Cara Letak Iklan Adsense Dalam Setiap Post (Bawah Tajuk, Tengah-Tengah Post, Bawah Post)

Cara Letak Iklan Adsense Ads Di Bawah Tajuk Post, Tengah-Tengah Post/Entri, dan Dibawah Post. Hye pembaca blog sekalian. Nampak tak tajuk entry terlampau panjang. Kekretifan aku dalam blogging sudah semakin mengurang. Jadi, guna apa yang ada ja. Harap anda faham apa yang aku nak sampaikan. Waktu aku mula-mula kena approve adsense dahulu, aku tak pandai sangat nak letak iklan adsense dekat mana, last-last aku letak macam letak iklan nuffnang. Pendapatan aku untuk sehari cuba teka? Yes, anda betul, ada hari 0sen, ada hari alhamdullilah, dapat 5sen sehingga 10sen. 


Bertapa.... susah nya... nak dapat earning adsense waktu mula-mula kena approve tu. Lepas itu, kakak aku ajar aku cara letak iklan dalam post. Bumm... Dapat 4 Dollar, tapi haha so far baru sehari je aku dapat 4 dollar tu. Hahah. Lepas tu, selalunya dapat 1 Dollar sehari, dan Semakin menurun jika aku malas menaip dan update entry baru. Jangan lupa, kalau nak income adsense meningkat atau banyak, dicadangkan untuk post entry berkaitan, forex, kereta, kesihatan. cara jana duit online, dan banyak lagi. Anda boleh baca Jenis Entry Blog Yang Boleh Menjana Banyak Pendapatan Adsense




Cara Letak Adsense Ads Dalam Setiap Post

Jadi, aku harap kawan blogger aku yang berniat nak apply adsense, silalah apply sekarang. Amat rugi tak apply. Bayangkan sehari dapat 0.50USD. Kalau sebulan dah berapa? Jadilah, buat side income blog. Ada blogger yang rajin, boleh dapat 6USD sehari, dan ada yang lebih dari tu. Tak perlu lah obsessed sangat dengan income itu. Anggaplah itu sebagai hadiah kita berblog dan berkongsi ilmu. 

Iklan dalam post lebih senang di lihat oleh pembaca sebab tujuan utama pelawat blog datang ke blog kita ialah untuk membaca entry kita. Mereka cari sesuautu di google, dan terjumpa blog kita. Sebagai contoh, ada orang nak pergi Melawat Kuching, mesti dia taip Tips Melancong Ke Kuching. Mestilah jumpa Blog Amerjaya. Duta Kuching kot. angkat bakulll. Lepas itu, bila dia baca entry aku tentang Tips Melancong Ke Kuching, mesti ada iklan hotel-hotel akan muncul. Bila ada iklan hotel murah timbul dalam entry aku. Siapa je yang tak gatal tangan nak tahu lebih lanjut, hotel apa tu. Aku bila masuk dalam blog orang, ada je lah iklan zalora dok pamer jam-jam and kasut-kasut yang aku dok survey dalam zalora tu. Haha. 

Aku bebel panjang kan. Ok jum lompat ke main idea post iaitu cara letak iklan adsense dalam blog. Tolong save dahulu template anda sebagai backup ok. Takut nanti anda salah buat, naya template rosak tapi takda backup code template. 

Pst, Jangan Lupa Untuk Parse Code Adsense. Anda blog pergi ke laman web ini : Parse Adsense Code : Untuk Parse Code Adsense anda. Kalau anda tak parse, iklan adsense anda tidak berfungsi dan anda tak dapat nak save template anda. 

Cara Letak Adsense Ads Dalam Setiap Post (Bawah Tajuk, Tengah-Tengah Post, Bawah Post)
Cara Letak Adsense Ads Bawah Tajuk Entri Blog


1. Cara Letak Iklan Adsense Di Bawah Tajuk Artikel, Post, Entry. 
Cara untuk letak iklan adsense di setiap bawah tajuk entry blog, anda boleh refer di laman web ini : How To Put Google Adsense Below Post Title in Blogger? Anda boleh ikut step by step di dalam blog tersebut. Penting letak iklan bawah tajuk post sebab pelawat blog lebih alert dengan iklan adsense kita. 

