------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tips Teknik Berlari Jauh, Lambat Pancit, dan Laju.

Post aku kali ini nak berkongsi tips, cara, dan pengalaman aku berlari jauh, pantas, susah pancit dan laju. Aku tahu, ramai yang nak kurus, akan pilih aktiviti jogging atau berlari sebagai jalan utama untuk kurus. Tapi tahukah anda? Dengan exercise plank, squat, dan push up je dapat menurunkan berat badan anda selain mengamalkan teh hijau mahupun lemons detoks. Push up tu jangan fikir lain ye, nak tulis pumping pun, rasa nak menangis je bila tengok result dia. Tekan tubi lah ambil selamat. Tapi, berlari pun best juga, badan kita rasa active sangat dan stamina menjadi kuat. Dalam entry ini juga ada mengajar cara posisi kaki yang benar saat berlari, dan cara lari yang benar agar tidak cepat lelah. 

Tips Teknik Berlari Jauh, Lambat Pancit, dan Laju.


Beberapa kebaikan berlari. Belari boleh buatkan kita : 
  • Meningkatkan Kesihatan. 
  • Cegah Penyakit. 
  • Turun Berat Badan.
  • Menaikkan Keyakinan Diri.
  • Membuang stress. 
  • Meningkatkan stamina. 
  • Menguatkan Daya Ingatan


Jadi, banyak kan kebaikkan berlari ini. Rugi siapa tak minat berlari ni. Sebenarnya banyak lagi benefit berlari ini. Paling best adalah anda akan menjadi lebih bijak dan fikiran anda lebih active. Ini terbukti bila aku mula score setiap subject waktu aku degree dahulu. Bila aku belajar, pelajaran itu macam lebih mudah masuk dalam kepala. Waktu degree je aku active berlari sebab waktu degree badan memang mudah nak naik. 

Jadi, memandangkan aku ini seorang pelari* (bukan pelarian) yang on off sekejap ada sekejap takde. Jadi aku tahu beberapa tips untuk dapat berlari jarak jauh dan tak mudah pancit. Ok dibawah ini aku kongsikan beberapa Tips Berlari Jauh, Lambat Pancit, dan Laju : Tips ini juga boleh diguna pakai untuk larian 5KM, 10KM, 21KM. 


1. Pilih Kasut Yang Sesuai. 
Sayangnya kalau anda tiada kasut yang sesuai. Bila ada jogging atau berlari pakai kasut yang tak sesuai, itu akan membuatkan bahagian kaki anda tercedera dan membuatkan anda tak selesa untuk berlari. Ini akan merendahkan motivasi anda untuk terus berjogging. Ini tips paling penting, makesure beli kasut sukan yang selesa, sedap dipijak, ngam atau fit dengan size kaki anda. Tak perlulah pakai kasut branded kalau kasut tu grade AAA, belum confirm selesa lagi. Kalau pakai jalan bolehlah. Ni nak pakai jogging ni. Nanti tak selesa pulak. Selalunya kasut grade AAA ni tapak dia keras semacam sikit. Eh macam biasa pakai je? HAHA. By the way, beli brand power mahupun Dunlop pun ok, selesa pun selesa, Lawa boleh tahan lawa. Lepas tu, beli kasut waktu malam ok sebab kaki mengembang pada size maximun waktu malam. Nak tengok kaki kita besar mana, tengok kaki kita waktu malam. 

2. Mula Jogging Dengan Perlahan-Lahan. 
Waktu first time nak start jogging atau berlari tu, buat lah larian yang pelahan-lahan. Tak perlu berlari laju. Sebab first day kau nak suruh badan kau adapt dengan aktiviti yang kau buat tu.  Buat la lari perlahan-lahan dan kalau boleh dalam jarak jauh sikit. Tapi jangan memaksa sebab ni first day korang jogging. Penting menjaga momentum disini. Kalau boleh sebelum start berlari tu, buatlah warming up dulu tak lah nanti kejang otot. 

