------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Cara Membuat Blog Cepat, Mudah dan Percuma 2017

Cara Membuat atau Membina Blog Cepat, Mudah dan Percuma 2017 Post ini khas untuk mengajar anda cara menceburi dunia blog. Sebarang pertanyaan tenntang pembinaan blog ini, tinggalkan di ruang comment di bawah. Semua orang boleh berkecimpung ke dalam dunia blog. Cuma, tidak semua orang pandai membahagi masa untuk berblogging. Post ini saya akan mengajar anda cara membina blog, menggunakan blog, dan success dalam dunia blog. Harap anda terus follow blog saya. AmerJaya.Blogspot.Com

Tahukah anda melalui blog sahaja anda boleh menjana pendapatan? Sumber-sumber pendapatan melalui blog memang banyak, bermulalah dari sistem PPC atau Pay Per Click, Links Sales, Review, Affliate dan bisness e-book. Saya akan terangkan secara detail nanti. Saya tahu dunia blogger ini memang meluas. Sukar untuk mereka yang baru nak belajar dunia blog ini untuk terjun ke dunia blog. Saya hanya terangkan benda yang basic sahaja.

Bina Blog Menggunakan Blogger atau Blogspot. (Pilihan Saya Ialah Blogger)
Mengapa saya menggunakan medium atau layanan blogger? Sebab ianya percuma dan akan sentiasa percuma dari dulu lagi. Kenapa nak bayar lebih jika kita boleh menggunakannya dengan percuma.

Domain blogger yang percuma. Jadi tak perlu nak bayar atau renew domain setiap tahun dengan harga yang agak mahal untuk blog permula.  Selain domain, hosting blogger juga percuma sebab anda tak perlu menyewa hosting untuk menimpan data kerana pengguna blogspot akan menggunakan hosting dari Google. Selain daripada itu, pendaftaran nya cukup mudah dan cepat.



Nama Domain Dan Idea Blog (Niche Blog) 
Sebelum anda memulakan aktiviti blog. Penting bagi anda menentukan nama blog yang bagus yang boleh bertahan lama dan strategik. Sebagai contoh blog cik epal ataupun blog BEN ASHAARI. Anda boleh menggunakan nama anda sendiri jika anda rasa nama anda mudah diingati seperti Ben Ashaari mahupun AmerJaya. Jika anda rasa nama anda susah nak commercial seperti Lepat Bin Kamarudin. Anda boleh guna nama lain untuk blog anda seperti awandani atau blogbasikaltua. Pilihlah nama blog yang mudah diingat dan agak commercial. Jangan nanti dah dipertengahan jalan anda nak tukar identiti. Membazir masa disitu. Jadi pilihlah nama yang uniq dan senang diingat.

Selalunya jika nama blog Amer Jaya. Saya akan memilih domain saya iaitu www.amerjaya.blogspot.com. Ini untuk memudahkan lagi visitor atau pelawat blog untuk menghafal atau secara tiada langsung ingat nama blog saya. Jadi elak untuk letak nama blog lain dan nama domain lain. Menyukarkan pelawat untuk datang balik ke blog anda.



Niche Blog (Idea Blog) 
Cuba fikir apa tujuan anda blog. Kalau anda nak berkongsi tentang cara kurus. Anda boleh tumpukan kepada topik kesihatan untuk kurus. Jadi niche blog anda ialah blog untuk kurus. Sebelum membina blog, cuba fikirkan apa yang anda nak blog untuk elak kematian idea untuk blog apa di kemudian hari. Contoh nya, travel blog, blog tentang kehidupan, diary, dan banyak lagi.

Cara membuat Domain Yang Strategik
1.Pilih domain yang ada satu atau dua patah perkataan sahaja. Contohnya Amerjaya.blogspot.com, luarteko.blogspot.com. Senang dihafal. Elak letak - / _ dan sewaktu dengan nya.


2.Elak menggunakan angka dalam blog. Sukar untuk orang ingat domain anda. contoh 2rupa.blogspot.com . Bagus lagi kalau duarupa.blogspot.com

Jom Bina/Buat Blog. (Tutorial Membuat Blog)
Buka alamat www.blogger.com  (sekarang sudak berjawah baru 2017)


1. Pergi Ke laman web blogger. Dan Click Create Blog. 
2. Jika anda sudah memiliki account google. Anda boleh terus sign in guna nama email gmail anda. Dan skip step 3 dan 4 dan vildate email.







