------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tips Cara Cepat Untuk Buang Parut Jerawat, Chicken Pox, Dan Lain-Lain

Tips Cara Mahupun Petua Mudah Dan Cepat Untuk Membuang Parut Jerawat,Chicken Pox, dan Lain-Lain Dengan Azanis Scar Serum.  Post ini aku nak share sikit cara yang aku amalkan untuk menghilangkan parut jerawat. Actually bukan parut sahaja sebenarnya, parut lain ada juga iaitu parut chicken pox. 

Penat Cari Gambar Azanis Scar Serum dalam Hardisk. Last-2 Facebook juga membantu.

Selain dari parut jerawat, muka aku ada parut chicken pox juga, sebab tangan aku ni memang tak pandai diam, ada je nak cabut bekas chicken pox yang belum kering and sembuh tu. Jadilah bekas itu sehingga kini. 

Bila aku tanam niat nak jadi steward Airasia mahupun Maswings. Aku pun gabra cari jalan untuk membuang parut jerawat di muka. Jadi bila search punya search google. Terjumpa satu produk ini iaitu Azanis Scar Serum. Aku buat dulu research pasal product itu. Takut result dia tak memuaskan. Jadi banyak feedback positive tentang serum itu. Jadi aku beli lah. 

So aku ada pakai. Tak pakai lama pun. Tak dispiplin diri. Dalam sebulan dua je aku bertahan. Aku tengok macam tiada perubahan sangat. Untuk scar jerawat memang cepat sembuh. Tapi untuk parut yang agak dah lamak tu, memang ambil masa sikit nak hilang. Jadi, aku sekarang dah stop guna Azanis Scar Serum itu. Haha. Malas aku nak oleskan* Azanis Scar tu kat muka. Malas sekali sebab dah takda minat lagi nak jadi Steward. 

Jadi aku suggestkan kepada anda sekalian, jika nak buang parut jerawat, atau parut chicken Pox dengan cepat bolehlah amalkan azanis scar serum ini. Anda boleh beli di Lazada mahupun di Lelong. Lelong murah sikit rasanya. 

Selain daripada Azanis Scar Serum. Ada cara lain untuk anda hilangkan jerawat itu. Iaitu dengan meletakkan lendir lidah buaya di area parut. Lidah buaya dapat mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit baru di area parut jerawat itu. Selain itu, anda juga boleh amalkan tips dengan meletakkan serbuk uncang daun teh di kawasan parut jerawat itu. Insya-Allah akan pudar, dan mungkin hilang. 

Jika anda ada tips lain untuk hilangkan parut ini, bolehlah kongsikan tips anda di ruangan comment di bawah ya. 
Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "Tips Cara Cepat Untuk Buang Parut Jerawat, Chicken Pox, Dan Lain-Lain"

Kak PC kalau tumbuh jerawat...memang risau...bila asyik dikutis je bekasnya jadi hitam..berparut..biasanya kak PC gosok dengan kulit pisang masak...kalau rajin...kalau tak sapu je johnson baby oil tu..

Dulu tengok iklan bio oil pastu bila pakai tak ada kesan pun dekat parut operation cyst kat tangan ni. Maybe nanti boleh try Azanis ni pula, pernah tengok kat insta ramai jual.

tu lah kan. sakit juga kalau jerawat tumbuh ni lagi2 jerawat besar gajah. hehe... bagus jugak tips Sis Pc tu.

owhh mai pun ada parut. amer pun ada parut dekat siku sebab terjauh tahun 2016 dulu... hurmmm.

Azanis ni berkesan jugak lah untuk parut yang baru-2 tu. kalau parut dah berkurun lama, memang macam susah nak pudar.

Nice sharing....

http://anothersyed.blogspot.my

Mana comment aku! hahaha hampehnya tak approve pun

Sis ada petua, guna getah kulit kayu manis. Cara dia basahkan kulit kayu manis. Kemudian gosok kulit manis tadi di tepi lesung batu. Pastikan permukaan lesung batu bersih. Bila gosok akan keluar getah dia. Oles guna hujung jari dan dap di bekas jerawat pd muka. Biarkan kering. Akan ada rasa gatal dan pedih. Elok buat sebelum tidur. Bangun pagi cuci spt biasa.. Amalkan in shaa Allah hilang bekas parut hitam..

Sis berjaya amalkan dan berkesan.. Selamat mencuba 😊

baruu approve. maaf2 bro busy .. hahaha nice sharinggg jee ? memang nak promote domain blog je lah tu. sebab tu aku 2 3 nak approve comment hang

wahh siss... thanks sudi share petua ni... harap boleh membantu siapa2 yang ada masalah parut jerawat ni.. amer nanti nak cuba jugak lah petua ni.. thanks Sis

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top