30 CPUV SEDANG RUNNING. Pengsan!

Awas. Ini entry flashback zaman silam. Aku sebenarnya mengalami writer's block. Tapi aku masih juga cuba cari jalan nak update apa. Sebab february ini ja masa aku berehat kat rumah. Next month dah start kerja dah. Keluar dari tampuk selesa sudah setahun wei bekerja di ladang anggur. Kalau nak tahu tips dapat banyak cpuv dan buffered earning ini. Boleh terjah sini : Rahsia Dapat Banyak CPUV Buffered Earning.



Ok back to main topic. Tadi aku terbuka google plus account lama aku. Dan tertengok entry 30 BUFFERED EARNING SEDANG RUNNING. Pengsan! Tak tahu apa lah perasaan aku waktu itu. Entry itu aku dah padamkan sebab dianggap entry merapu sebab bawah 200pp sebab adsense tak berkenan. Apa banyak sebab lah. 

Jadi kandungan entry itu berbunyi...

Postt posttt . jangan tak post.
hurm kalau mengimbau kembali masa lalu mula2 aku berblogging
yang didambakan blog yang cantik follower yang ramai untuk nuffnangku berbunga bunga.
dulu  lapangnya masa boleh ku bersuai kenal dengan banyak blogger
sekarang kelapangan tiada lagi membuat ku terbatas untuk berkaryawan di blog ini.
akan tetapi
menjadi tanda tanya
apa kah erti
nuffnang memberi buffered earning sebanyak ini kepada blog aku ini.
bukan tidak bersyukur tetapi musykil.
nuffnang cuba untuk menarik tumpuan ku agar berblogging dah terus ...
abaikan pelajaraan .. haha
tak lama lagi nak final exam degree sem 4.
Aku mesti tabah . blog ... kita ... jumpa... tahun 2015 ok?
Bayangkan waktu buffered earning tu masok, aku tengah final exam first sem degree (lompat sem ke sem 3 terus), memang besar betul dugaan. Aku pilih untuk belajar sebab first sem lagi aku cuba nak dekan. Tapi cara belajar aku salah jadi aku tak dekan untuk 2 sem pertama. HAHA. Nak dekan mesti ada cara belajarnya

Best dapat buffered earning atau CPUV ni, ada hari satu campaign tu boleh mencecah rm20 ke atas. Tak ke masyuk. Tapi traffic blog kena gempak jugak lah. Dulu blog aku pakai domain sendiri amercorner.com.  Disebabkan tiada sponsor dari kakak ku membayar tahunan domain itu, aku pun membatalkan contract domain tersebut. 

Dapat banyak buffered earning... itu dulu. Sekarang nuffnang aku dah hidup segan mati tak mahu. Satu iklan skyscrapper je aku letak dalam blog. Sebab aku tengok nuffnang sekrang ini macam kegawatan ekonomi. Iklan yang sama je muncul kat dalam blog. 

Bila dia bagi CPUV campagain dekat kita, dalam sehari berapa sen je naik. Bukan tak syukur, just nuffnang tak macam dulu. 



Tambah lagi, banyak blogger yang mengadu domba pasal nuffnang gagal membayar pendapatan mereka. Aku tak salahkan nuffnang seratus perceng dalam hal ini. Mungkin nuffnang sudah strict dengan blogger yang suka click iklan sendiri atau suka menabung nabungkan blogger lain. Aku dulu pun macam tu juga waktu mula-mula menabung, eh salah. Mula mula berblogging. 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
16 Komentar untuk "30 CPUV SEDANG RUNNING. Pengsan!"

Nuffnang tengah tak de job sekarang ni... hehe...

Gilaaaaa, respect lah. dari dulu lagi dah power rupanya. 30 CPUV mana nak cari.

Comel eh entry lama tu, berbunga2 gitueee nuffnang, hahahaha. Eh nanti Amer masuk kerja ke training? Blog ni sunyilah nanti. Ha ah iklan nuffnang asyik sama je, takpe peningkatan duit pun, last2 mai letak iklan tu satu jenis je dalam blog, dekat bahagian bawah post tu.

Betul..Nuffnang semakin mengecilkan skop pemberian iklan kot...agar susah untuk buat Nuff berkenan dengan blog kita..kak PC terutananya..apa pun syukur,

kayo dulu joo laa... harap mendatang kayo lagi lah eden. aminn

ohh ye ke... patutlah macam sunyi je iklan dia.

Blog biasa-2 ja... tapi rezeki tu mengetuk dengan banyak ketukkan. haha. dulu nuffnang kayooo. sekarang nuffnang dah ikut prinsip haji bakhell

tu lah kan... tak sangka amer dulu seorang karyawan. ayat berbunga-2 je... hahaha.. sebab time tu takda idea sangat2- nak update apa. sebab tu lah jadi macam tu ayatnya. ayatnya memaksa maksa haha.

sebab tu blog amer dah kurang iklan nuffnang tu. nuffnang tu boleh tahan jugak memberatkan blog. tu lah 2 3 nak letak banyak2.

sedihnya nuffnang. sebab tu lah amer dah berhenti berharap dengan nuffnang Sis. walaupun duit dlm account nuffnang dah 50percent dr rm50.

hhahaha.. cerita semalam je Busyra... sekarang satu dua je melekat.

Sekarang Adsense kot, lagi masyukkk..

Masa zaman Buffered Earning dengan status Gliterati, satu BE boleh cecah sampai dekat-dekat RM100. Memang untung woo... sekarang ni... hmmm entah apa-apa. Nuffnang ni sudah mau bungkus agaknya.

waseh sampai rm100 tu. memang tinggi betul lah traffic Sabree . sekarang ni nuffnang memang mcm dah nak jadi hantu bungkus

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top