Selepas step 4 diatas (minta validation). Anda pergi ke alamat www.gmail.com untuk membuat pengesahan 
1. Isi maklumat seperti yang berikut. 
2. Letak nombor telefon dan click Text Mesage dan click continuee. Anda akan terima mesej dari google. Bila anda click continue anda akan ke satu web yang meminta anda letak nombor security dalam mesej yang anda terima dalam phone tadi.





1. Selepas verikasi gmail account. Anda akan pergi ke option seterusnya. Antara Google + Profile dan Blogger Profile. Sebagai cadangan, saya cadang anda untuk pilih Google+ kerana ianya lebih baru.
2. Letak Nama GooglePlus anda. 
3. Option ini. Letak gambar. Boleh Skip. 
4. Click Continue to Blogger.







1. Click New Blog 
2. Title ialah nama blog anda contoh Amer Jaya
    Address ialah url blog anda atau domain blog. contoh www.amerjaya.blogspot.com






Cara membuat posting dalam blog. 
1. Click Post (Bawah View Blog)
2. Tulislah tajuk entry dan isi entry.  (buat label untuk memudahkan pencarian kelak)
3. Jika mahu add gambar. Click Button Gambar tepi Button Video. Dan cari gambar yang anda nak upload dan click open. Automatik upload. 
4. Selepas siap menaip entry atau post baru. Click Publish tepi button Save. Post anda akan dipulish ke blog anda dan anda juga diberi option untuk share post anda ke google+ anda atau abaikan dengan menekan button cancel.
Click View Blog (perkataan warna biru) untuk view blog dan post terbaru anda. 





Jika ada kesalahan ejaan atau apa-apa kesalahan, anda boleh edit semula post tersebut. Caranya, 
1. Click Post, dan letakan anak panah (arrow) anda ke post yang anda nak edit, dan click EDIT. 
2. Selepas edit,click Update.





Jika ada post yang anda rasa nak buang, anda boleh:
1. Click Button Post. 
2. Tick Box hujung title post. 
3. Dan click button Tong Sampah (tepi button revert to draft).
Jika anda sayang dengan article itu dan nak simpan sahaja tanpa dipapar di blog anda. Anda boleh lah click revert to draft. Post anda akan dimasukkan ke box draft. 





Tukar Template Blog: 
Anda boleh menukar tempate blog anda ke design free diberi oleh pihak google. Caranya: 
1. Tekan Button Template belah kiri web blog.
2. Dan pilih design yang banyak dibawah blog.
3. Anda juga boleh edit sendiri template blog itu dengan menekan Edit Html dan button Cutomize. 
Sila skip jika anda masih tidak mahir menggunakan code html. 




Tukar Template Blog: 
Untuk blog permula. Saya cadangkan anda guna template free ini: Sila Download. 

1. Selepas download tempate yang saya bagi tu. Sila click button Template. Dan click Button Backup/Restore. 
2. Click Choose File di area Upload File. 
3. Pilih template free yang saya bagi tadi dan click open. Selepas itu click button Upload.
4. Selepas itu blog anda akan ada template baru. 

Template ini bagus untuk blogger permula sebab mesra SEO. Apa yang anda taip akan mudah masuk dalam pencarian google. Nanti saya akan terangkan lebih mendalam cara menggunakan kaedah SE0 ini.





Ini adalah cara susun atur template blog anda. Sebagai blog pemula. Silalah focus kepada penulisan sahaja untuk mengelakan mood blogging anda down. Design Template Blog boleh dilakukan kelak. Sebab design template ini mengambil masa sedikit. Anda boleh follow tutorial-tutorial yang saya rasa penting sahaja untuk di share disini. Selebihnya anda boleh cari di google. 






Bagikan :
+
Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "Cara Membuat Blog Cepat, Mudah dan Percuma 2017"

Perkongsian terbaik..sangat baik untuk mereka yang perlukan panduan bagaimana untuk memulakan langkah memiliki blog..

Entri lengkap bagi semua cara nak buat blog... Good Job!

Saya nak bantu kawan-2 bina blog juga :D

halo amerjaya,bab install free template tu x keluarkn apa2 file pun,, bila klik direct suruh login akaun fb,bila login system suruh keluar balik,, xplain la sket

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top