Ina Bakso Singkawang Nang Nyaman! Tempat Makan Best Di Kuching.

Ina Bakso Singkawang Tempat Makan Best dan Harus Gilak Pergi Di Kuching. Serious sedap Bakso dan Kolok Mee di Ina Bakso Singkawang. Nanti nak update masok dalam Senarai Tempat Makan Best Di Kuching. Ini bukan lah post promote atau paid review. Memang owner kedai tak kenal siapa aku. Dia masak je macam dia masak untuk customer lain. Jadi tiada bias berlaku disini. Takut nanti orang fikir ini business family lah business kawan lah. Tidak. Totally stranger. Nak pergi sini memang aku kena berusaha sikit sebab tak tahu mana jalan. Nak guna waze pun tak membantu. Tapi aku akan bantu anda cara mudah nak ke sini. Memang mudah pun. 

ina-bakso-singkawang-kuching
Ina Bakso Singkawang

Malam tadi. Kawan aku ajak lepak. Almaklumlah cuti new year cina kan. Dari petang lagi ajak keluar. Tapi aku tiada mood nak keluar time petang. Lepas keluar malam. Jadi waktu malam tu aku tiba-tiba nak membakso. Dalam masa yang sama nak mengolok*. Jadi aku pun ajak pergi ke Ina Bakso Singkawang. Semua kawan aku bagi feedback sedap termasuklah kakak aku ni LuarTeko. Jadi memang berkobar-kobar aku nak pergi. Kawan-kawan aku cakap sedap tapi tak tahu lokasi kedai ni. Alahai. So I'll make it short.

ina-bakso-singkawang-kuching
Ina Bakso Singkawang Special RM6

Ok kena baca ini. Aku pergi dengan 3 orang member aku. Setiap dari kami order 2 menu. Kawan aku siap nak order 3 menu. Aku happy ada kawan macam mereka. So, kena tukar meja dari meja 4 orang, ke meja 8 orang. Menu yang diorder, mee kolok goreng daging 2,  bakso special 3, nasi goreng ayam 1, nasi daging blackpaper 1, and satu lagi aku lupa. Memang akan pergi lagi sini. Sedap.

ina-bakso-singkawang-kuching
Maps Ke Ina Bakso Singkawang
Mana Lokasi Kedai Ina Bakso Singkawang? (Siney Tempat Ina Bakso,Jalan nuju)
Ina Bakso Singkawang ni terletak di Jalan Field Force, Astana, Kuching. Masa operasi. Click Sini Untuk Map Google View

Pukul Berapa Ina Bakso Singkawang Buka dan Tutup. 
Ini info aku dapat dari akak casher kedai ini. Dia cakap. Isnin- Jumaat: 7.00 pagi - 11 malam, manakala Sabtu dan Ahad: 5.00 petang - 11.00 malam. Tapi dia cakap ikut keadaan juga, kalau customer banyak dia akan tutup lewat sikit. Kalau customer sikit. Tutup awal pukul 11. 


Menu Yang Dijual di Ina Bakso Singkawang. 
Bawah ini adalah senarai menu yang ada di Ina Bakso Singkawang. Tapi aku datang sini sebab nak membakso dan mengolok sahaja. Sebab memang terbaik lah bakso dia. Nasi goreng dia pun boleh tahan sedap.

ina-bakso-singkawang-kuching


Menu Yang Aku Order.
Aku order mee kolok daging goreng RM4.50.  Memang sedap. Food Presentation untuk kolok masih so so. Tapi untuk Bakso memang lawa. Kekuatan kedai ini memang terletak ke Bakso dia. Jadi kita bagi 5 bintang dengan bakso dia. Jangan lupa minta kicap dan sos dia. Sos dia macam sambal lah. Memang menyengat. Kalau tak tahan pedas. Jangan letak banyak sangat. Kicap dia manis. Memang kena makan dengan kolok mahupun bakso. 

ina-bakso-singkawang-kuching
Mee Kolok Daging Goreng

Mee Bakso yang aku order. Special punya. Letak banyak sikit sos and kicap biar kick tambah umm lagi. Bakso ini serious murah. RM6 sahaja. Bakso biasa RM5. 

ina-bakso-singkawang-kuching

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Ina Bakso Singkawang Nang Nyaman! Tempat Makan Best Di Kuching. "

Hye there Amer Jaya! Done follow your blog. Org Kuching duhal. Salam kenal dari blogger Kuching juak :)

Hye Nur Safiena. yes org sarawak kuching juak. salam kena. I will visit your blog soon.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top