Widget Mesti Ada Dalam Blog Untuk Perangkap Pengunjung Blog

Tips Visitor Pelawat Pembaca Blog Tak Cepat Lari Dari Blog Anda. Widget ini juga semestinya boleh menaikkan traffic blog mahupun pageviews blog. Susah juga nak fikir title post. Mula-mula aku nak tulis tips perangkap pelawat blog macam pelik je. Jadi end up dengan tajuk di atas (Tips membuat pelawat blog tak cepat lari dari blog anda). Eh tak, aku tukar lagi jadi ke Widget Perlu Ada Dalam Blog Untuk  Perangkap Pengunjung Blog. Perangkap tu macam nak buat pelawat terus menerus nak membaca artiklel dalam blog kita dan tak mudah lari dari blog kita. Mungkin dia terus jatuh cinta dekat blog kita sebab banyak artikel best. Nak pelawat blog stay dalam blog kita, dan baca banyak entry atau post dalam blog kita kena ada caranya. Apa caranya Mer? Aku nak habaq mai lah ni. Jadi, jom ikut tips yang aku guna pakai dalam blog aku ini. Tips untuk pelawat blog berada lebih lama dalam blog kita.

P/s: Anda juga boleh baca entry saya yang lain yang berkaitan dengan tips dunia blogging seperti : Tips Tingkatkan Traffic Blog 2017,  Rahsia Lulus Account Adsense, Tips pantas Berblogwalking,  Tip Teknik SEO mudah dibelajar untuk blog cepat masuk dalam first google search,  Tips dan Cara atasi tiada idea untuk menulis artikel apa di blog, dan Punca anda tiada idea untuk menulis entry atau artikel dalam blog. 

1. Entry Best Best Dalam Blog. 
First, entry dalam blog mesti banyak best. Banyak entry yang menarik minat orang untuk membaca. Kalau boleh, title post korang kena catchy atau menarik jugaklah. Baru orang berminat nak baca.



2. Letak Tajuk Post Untuk Button Next And Previous Post. 
Di bawah post kita, akan ada button untuk Next Post dan Previous Post. Apa kata kalau anda tukarkan word kepada Tajuk Blog untuk Next And Previous Post. Ok aku mengalami kesulitan untuk explain benda ini. Better aku screenshot. Nak pasang gadjet ini dalam blog anda? Jum ikut tutorial tunjuk post title di Next and Previous Post. Widget ini juga muncul dalam mobile view.  Jadi pengunjung akan tahu, entry apa seterusnya atau sebelumnya. Daripada gadget yang sedia ada tu, yang tulis Next And Previous. Tak ramai pengunjung rajin nak click Next and Previous lagi-lagi jika mereka tidak tahu entry apa yang seterusnya atau pun sebelumnya.


Tengok Gambar Ini, walaupun post aku diatas mengenai SEO, kenapa related post dia keluar pelik-pelik je? Ada yang berkait juga. Itu sebab, dekat setiap entry post yang kena suggest itu aku letak labels Best. 

3. Suggestion atau Related Post Ada Gambar Sekali
Aku tahu ramai yang guna linkwithin tu. Itu jenis lama lah. Dulu ada Nrelated. Tapi dah tak ada lagi. Linkwithin tu best jugak, tapi yang tak best nya. Linktwithin tu dia keluarkan post yang kita dah delete atau save draft. Malulah den post den waktu budak hingusan dulu dikeluar dia jugak dalam related post. Jadi? Jum ikuti tutorial letak gadget related post dengan gambar sekali disini. Yang best nya pasang related post ini ialah, waktu surf atau buka blog dalam handphone atau mobile view, related post itu juga ada disitu. Selalunya widget-widget macam ini akan hilang sebab nak maximizekan size blog kita.

