------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

12 Tips SEO Mudah Untuk Blogger Baru 2017

Tips, Tricks, Teknik Dan Rahsia Belajar SEO Mudah Dan Ringkas Untuk Blogger Baru Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog. Hari ini aku nak kongsikan beberapa tips SEO mudah dan ringkas untuk blogger newbie atau pemula. Aku tahu ramai orang sekarang jadikan blog untuk menjana income. Tipulah kalau tak, kalau ya pun takkan kau cari google search seo blog tips,seo blogger, seo blogger templates, seo blog posts, seo blogs list, seo blog topics, seo blogs 2017, etc. Jadi hari ini aku nak share juga lah tips seo. Blog aku walaupun tak pakai domain sendiri (dot com) tu, masih juga boleh berlawan dengan blogger yang pakai (dot com). Sebab? Pandai bermain keyword dan SEO friendly. Ok. Kau scroll dulu kat bawah-bawah post ni check dulu mana tahu aku tulis panjang-panjang rupanya nak jual E-Book SEO. haha. Takpa aku belanja free je ilmu ni.

rahsia-tips-seo-mudah-untuk-blogger-baru-newbie


1. Nama Blog Dan Title Post Pada Tempat Yang Betul.
Pernah tak kau search artikel kau dalam internet. Kau jumpa. Tapi tajuk article tu dimulakan dengan blog kau sebagai contoh Amer Jaya - Jom Ke Bulan. Haa, tak bagus tu. Tak berapa nak seo friendly. Ramai blogger newbie tak ambil kisah hal ni. Jadi jum tukar title kehadapan dan nama blog kebelakang seperti dalam gambar bawah ni. Jom tukar kedudukan nama blog dan title blog


rahsia-tips-seo-mudah-untuk-blogger-baru-newbie
Contoh. Nama Blog di belakang. 


2. Tulis lebih dari 2,500 patah perkataan. 
Aku tahu ini tips gila. Tapi kalau kau ada ilmu yang mendalam tentang satu pekara itu. Apa kata kau taip sampai jadi 2,500 ke atas. Bagi google semakin banyak yang kau tulis semakin banyak informasi yang kau kongsikan. Jadi mereka akan naikkan post kau ke first page google search. Tak caya? Cuba taip tips dekan. Rahsia student Dekan. Cara mudah untuk dekan. Tengok blog siapa yang naik first page google search. Post pasal dekan tu aku serious taip panjang berjela. Idea datang mencurah-curah. Tapi tak apa juga kalau kau tak pandai taip panjang. Mungkin taip lebih 200 patah perkataan sudah memadai. Contoh post aku yang gila-gila panjang. Rahsia Aku Dekan 3.5 2016.

rahsia-tips-seo-mudah-untuk-blogger-baru-newbie
Boldkan Tajuk atau keyword. Link kan Keyword sebagai contoh Cara Mudah Dapat Dekan

3. Boldkan Ayat Tajuk mahupun Keyword Dalam Paragraph pertama post anda.
Faham tak? Kita menaip mesti ada perenggan kan? Kalau boleh padatkan first perenggan tu dengan keyword. Cuba copy and paste title blog tu ke first paragraph/perenggan dan boldkan, dan link kan ke post entry anda itu. Macam mana nak cari link post entry sedangkan post kau belum dipost? Tengok tepi post settings itu click Permalinks. Kau boleh guna Auto Permalinks dan Custom Permalinks. Kalau boleh selepas bold tu kau underline sekali. Kadang-kadang aku lupa nak underline. 

4. Permalinks atau Links

Dah alang-2 aku tersentuh permalinks tu. Baik aku explain sekali. Kalau boleh permalinks tu buat sependek mungkin. Kalau boleh edit permalink tu guna keyword penting sahaja. Seperti untuk post ini aku akan edit permalink menjadi :  
http://amerjaya.blogspot.com/2017/02/tips-teknik-seo-mudah-ringkas-blogger.html


rahsia-tips-seo-mudah-untuk-blogger-baru-newbie
SEO kan Gambar.