Selalunya lah kan, aku, kalau lama tak jogging, bila aku start balik jogging tu. Mesti keesokan pagi nya aku akan jalan macam robot. Sakit otot sana sini walaupun dah buat warming up. Kenapa macam tu? Sebab badan kita cuba untuk bina otot untuk adapt aktiviti yang kita buat tu. Ada orang cakap, kalau badan sakit lepas jogging, esoknya terus jogging sebab bagus untuk badan. Tapi.... aku.... aku stop dulu jogging. Tunggu kaki rasa macam tak sakit lagi, baru aku start jogging balik. Selalunya aku akan rehat dulu dalam 2 hari macam tu. Hari ketiga baru lah start jogging balik. Percayalah, bila kau start jogging balik, memang korang tak akan sakit kaki lagi dah keesokan harinya. Ini sebab badan kita sudah mula dapat terima aktiviti yang kita buat tu. bak kata orang, badan terkejut. Haha. 

3. Jaga Posture Badan Dan Elak Pandang Bawah 
Kepala Tengok Lurus Kedepan atau Tengok Atas, dan elak tengok  bawah atau tengok jalan tar tu. Faham tak? Kalau kita berlari dan kita tengok bawah, kita akan mudah penat dan pancit. Rasionalnya? Mungkin kita akan lebih sukar untuk bernafas bila kita pandang bawah. Lepas itu, kalau boleh posture badan tu cuba aturkan. Tak tahu camna nak atur posture badan? Boleh ikut video ini  Chi Running, tapi video itu, aku sampai sekarang tak faham posture macam mana tu, tapi maybe dengan lihat video ini akan dapat membantu anda berlari dengan posture yang betul. Tonton video ini : Video Mengajar Cara Lari Dengan Betul


4. Landing Kaki Yang Betul
Waktu berlari itu, ada caranya untuk landing atau mendaratkan kaki kita ke tanah. Selalunya orang baru-baru jogging ni, dia berlari, yang sampai ke tanah dulu ialah bahagian tumit kaki, dan juga bahagian jari kaki dahulu. Jadi? Ini akan membuatkan kaki anda cepat sakit. Jadi tips disini ialah, cuba landingkan kaki itu secara full. Secara rata. Kalau boleh 80% dari tapak kaki mendarat dulu ke tanah. Rasanya video ini : video Mengajar Cara Lari Dengan Betul :  ada mengajar cara landing kaki dengan betul. 

5. Penafasan Yang Betul.
Waktu berlari itu, ada cara penafasan yang betul. Sepanjang aku berlari ni, banyak cara penafasan yang aku belajar dari youtube. Banyak cara. Last-last aku pakai cara aku sendiri. Cuba cari cara penafasan yang sesuai untuk anda. Kalau tak tahu, mungkin anda boleh ikut cara penafasan aku waktu berlari. Aku akan menarik nafas melalui hidung, dan menghembus nafas melalui mulut. 

6. Buat Stamina. 
Stamina dapat dibuat dengan berlari di bahagian bukit. Waktu aku berlari ini, aku memang focus bahagian bukit. Bukit ini membantu menaikkan stamina anda. Bila anda berlari di tanah rata, anda akan dapati yang anda dapat berlari lebih jauh sebab tidak melalui bahagian bukit. Ini tips untuk event larian seperti larian 5KM. Aku pernah dapat tempat 500 terawal sampai untuk larian 5KM. Sebanyak 3000 penyertaan. Oh ya, stamina juga dapat dibina dengan membuat senaman turun naik bangku

7. Buat Sasaran Atau Goal Setiap Hari. 
Kalau semalam anda boleh berlari sejauh 1KM atau dapat berlari satu pusingan taman itu. Apa kata esok hari anda cuba tingkatkan larian anda dengan berlari sejauh 2KM atau buat larian 2 pusingan satu taman itu. Kalau boleh, dari hari ke hari, cuba tingkatkan jarak larian. Ini akan meningkatkan stamina badan anda untuk berlari lebih jauh. 


Banyak lagi tips larian. Anda juga boleh meniru cara orang lain berlari. Dekat taman kita jogging tu, mesti ada otai berlari. Cuba tengok cara mereka berekot, posture badan mereka, dan cara mereka menghayun tangan, dan juga cara mereka membuka langkah ketika berlari. Dengan pemerhatian je, anda boleh tiru cara mereka. Mungkin dengan berlari cara mereka, kita akan dapat berlari sepantas, dan sejauh mereka lari.  

