Tips Membeli Kasut Sukan Untuk Berlari

Cara Membeli Kasut Sukan Untuk Berlari, Jogging, Kasut Jalan Pun Boleh Juga. Nampak tak aku dah jadi macam pengajar fitness dalam blog ini. Seminggu dua ini aku paksakan diri gagahkan diri untuk pergi jogging atau berlari. Memang sakit lah mula-mula berlari ni. Esok lusa macam tak nak lagi dah. Tapi imagine je diri ni bila join marathon atau larian 5KM, 10KM ditinggal jauh oleh peserta lain. Kan malu. Oh ya, semalam aku ada tulis post berjudul : Tips Teknik Berlari Jauh , Laju Dan Tak Mudah Pancit. By the way, aku ini ada plan nak beli kasut baru. Jadi malam tadi dah buat window shopping dekat kedai kasut.  Kasut sport aku yang lama dah macam mulut buaya dah sebab aku selalu bawa pi panjat gunung. Kalau nak tips dan petua mak nenek beli kasut jalan boleh baca entry ini Petua Beli Kasut Jalan

Tips Membeli Kasut Sukan Untuk Berlari
Apabila Kau Malas Nak Edit Gambar. Inilah Jadinya. 

Jadi nak beli kasut sukan untuk berlari ini ada tips nya juga, jangan main beli je. Nasib baik aku tak pasang niat nak beli kasut sukan dekat zalora pakai voucher haritu, aku beli jam tangan di zalora je. Kalau tak, naya tersalah beli kasut, atau kasut tu berat seberat bata merah, ataupun cushion atau tapak kasut tak best dipijak. Jadi, apa tips untuk membeli kasut sukan untuk berlari atau berjogging atau dalam mandarin dia Paobu. 

1. Beli Pada Waktu Malam.
Seolok-eloknya, anda pergi beli kasut, tak kisah kasut hiking, kasut bola, mahupun kasut renang, kena beli waktu malam juga. Sebab apa? Kaki kita akan mengembang pada tahap paling maximun pada waktu malam. Sebab tu lah bila ada orang pergi beli kasut waktu pagi, bila dia pakai esok lusa, bila waktu malam menjelma, dia akan rasa tak selesa kasut dia tiba-tiba ketat. Haish, kasut tu minum supplement ratu lebah ke apa. 

2. Pakai Stoking Siap-Siap.
Waktu pergi beli kasut ni, banyak orang lebih selesa pakai selipar je bila nak pergi beli kasut ini. Dia malas nak berbuka kasut dan pasang balik kasut tu. Tapi penting ya, untuk sukat keselesaan kaki kita ketika memakai kasut itu dengan stokin sekali. Bila kita cuba kasut tu dan tak pakai stokin, jadi kita tak pasti sama ada jika kita pakai stokin nanti, rasanya akan jadi ketat tak kasut tu. Itu anda kena fikir. Kalau tak, pinjam dekat stokin jurual kat situ sekejap.

3. Bahagian Dalam Kasut Lembut
Nak merasa kelembutan dalam kasut tu, anda boleh tekankan guna jari tangan. Bila rasa tekan cushion tu, boleh lah try. Tapi bila tekan tu rasa macam tekan batu bata je. Pilih yang lain je lah. Penting tapak kasut soft macam cushion sebab bahagian yang lembut itu dapat mengelak kaki dari tercedera, atau sakit semasa berlari mahupun melompat. 


Sumber Gambar Tapak Kaki -  sainssukanmaar

4. Pilih kasut Bersesuaian Dengan Tapak Kaki.
Tahu kan, setiap dari kita mempunyai tapak kaki yang berbeza. Ada yang tapak kaki itik, ada yang tapak kaki rongak. Aku main taip je ni. Tak semua kasut direka sama jenis. Ada yang direka khas untuk tapak kaki penuh. Sebab tu lah bila orang yang kaki penuh tu, bila dia pakai kasut tak cun dengan kaki dia, kasut dia nampak besar dan melebar walaupun kasut itu memang saiznya. Jadi, cuba tengok shape kasut itu sesuai ke tidak untuk jenis tapak kaki kita. 

5. Pilih Tapak Kasut Yang Dapat Dilentur.
Macam mana dilentur ya. Macam tapak kasut itu dapat dibengkokan jadi senang untuk kita belari dan membuat pendaratan kaki dengan sempurna. Pilih tapak kasut yang boleh menyerap hentakan. 

Tips Membeli Kasut Sukan Untuk Berlari

6. Cuba Dua-Dua Kasut. 
Nak cuba, mesti lah cuba dua-dua. Jangan cuba satu je. Nanti besar sebelah kang. Memang kaki kita ini ada masalah besar sebelah. Tapi ada yang ketara besar sebelah. Jadi, dah cuba dua-dua? Cuba berjalan sikit. Kalau nak extreme, lompat-lompat sikit dalam kedai tu. Minta kebenaran sales promoter dulu yer. Selalunya aku akan berjalan-jalan dalam kedai tu je. Nak pastikan selesa ke tidak. 


7. Pilih Yang Ringan.
Aku bila buat window shopping. Benda yang aku buat ialah mengangkat kasut itu. Rasa dulu, emmm ringan ke tidak. Kalau berat semacam, memang aku terus cari kasut lain. Ye lah, badan aku je dah berat, takkan aku nak tambahkan beban nak berlari guna kasut berat. 

Tips Membeli Kasut Sukan Untuk Berlari
Yang Ni Nampak Lawa Kan.

Aku rasa banyak lagi tips untuk membeli kasut sukan untuk berlari ini. Cara pengikatan kasut pun ada. Tapi selalunya aku akan ikut ikat kasut yang sedia ada itulah. Kepada anda yang ada tips lain untuk mencari kasut sport atau kasut sukan, bolehlah kongsikan di ruangan comment di bawah ye. Oh yang, kalau rasa badan tu macam berat je waktu bersukan atau berlari, mungkin badan anda mengandungi banyak toxin jahat dalam badan. Apa kata cuba amalkan air lemons detoks untuk membuang angin, toxins jahat dalam badan dan meringankan badan. 



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Tips Membeli Kasut Sukan Untuk Berlari "

Info terbaik, kalau beli siang mesti time nak pakai longgar kan... hehe... kena pakai stokin tebal-tebal lah nanti... btw nice info... baru tau ni..

Iye lah bagus tips ni.. Sis pelik sikit bila beli kasut kena cuba tak boleh bergantung pada saiz, jadi memang tak sesuai beli online.. Risiko sempit berkemungkinan sangat tinggi hehehe

hehehe. pinjam stokin promoter, tuan. haha. Thanks. semoga bermanfaat.

itulah. hari itu tanam niat nak beli kasut guna voucher sebab pelu kasut. tapi bila fikir2 tentang keselesaan kasut, beli secara offline je lah pi butik. nanti kasut keras ke apa ke.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top