------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Rumah Hijau Cafe : Tempat Makan Best Kuching

Hari ini aku nak share satu tempat makan famous sekitar bandar Kuching ini iaitu Rumah Hijau Cafe : Tempat Makan Best Kuching. Aku akan letakkan kedai makan ini dalam senarai tempat makan best di kuching. Sebenarnya aku tidak berapa gemar pergi ke kedai makanan mahal tapi tak berbaloi dek akal. Jadi aku tak nak buat review kedai makan yang bagi aku harganya mahal dan tak berbaloi. Tapi lain pula dengan Rumah Hijau Cafe ini. Aku akui aku ingatkan tempat makan ini jual menu makanan yang mahal-mahal sahaja. Jadi, bila aku lepak keluar makan, aku akan elak pergi ke Rumah Hijau Cafe. Tak kenal maka tak cinta kata orang. Jadi semalam, member baik aku Nordin dia datang balik bercuti ke Kuching. Jadi dia ajak kami member dia lepak dekat Rumah Hijau Cafe. Tak sangka pula dia yang belanja kami. 





Bila aku tengok menu. Harganya tiadalah mahal mana. Masih boleh dikira affordable. Lama-lama ini aku sangkakan harga makanan dia mahal sangat. Sampai aku rela makan di Cafe Cafe atau Carwash Cafe (Berhadapan dengan Cafe Rumah Hijau) untuk makan makanan western. Padahal, makanan western di Rumah Hijau Cafe lebih murah lagi. 

Waktu Operasi / Business Hours Rumah Hijau Cafe

Jadi semalam, aku dengan kawan-kawan aku ada yang nak makan ayam penyet ada yang nak makan western. Tak ada siapa pun yang order lamb. Memang tak minat lamb rasanya gang kami ni. Jadi di bawah ini aku letakkan sekali menu yang dihidangkan atau menu yang ada di Rumah Hijau Cafe. Harga memang berpatutan. Kawan2 aku banyak order nasi ayam penyet dan grilled chicken chop. 



Ayam Penyet Rumah Hijau Cafe

Grilled Cheese Chicken Chop

Macam Kambing? Tapi rasanya yang ini Grilled Chicken Chop.


Menu yang aku order. Fried Chicken Chop. Memang terbaik rasanya. Nak pergi lagilah kedai ini. 
Comment aku tentang Rumah Hijau Cafe. Makanan sedap, portion atau saiz hidangan besar berpatutan dengan harga. Tempat pun selesa. Banyak kerus dan meja tempat pelanggan duduk. Aku pergi waktu malam hari bekerja, jadi tak ramai sangat orang.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Rumah Hijau Cafe : Tempat Makan Best Kuching"

InsyaAllah akan berkunjung kerana review ini...

uwaaa nyaman na juakkkk >.< kmk pun blum prnah gik try pegi sia,sikda geng maok pegi hahaha

Insha Allah.. terima kasih tuan.. harus pergi sini bila dtg kuching nanti :D

haha. kmk baruk pergi sia ria. kawan kmk bengkeng diajak sia bukan nya maok... boleh tahan juak lah makanan sia :D

Dari Sarawak ya?
Dah lama teringin nak explore tempat tempat menarik di sana.

Tengok la makanan kat Rumah Hijau Cafe ni, drooling habis!

Nampak sedap je makanan dekat situ. Pernah juga pergi kuching tapi tak pernah nampak pula cafe ni. tak tau pula area mana haha. dulu pergi sepinang sari dengan kedai apa entah dekat corner lot tu. btw kambing lagi sedap kot kalau makan, nak pula kalau orang belanja. haha.

Ya Dr Kuching, Sarawak... Nanti bolehlah datang Ke Kuching. Banyak juga tempat menarik nak di Explore.

Hang ada dtg sini? Perghh terbaik haha. Aku tak tahu mana sepinang sari tu... almaklumlah tak biasa makan luar.

btw memang aku ni peminat lamb. tapiii. aku tahu mana nak makan lamb chop pada harga yang murah. sebab tu aku pilih yang biasa2 je kat kedai ni. nak torai je :D

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top