Cara Letak Adsense Ads Dalam Setiap Post (Bawah Tajuk, Tengah-Tengah Post, Bawah Post)
Cara Letak Adsense Ads Tengah-Tengah Entri

2.  Cara Letak Iklan Adsense Di Tengah-Tengah. 
Untuk cara ini, anda boleh ikut tutorial dari blog Ejoy. Dia ada ajar cara letak iklan di tengah-tengah post

Pst, dalam template blog terdapat lebih dari 2 code ini <data:post.body/>. Kalau blog aku, aku akan guna code yang ketiga. Jadi ikut tutorial blog Ejoy, dan gantikan code <data:post.body/> yang ke tiga dengan code baru dalam entry blog Ejoy di atas. 

Kalau iklan tak terpapar dalam blog, anda boleh cuba ke code <data:post.body/> yang kedua, mahupun pertama. Rajin-rajinlah buat experiment. 


Cara Letak Adsense Ads Dalam Setiap Post (Bawah Tajuk, Tengah-Tengah Post, Bawah Post)
Cara Letak Adsense Ads Bawah Entri Blog

3. Cara Letak Iklan Adsense Di Bawah Post. Bawah Sekali. 
Untuk cara yang last ini, aku ikut tutorial nuffnang tu. Cara letak nuffnang ads between post tu.  Buka template anda, dan cari code ini : <data:post.body/>. Selalunya ada 2 and 3 code ini, cari code yang ketiga. Dan paste kan code adsense yang anda nak letak tu, di bawah code <data:post.body/>. Ok? 


Harap dapat membantu anda menjana lebih income dalam blog. Tips lagi dari aku, kalau boleh jangan lah buat blog berat sangat, nanti loading lama sangat. Pembaca kalau loading lama sangat, memang dia terus click X dan berharap ada blog lain yang boleh dibaca.  Blog loading lambat ni juga tak bagus sebab tak mesra SEO dan juga Iklan kita lambat nak loading, jadi pembaca susah nak alert iklan dalam blog kita sebab iklan kita blank warna putih je sebab takes time nak loading. 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
18 Komentar untuk "Cara Letak Iklan Adsense Dalam Setiap Post (Bawah Tajuk, Tengah-Tengah Post, Bawah Post)"

bagus-bagus.. kipidap share banyak tips..

Best jugak guna cara ni Amer.. Sis selalu post di layout cara skema.. hehehehe 😁

Amboii headline title yaaaa nang oanjang bena lah ahahahahah xD

Dah apply tapi kena reject.
Biarlah buat masa ni.
I is sentap :-(

hmmmmmm takda adsense macam mana eh. tak nak la baca tips ni haha.

alamak sedih nak baca, tapi baca gak sampai habis. Maklumlah adsense tak lulus lagi.

Eh amer, masa proses mendaftar account tu ada tak kita kena masukkan apa2 code dalam coding blog untuk bolehkan depa detect blog kita untuk proses review? Takut mai terlepas pandang.

Amer.. boleh tak share apa apps yang sesuai untuk update blog menggunakan hp.. Sebab kadang-kadang malas nak bukak laptop utk update blog, so guna phone lagi senang - mobile.

Saya sebelum ni pakai apps "Blogaway" tapi tak best & susah jugak nak update..

Kalau adik amer tahu, tlg share ya.. tq

Pernah apply adsense ..beu 5 hri btapak ..adsense kna tarik balik...so berhuhuhuhu la CCL

hahahah.. sama je amer mula2 guna adsense dulu. terpaksa copy paste code tu secara manual

memahami. amer pun hampir setahun bertungkus lumus untuk lulus adsense.

waktu amer apply ari tu. amer x letak lagi code2 tu. just set on iklan adsense je dekat dashboard blogger tu. :D

tu je perlu on.

hye kak. saya pun jarang update blog guna telephone. memmang leceh dengan screen yang kecik. mungkin kakak boleh install app Blogger. atau taip je guna whatsapp. lepas tu kakak copy paste taipan akak tu ke blog. :D

uittt. sedihnya... kenapa lah dorang tarik tuu.. :((( xde rezeki kot CCL

senyappp.. kan dah habaq mai. nak masuk dalam tahanan selama 9 bulan . haha

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top