4. Letak Labels BEST, atau Menarik, di Setiap Post.
Kalau boleh letak semua post anda dengan label BEST. Nanti banyak artikel akan diletak di related post itu. Selalunya, kalau anda tak letak labels yang sama di beberapa entry, related post akan tunjok beberapa post yang berkaitan sahaja, ada juga tak tunjuk langsung sebab widget ini membaca related atau hubung kait setiap post melalui labels post. Jadi, setiap post yang aku taip, aku akan letak label BEST atau RELATED, ikut keselesaan anda lah. Jadi walaupun post tiada kena mengena, masih juga akan terkeluar di post yang pelawat kita baca itu. Sebab itu lah aku cakap, buat entry best best dan best.


Yang ini adalah Random Post. Mana-mana post dalam blog anda akan terpapar di di widget ini. 

5. Letak Random Post Widget. 
Random Post Widget ini akan menunjukkan post-post dalam blog kita secara rawak. Jadi, kesemua post dalam blog kita mungkin akan ditunjuk dalam widget random post ini. Kalau anda lihat dalam blog aku ada random post widget dekat bawah sekali page. Tak mustahil akan ada pelawat tertengok random post widget itu dan click. Kalau anda nak letak random post widget dalam blog anda, anda boleh ikuti post ini : tutorial letak random post widget dalam blog.

6. Letak Popular Post Di Sidebar. 
Anda jugak boleh letak popular post di sidebar. Widget popular post itu hodoh? Jangan risau, anda juga boleh letak widget popular post yang lebih stylish dan berwarna warni dengan mengikuti post ini : Tutorial Letak Popular Post Widget Yang Stylo Dalam Blog.

7. Tips Lain-Lain.
Sebagai tips tambahan, anda juga boleh letakkan arkib blog dalam blog. Kalau rasa arkib blog itu macam makan size blog sebab panjang sangat. Bolehlah letak widget arkib blog itu dalam box dan boleh discroll. Ikut size yang anda nak. Boleh ikuti tutorial ini : Tutorial Scroll Box Untuk Arkib Blog dan Bloglist. Selain itu anda juga boleh letakkan widget Latest Post atau Entry yang terbaru dalam blog anda. Jadi pelawat blog mungkin berminat untuk membaca taipan atau entry terbaru dari anda. Anda boleh ikuti tutorial letak recent post/entry artikel terbaru stylo dan lawa dalam blog.

Itu sahaja perkongsian aku setakat ini. Jika anda ada tips lain selain tips di atas. Bolehlah kongsikan diruangan comment dibawah. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Widget Mesti Ada Dalam Blog Untuk Perangkap Pengunjung Blog"

Terima kasih infonya, kadang-kadang bila saya dah letak macam-macam mula nampak berserabut, lepas tu dah terfikir nak tukar template... haha... tapi semua widget tu memang penting dalam blog...

Hi Amer, nice tips (cewah ayat cliche), tapi betul la tips ni diperlukan semua blogger yang nak perangkap readers duduk lama-lama.

Semua dah buat kecuali number 2 tu. Untuk labels sama setiap post tu mai guna label "Featured", hehehe, tu pun sebab template tu suruh letak label tu untuk muncul dalam slider bawah header tu, tak sangka ada juga gunanya label tu.

Sama2 tuan. Tu lah kan, letak macam-2 nanti blog serabut and berat. Tapi blog amer ni, memang dah rasa ok kot. Walaupun serba salah tak letak Popular Post dalam blog. Arkib blog tu pun sebab banyak blog berjaya spt BenAshari letak, jadi saya cuba ikut mereka yang berjaya.

hahaha.. Nice Sharing lagi cliche. Penting nak perangkap tetamu ni, dorang datang dari google,susah tak mereka nak dtg lagi. Kita jamu mereka dengan sajian yang sedap sedap yummy.

No 2 tu bagus letak mai. bila orang tertengok tajuk next atau previous yang memukau, mesti dorang click. Kalau button next previous je, mesti mereka malas nak click link mcm tu.

Alaaaaa semua aku takda lagi. malasnya nak tambah2 widget ni hahaha kalau rajin aku buat lah nak juga perangkap readers macam kau mer. nice sharing btw.

blog hang dah lah xde bloglist....

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top