Benarkah Tips Cara Ini Jimat Tenaga Elektrik ?

Benarkah Tips Cara Ini Jimat Tenaga Elektrik.  Viral atau Tular satu ketika mengenai cara mehematkan penggunaan elektrik dengan menanggalkan plug dari socket. Persoalan nya? Berkesan ke? Dulu siap ada TNB mengeluarkan statement mengiyakan teknik tersebut mampu menjimatkan elektrik. Dengan mencabut plug, kita akan dapat menjimatkan lagi elektrik rumah kita. 

Aku dah cuba. Bolehlah turun sikit bill bulanan elektrik rumah aku. Adakah kebetulan atau memang benar-benar berkesan?



Selain daripada plug dan socket. Cara lain yang dibuat aku untuk jimat elektrik ialah dengan membuka Dry mode untuk aircon. Kadang-kadang cuaca memang panas. Jadi aku tak dapat nak jadi haji bakhil tak bukak aircon. Jadi aku bukak aircon dengan mode Dry. Kata orang mode Dry dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik nya. Reason nya disini, dengan dry mode, aircon kita akan hanya mendinginkan atau menurunkan suhu bilik ke paras 24 celcius. Jadi aircon tidak perlu menggunakan tenaga elektrik lebih untuk menyejukkan bilik. Lain pula jika guna mode yang berbunga tu cold mode ke apa, mode itu akan menurunkan suhu bilik dengan lajunya, dan ia keep on menyejukkan bilik kita jadi aircon itu terus menerus menggunakan tenaga untuk menyejukan bilik kita. Aku rasa aku tak pandai explain. Just keyword dekat sini Dry Mode Aircon dapat menjimatkan pengunaan elektrik rumah. 

Dry Mode (Ada symbol water drop)

Yang aku tak dapat terima ialah ada gambar viral tu, letak pad atau tuala wanita dekat meter elektrik rumah. HAHAHA. Tak tahu apa logik nya disitu. Samalah macam orang jual kad yang boleh memecahkan molecule minyak ron95 tu dan boleh jimatkan minyak. HAHA. 


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
11 Komentar untuk "Benarkah Tips Cara Ini Jimat Tenaga Elektrik ?"

hahahahaha kan, tak make sense kot guna kad boleh jimat minyak. Masalahnya ramai pula tu yang percaya. Yang pad tu pun tak boleh blah. Pad tu diperbuat daripada apa sampai boleh jimatkan tenaga eletrik? hahaha.

aipp adakah itu header baru? Hihi

Cabut plug dari soket tu selalu buat barang kecik2 je macam iron n heater, yang besar2 malas pula,tambah2 selalu guna macam mesin basuh and tv.

Aircond tu tak pernah try, masalahnya nak guna remote aircond pun tak pandai,tahu on off dengan turunkan suhu je,hahahaha.

Paling tak logik letak mendalah pad kat meter letrik rumah, adoiii ajaran apa lah tu.

hahahaha aku hanya gelak je part Kad dengan Pad tu. memang tak terniat langsung nak mencuba.. tak tahu mana lah rasionalnya disitu.

header cikai2 je.. seharian nak edit header tu. ye la template oghang kan. tak tahu nak atur code dia lagu mana. kena try and error je lah mai.

Haha. Memang kena rajinkan diri cabut plug2 tu mai. tapi amer incharge rumah atas ja. semua main plug dicabut. kalau umah dibah tak dan pulak nak cabut plug microwave, astro, segala bagai tu.

Memang klakar la letak tuala wanita boleh jimat letrik. kah3

Agak2 boleh buat kita buat mana tahu memang betul2 boleh jimat.. Lepas baca info TNB (cabut plug soket & guna suhu 24° dry mode) terus start amalkan tp x tau berkesan atau tak, yg pasti bill letrik beratus jugak setiap bulan.

Hahaha 2 cara terakhir mmg x logik, belum buat dah terasa bodoh pulak.. Huhuhuhu

Tapi ba

mungkin berkesan kot sis. cuba amalkan je lah.. tapi penat juga nak cabut pasang plug ni. takpa. demi letrik murah. ku relakan jiwa

cuba ja.. untuk satu bulan. kalau berkesan. Alhamdullilah. :D

Buka plug tu memang ada kesan, lagi satu sebenrnya yang paling kuat makan elektrik adalah charger phone... semakin kerap charge semakin tinggi lah bilnya... termasuk pemanas air, tak caya cuba tak masak air sebulan... hehe

oh betulkah tuan? tapii rumah saya pakai Coway, patutlah bil elektrik dok melambung je lepas pasang machine ayaq tu...

Charger tu memang tak dpt lari lah tuan. haha kena charge hp hari2 ni.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top