Jom Belajar Pepatah English (Proverb)


Hebat nya kalau kau sedang bercakap siap guna pepatah dalam Bahasa inggeris lagi. Memang kelas kau maria. Tiba-tiba masuk iklan ribena. Ok aku tahu kebanyakkan proverb dalam ini dah dibelajar di sekolah. Tapi ada juga yang anda mungkin belum tahu. Aku bila tengok cerita dekat TV3 dulu, memang mata aku active membaca sarikata inggeris dekat bawah itu. Macam-macam perpatah melayu yang di translate ke BI aku tahu. Seperti History repeat itself (pokok pisang berbuah dua kali). Kill 2 birds with one stone (menyelam sambil minum). Dan banyak lagi. Jum ikut pepatah inggeris kat bawah ini.



Actions speak louder than words.
Anda boleh guna ayat ini untuk ejek member-member kau yang selalu cakap besar tapi habok pun tiada. Actions speak louder than word ini rujuk kepada seseorang yang cakap je banyak tapi hasil dia tiada.


Better late than never.
Bila datang akhir kat sekolah. Kalau cikgu cakap kau tak disiplin datang akhir. Jawap je better late than never. First time aku dengar word ini melalui game Hanggaro tu. Kesian dia dah arwah banyak kali.


Cut your coat according to your cloth.
Yang ini memang ramai tahu apa maksud dia. Kalau pepatah melayu dia berbunyi, ukur baju di badan sendiri. Bebelanjalah ikut kemampuan.


Empty Vessels make the most sound.
Yang ini pun ramai juga tahu apa maksud. Kalau cikgu aku selalu buat perumpamaan kepada tin, tin kalau kosong memang bising bila diketuk. Macam manusia juga, kalau selalu buat bising umpama tin kosong lah.


An apple a day keeps the doctor away.
Yang ini aku fikir memang suruh makan apple tiap tiap hari. Rupanya Cuma perpatah untuk kita menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit. Kalau pepatah melayu nya berbunyi lebih kurang macam ini : lebih baik mencegah daripada merawat.


Every cloud has a silver lining.
Pepatah di atas mengatakan sejahat-jahat manusia mesti ada kebaikan pada diri mereka. 


It’s no use crying over spilt milk.
Memang sesuatu pekara yang sia sialah kalau kau menangis selepas tertumpahkan susu atas lantai. Pergi beli baru lah. Kalau Bahasa melayu dia, nasi dah jadi bubur.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Jom Belajar Pepatah English (Proverb)"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top