Jika anda ada tips lain untuk berlari pantas, bolehlah kongsikan tips anda dirangan comment dibawah. Tidak dinafikan, waktu tahun 2015, saya ada mengamalkan fat burner tko, memang fat burner itu menaikkan atau meningkatkan stamina saya untuk berlari lebih jauh dah tak mudah pancit. Tapi itu tahun 2015, tahun 2016 dan 2017saya terpaksa berlari macam biasa tanpa menggunakan apa-apa supplement.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
12 Komentar untuk "Tips Teknik Berlari Jauh, Lambat Pancit, dan Laju. "

Tips yang bagus ni. boleh la aku cuba nanti. Aku kalau jogging pakai kasut untuk hiking tu sebab dah takda kasut lain hahaha tapi ok juga la kot. Bila berlari memang aku selalu tengok kaki kah2. Patutlah cepat pancit. Aku boleh lari jog full dalam 3 round je lepastu jalan perlahan2 keliling tasik. Nanti nak cuba la cara pernafasan and landing kaki tu.

Alhamdulillah terima kasih perkongsian ni Amer...bila dah lama tak berlari...sekali berlari..banfun pagi...macam robot dibuatnya...tapi bagusnya badan ringan dan selesa..lagi satu yang memilih cara larian untuk menurunkan berat badan..pastikan tidak berlari cuaca madih panas..dan elakkan dekat dengan tempat atau gerai makanan..huhuhuhu...

Thanks for sharing.. Hups!! Dah ready for marathon weekend nih!! hehehehe ..

AMERZING || https://ameridzuan.blogspot.my/2017/02/be-interesting-blogger.html

Kadang2 nafsu nak lari jauh, tapi kaki, badan, jantung tak mengizinkan... huhu

Hai Amer,

Kekekekeke terus google pumping pastu tergelak besar, HAHAHAHA, patutler serba salah nak tulis.Takpa yang penting difahami maksudnya. Tulah senaman paling Mai fail nak buat.

Mai tak payah berlari pun jantung dah macam lari 24/7, maklumlah hyperthyroid,hahaha. Tapi kenalah senaman juga macam mana pun kan. Kurus sakit dengan kurus fit tak sama, kurus sakit gelebeh sikitlah.

Setuju dengan kasut tu, tak salah melabur utk kasut mahal,asalkan selesa dan tahan lama. Dan thanks untuk tips lain, ilmu baru untuk beginner neh.

haha.aku taip apa yang aku tahu sepanjang ikut larian ni kim. jogging pakai kasut hiking? haha. kasut hiking berat sikit kot sebab perlu tapak yang mencengkam.

Haha.. belari tengok bawah tu confirm2 lah cepat penat sebab susah nak bernafas and pengaliran darah tak lancar ke otak eh? ada kena mengena kah haha.

aku pun sekarang ni masih menambah baikan cari larian aku. kalau nak laju lari. bina muscle sikit area kaki, area perut, dan area biceps.

yang awal-awal jogging tu elak jogging waktu cuaca panas. nanti cepat down pulak semangat tu hehe. amer memang suka belari. first time dan first day start berlari tu, memang esoknya lenguh satu badan. depend dengan kita, nak berehat ke atau teruskan jogging esoknya. kalau amer, amer rehat dulu lah. Lusa baru start jogging balek.

Good Luck Amerzing, berlari lah jauh2 sehingga ke hujung dunia. haha fahami metaphora ku ini yang tak berapa nak metaphora

samalah tuan.. kena exercise selalu tu kalau nak biasakan diri. Selalu nya saya memang dapat berlari jauh, jantung mengizinkan, tapi kaki pulak sakit, ada hari perut pulak rasa senak. haha macam2 je.

ahaha.. tu lah amer serba salah, bila google je nak cari gambar pumping, ituuu diaaaa, hahaha..

berlari je mai, berlari bukan untuk kurus je. banyak lagi benefits yang mai dapat dengan berlari ini. Meningkatkan keyakinan diri tu best jugak.

Kasut tu... yaaa... kalah membeli menang memakai.. adakah kau rasa dunia isinya etc etc.... tiba2 nak berlagu

Wahhhhhh entry ni pun dah boleh bahagi kepada 2 posts jugak ni hahaha. comment ni pun kalau elaborate sikit2 lagi boleh jadi 1 page.

paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih..

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top