5. SEO Kan Semua Gambar Dalam Post. 
Dalam post selalunya kita akan letak gambar kan untuk elak pembaca tertidur depan laptop. Jadi, setiap gambar tu kau seokan. Macam mana nak SEO kan gambar tu merrr. Caranya ialah click gambar tu dan click Properties dan masukkan keyword atau tajuk post kau dalam box/kotak Title Text  ALT text. Contoh : Tips Seo Mudah untuk pemula.

6. Link Kan Gambar Ke Entry Post. 
Kau click gambar dalam post kau tu dan linkkan ke entry post kau tu. Sebagai contoh aku linkkan mana-mana gambar dalam blog aku ini ke entry aku ini.  Pilih salah satu gambar lah. Kalau boleh gambar yang pertama tu. 

7. Tukar Template Yang Lebih SEO FRIENDLY.
Waseh. Besar nye ayat Seo Friendly tu. Mana nak carik template yang mesra pelanggan. Eh pelanggan pulak. Seo Friendly. Aku nak cakap satu rahsia ni, kau jangan cakap kat orang lain. Kau boleh guna template blog yang di share oleh blogger ni. Memang terbaik. Blog aku pun pakai template dia. Tapi ikut creativiti masing-masing lah kan. Aku edit edit sikit supaya tak sama ngan orang lain. Tapi aku masih credit dekat dia untuk menghormati dia sebagai pencipta template ini. Nak pakai template dia? Jom terjah Template By Kunci Dunia. 

8. Tengok Cara Orang Menaip.
Selalunya kau pilihlah blogger otai. Tengok cara dia menaip. Tengok macam mana dia linkkan certain word dalam blog dia. kenapa dia banyak link kan word dalam blog dia. Ini cara aku. Aku akan tengok post aku yang popular, dan taip title post yang popular tu kat google. Blog yang ada keluar first search tu, aku akan skodeng dan tengok cara penulisan mereka. Dan aku apply. Meniru secara sihat untuk berjaya. 

rahsia-tips-seo-mudah-untuk-blogger-baru-newbie

9. Keyword Tool 
Macam pandai pulak budak ni bermain keyword. Macam mana dia tahu keyword ini panasss. Haha. Ini tips extra dari aku. Kalau nak tahu keyword yang selalu orang search dekat google Malaysia ini. Kau bolehlah terjah laman web Keyword Tool. dan taip perkataan seperti laptop, kurus, dekan, etc untuk tahu apa yang orang cari.  Good Luck.

10. Letakkan Tahun 2017 Setiap Post Yang Kau Rasa Orang Akan Cari.
Macam aku, aku tahu untuk niche blog forex, buat duit online, etc memang saingan sengit. Kalau blog aku memang akan hi hi bye bye je. Jadi aku akan letak word 2017 untuk post baru aku. Sebagai contoh cara kurus mudah 2017, tips buat duit 2017, etc. Blog aku akan lebih mudah keluar pada first search google search. 

11. Banyak COMMENTS. 
Ini tips yang aku baru notice. Ada satu post aku ni, dulu, memang susah nak keluar google search page pertama. Tapi disebabkan banyak orang beri comment dan bertanya. Post aku itu tersenarai dalam first search google search. Jadi? Perbanyakkan orang comments di blog kau. Contoh post aku yang naik ke first page google search ialah : Tips Interview Askar Pegawai Kadet Graduan. Dia macam ni, comments ni patah perkataan dia akan dikira masuk dengan patah perkataan entry kau. contoh entry kau 200 patah perkataan, dan comment kau 2000 patah perkataan, jadi akan di total menjadi 2200 patah perkataan. Itulah yang aku baca dari blogger lain. Maaf jika term yang aku terangkan ini salah. 

12. Labels.
Labels tu jangan biarkan kosong. Letakkan wording yang best. Macam aku, aku kena letak word Best untuk label post yang popular. Jadi bila ada orang terbuka entry aku dan dia datang dari goole. Dia akan tengok suggestion or related post dekat bawah post aku ini. Tengok related post aku sekarang. Ada yang tak berkaitan pun kan? Post itu ialah popular post aku, aku letak label Best sebab itulah post itu tekeluar dekat Related Post aku ini. Panjang sangat aku bebel. Aku nak cakap, kalau boleh kau letak tajuk entry kau ke dalam label kau tu. :D Good Luck. 

