------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Lepak Di RJ Ayam Bakar Kopitiam, Kuching

Best ke lepak dan makan di Raja Ayam Bakar? Rj stand for Raja ke? Yang tu aku tak tahu. Banyak search google Raja Ayam Penyet. Confuse pulak aku dengan nama tempat makan ini. Nanti aku nak masukkan Raja Ayam Bakar Kopitiam ini ke dalam Tempat Best Makan Di Kuching. Selalunya, member U aku bila buat reunion, memang akan buat dekan sini. Aku naik hairan, kenapa mesti sini? Haha. Aku ikut jelah. 

Lepak Di RJ Ayam Bakar Kopitiam, Kuching

RJ Ayam Bakar Kopitiam ini agak famous jugak lah kedai makan ini sekitar Kuching. Tempat lepak dia macam hipster hipster macam tu. Kalau anda suka makan Nasi Ayam Penyet, saya recommend untuk pergi disini. 

Menu Di RJ Ayam Bakar Kopitiam.
Macam biasa, kita mulakan dengan menu. Menu yang terdapat di RJ Ayam Bakar Kopitiam, anda boleh rujuk atau refer dengan gambar yang saya kepilkan di bawah ini. 

Menu Di RJ Ayam Bakar Kopitiam, Kuching


Pukul Berapa Dibuka Dan Ditutup. Masa Operasi RJ Ayam Bakar. 
Dibuka sewal 10 pagi dan tutup seakhir 2 malam. 

Lokasi Restaurant RJ Ayam Bakar Kopitiam. 
Rj Ayam Bakar ini terletak di 291, Jalan Abell, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia. Boleh cari guna waze. Atau click sini : lokasi RJ Ayam Bakar Kopitiam. Saya guna google maps ya kawan-kawan. 


Betul-betul terbakaq ayam dia. 

Senang Tak Parking?
Nak parking agak susah sikitlah. Selalunya aku akan parking dekat depan CIMB Bank, Berhadapan dengan RJ Ayam Bakar Kopitiam. Boleh cuba pergi belakang RJ Ayam Kopitiam, ada juga parking belakang tu. 

Jadi comment aku untuk kedai ini? Nak comment apa ye. Makanan dia sedap je. Kalau nak perkena nasi ayam penyet. boleh lah datang dekat sini. Harga pun boleh tahan berpatutan lah. Walaupun dapat dibeli pada harga yang lebih murah. hehe. 


Panduan Mudah Buat Blog A-Z !!! Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal !!!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "Lepak Di RJ Ayam Bakar Kopitiam, Kuching"

Saya tak pernah makan lagi kat sini... :-(

Amer Jaya tak sangka banyak jugak tempat makan menarik sekitar Bandar Kuching.. Sis take note semua tempat makan di blog ini jadi next time bila visit Sarawak takde lah 3D2N makan fast food memanjang.. hehehe

Restaurant Mee Kolok halal popular dah promote lum? Kalau belum mesti share tau.. Thanks for sharing info..

Boleh lah cuba nanti Tuan, boleh tahan meriah tempat ini.

Banyak je sis. Just tak diiklankan secara meluas. Kalau dekat semenanjung banyak je kedai makan viral. Lagi2 dekat JB tu. perghhh haha.. Langkawai toksah cakap lah

Mee Kolok Halal Popular? entahlah sis. banyak sangat mee kolok nyaman sini. Rambang lidah dibuatnya haha. Boleh cuba mee kolok dekat Rimba 12(pondok anis) dekat padang pasir tepi masjid jamek kuching dan Warong Nusantara Dekat Icom Square.

Wehhhhh aku rindu la nak pergi makan mee kolok dekat sepinang sari tu. :(

kalau rinduu.. bercutilah ke sini lagi.. Tanah Kuching sentiasa menerima anda

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top