Rayuan Brim Untuk Dah Habis Belajar Tapi Dapat Voucher Buku 1 Malaysia 2017.

Cara Mohon Dapat Duit Batuan 1 Malaysia BRIM (Bujang) Apabila Keputusan Pemohonan Mengatakan Anda Dapat Voucher Buku (walaupun anda sudah habis atau tamat belajar). Erm. Macam pelik je ayat aku ni. By the way, last year pernah terjadi dekat aku, dimana aku dapat Voucher Buku padahal aku dah habis belajar bulan 1.2016. Tapi itulah, maybe status student aku masih active. 

Jadi aku sedih sangat-sangat menjadi penerima Voucher Buku sebab Voucher Buku hanya bernilai RM300 kalau tak silap. Jadi aku gigihkan diri cari jalan cari ikhtiar macam mana aku nak dapatkan BRIM itu. Walau apa-apapun caranya.

Kebetulan, kawan aku bekerja sebagai pekerja part time brim dekat LHDN. Memang langkah kanan lah kan. Jadi aku mengadu domba lah dekat dia. Aku dah habis belajar pasai apa aku tak dapat BRIM. Jadi dia kasihankan aku, dia terus ajar aku Cara untuk dapatkan BRIM untuk student yang baru habis study atau belajar, walaupun status permohonan sebagai penerima voucher buku

Atas tips kawan aku ini, dia suruh buat rayuan BRIM. Jadi, dia suruh aku pergi ke UiTM atau tempat aku menuntut ilmu kebal. Dia suruh aku minta surat habis atau tamat belajar dan surat mini transkrip untuk keputusan setiap sem (dah macam apply biasiswa atau kerja).  Rayuan BRIM mungkin dibuka dari hujung bulan 2 ini atau awal bulan 3 ini sehinggalah tarikh tutupnya mungkin pertengahan bulan 4. Macam last year, last day rayuan ialah 15/4. 


Dokument apa perlu ada untuk membuat Rayuan Brim? Sediakan mini transkrip, surat tamat belajar, salinan keputusan brim boleh semak disini :  Semakan BRIM 2017 , dan juga salinan kad student. 

Rasanya itu je perlu kot. Kalau nak kepastian, boleh pergi ke cawangan LHDN yang terdekat dengan anda atau boleh call je pejabat LHDN itu. Bila dah sampai dekat LHDN nanti, rasanya ada booth khas untuk service hal BRIM dan mereka akan suruh anda isi borang. Aku tak pasti jika tahun ini masih boleh buat rayuan. Anda bolehlah call pihak LHDN untuk hal ini. Alhamdullilah, Rayuan aku lulus,
BRIM berjaya masuk pada bulan ramadhan 2016. Memang aku joli sakan beberli barang. Kebetulan last year, aku naik ke Klang Selangor(seminggu nak raya) memang joli sakan lah aku berbelanja untuk barang raya.

Tahu tak, waktu aku menaip ni, aku masih dalam mood takut ni. Sebab aku dah dapat tawaran sambung belajar Master kat UiTM. Takut pula tiba-tiba nama aku dah ter keyin dalam system sebagai seorang pelajar. Habislah. Dah lah aku perlukan sangat sangat duit BRIM ini. haha. Harap dapatlah. 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "Rayuan Brim Untuk Dah Habis Belajar Tapi Dapat Voucher Buku 1 Malaysia 2017. "

Tahniah amer dapat sambung master (padahal fokus entry ni dekat br1m hahahaha). Aku pun takut juga tak dapat br1m ni sebab baru grad. Haraplah dapat, malas la nak buat rayuan semua ni.

tahniah? Haha.. baiklah terima kasih. tak sambung pun master tu. Nanti lah dah kerja aku sambung part time. Cuba gapai setinggi yang mungkin pelajaran ini.

Haraplah dapat brim cash ni.

Untunglah kalau dapat dua2 Amer.. Rezeki terpijak..
Kalau ada rezeki x ke mana.. Akak jugak yg melopong sana sini x dapat apa.. Bayar tax jerr la setiap tahun.. :-(

Hai Sis. untungkan kalau dpt 2 2. tp kalau ada Voucher Buku je memang menangis. jauh beza amount voucher dengan cash brim. :D

Akak tak pa lah, dah jadi orang kaya tak dpt nak apply brim. kami yang baru nak naik ni, lom ada gaji ni rezeki kami lah dpt apply :D

Amin... Harap2 kayalah nnti.. 😄
Yerlah duit tu sangat membantu adik2 yang memerlukan.. In shaa Allah..

InsyaAllah ada rezeki dan buat pilihan mana yang patut....

Jauh tu beza cash dengan boucher buku, mai pun prnah waktu habis diploma dulu lah, tetap dapat baucher je, habisnya borong novel jelah.

Good luck untuk rayuan brim tu.

jauh kan beza dia.. dah check result . memang lulus brim amer. alhamdullilah.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top