You're dan Yours. Mesti anda pernah ternampak orang salah guna word You, your , You’re mahupun yours.  Lagi-lagi kalau yang gunakan perkataan singkat itu. Bukan orang kita sahaja ada masalah itu, orang putih juga ada mengalami masalah itu. Itu lah saya pernah cakap, ada orang bila speaking dia memang melangit. Bila kita sembang melalui typing whatsapp. Nampak dia punya grammar error sana sini. Tapi yang penting dalam English ini percakapan. Aku lebih happy lagi kalau aku boleh cakap English dengan confidence.


Untuk word You, Your, etc Kita ada nampak ada sesetengah orang salah guna word u, ur, urs, u r. Perasan tidak? Jadi disini aku nak explain semua cara guna semua you itu. Packages ok.

1. You ialah Kamu. You look handsome today. (Kau nampak kacak hari ini).

2. Your atau orang selalu taip (UR) ialah kamu punya. Ok saya agak confuse nak terang dalam BM. Mungkin boleh bagi contoh ayat. Your eyes look really pretty. (Mata kamu nampak cantik). Your hair. Your nose. Bila anda nak cakap sesuatu milik seseorang itu mestilah guna your. Your blog is boring.

3. Untuk word Yours. Cara pengunaan word  seperti ini : This book is yours. (Buku ini milik kamu). You have bought the house so it is yours now. (Kamu sudah beli rumah itu, jadi rumah itu milik kamu sekarang). Yours itu macam cakap tentang sesuatu itu milik dia.

4. You’re. Untuk word ini ialah singkatan kepada You Are. Cara betul guna word You’re ialah : You’re fired! (Anda dipecat!). You’re amazing just the way you are. (Kau amazing dengan gaya kau sendiri.)

Rasanya dah explain semua pekataan dari word YOU. Harap  anda faham dengan penjelasan atau explanation saya ini. Jom ikut ayat yang saya tulis bawah ini.

You look so pretty today with that cap on.  You’re / You are very stylish when wearing that cap. Your cap looks so familiar to me. I think my cap look like yours.

Jadi macam mana dengan penerangan aku? Aku minta maaf sangat-sangat kalau masih ada yang tak faham. Anda boleh tanya di ruangan comment di bawah apa yang anda tak faham ok? (With Smile)

Kongsikan pandangan anda di ruangan comment di bawah. Jika anda ada pertanyaan tentang English grammar atau cara penggunaan certain word. Tanya di ruangan comment di bawah ok? Insha Allah saya akan explain semampu yang boleh. Jangan lupa follow blog saya untuk belajar word English yang lain.




Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Cara Betul Guna You, Your, You're dan Yours"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top