Banyak sangat aku share ni. Tak bagus Tak bagus ni haha. Gurau je. Dunia Seo ni memang luas. Banyak ilmu ini aku belajar dari blogger Omputeh dan Belajar dari youtube. Dah pandai menggunakan SEO dari tahun 2012 lagi. Tapi, perlu di asah sebab saban hari semakin maju dunia internet ni memang banyak saingan. Jika ada sebarang pertanyaan. Jangan malu segan tanya. Insya-Allah aku akan jawab. 

Jika anda juga ada tips seo. Bolehlah share di ruangan comment di bawah ok. Thanks :D

Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
20 Komentar untuk "12 Tips SEO Mudah Untuk Blogger Baru 2017"

Alhamdulillah nice tips... Tahniah blog Amer terus maju...

Banyaknya ilmu baru aku dapat harini. Macamni rupanya nak main SEO. boleh la apply nanti hehehe.

Ya Allah banyaknya tips menarik, insyaAllah akan dimanfaatkan dalam contest seo dan juga entry2 lain, terima kasihhhhh banyak2 Amer Jaya. Banyak juga yang baru tahu hari ni, terutamanya no.3 kebawah.

Paling menarik pasal keyword tu, baru tahu ada web untuk tahu keyword popular, sebelum ni try and error je sendiri kt google search. Hahaha.

So, thank you again :D

thank you so much for the tips . saya dah lama cari info pasal SEO ni

even i'm not a new bloger but i have to seek for new knowledge over times.. as knowledge is a meal for our brain

Kenapa tak approve comment lagi? tengah sibuk buat entry lagi ke? haha.

Aminn. Semoga blog Tuan Azlan juga maju terus maju hendaknya. :D semoga bermanfaat.

alhamdullilah. Semoga bermanfaat kim. Aku dulu ambil masa juga lah nak belajar SEO ni. kena baca essei blog omputeh, and video youtube omputeh. Dorang je yang rajin ajar-2 pasal SEO ni.

Seo dari Indonesia boleh tahan jugak. Kalau nak belajar, better belajar SEO dari Indonesia. Template aku ni pun direka oleh Orang Indonesia.

Alhamdullilah. Semoga bermanfaat untuk kita semua di dunia blog ini. Kalau amer tahu lebih, memang amer share sebanyak mungkin untuk bantu kawan-2 amer berjaya dalam dunia blog ni jugak.

Tapi tidak dinafikan, jika kita ada domain dot com sendiri. Memang lebih senang blog kita terindex dalam first page google search.

Web keyword itu memang membantu sangat-sangat dalam memberi idea untuk menaip apa. Katakan kita tiada idea, and kita mahir bab kurus-kurus ni, just taip je keyword kurus tu. Mesti ada web tu bagi idea. Cara Kurus Guna Aloevera.

You're welcome Sis Dorsett Pink. Thanks for visiting my blog and leaving a blogprint haha. Alhamdullilah. Semoga bermanfaat untuk kita semua para blogger :D

Agree with you. I'm not a newbie, but I still feel that I need to seek for a new knowledge to survive.

Haha. Semalam aku sibuk edit blog. Tapi sama je kan rupa dia.. Tapi, aku suka merumitkan kepala aku. Benda simple je kot. kui2. memang x berapa minat edit html xml segala bagai.

Bagaikan tikus membaiki labu

Semoga bermanfaat kepada semua blogger sekalian alam... demi koko yang dicari, mereka kan tiba .... boboiboy

adik amer, boleh tak share pasal custom permalink? how to use and when to use custom permalink tu? TQ in advance kalau awak boleh share..

Thanks a lot Amer. You're the best!!!!!!! // ameridzuan.blogspot.my

Saya sudah menjawab persoalan Sis di sini :http://amerjaya.blogspot.com/2017/02/permalinks-untuk-seo-friendly-mesra.html

you're welcome bro. Semoga bermanfaat.

Nice sharing... mmg tengah sibuk nak jaga seo blog nie :)

terima kasih ya

Salam....
Amer jaya tahniah utk awk share ilmu...Teruja sy baca,saya baru belajar buat blog,byk lagi yang tak tahu harap awk boleh share lebih byk ilmu untuk manfaat semua....chaiyokkk²...Semoga Allah merahmati awk....

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top