Tips Amer Jaya Kurus Berkesan 2017

Tips dan Cara Untuk Menguruskan Badan Berkesan.  Assalammualaikum pembaca sekalian. Kali ini aku nak share lah pengalaman aku menguruskan badan. Aku dulu pernah berisi. Belum masuk term gemuk lagi. Disebabkan takut selesa dengan keadaan badan berisi. Boleh menyebabkan kita masuk ke dalam masalah obesiti. Dulu aku pernah taip entry Tips Cara Aku Kurus Dan Berkesan Part 1 dan Cara Aku kurus Dan Berkesan Part 2. Serios memang banyak orang membanyak tips tersebut. Alhamdullilah aku masih dapat maintain kan berat badan sehingga kini. Serious aku cakap aku kuat makan. Boleh kata semua makanan favourite aku. Akan tetapi, aku tahu makan berlebihan akan menyebabkan pisang berbuah dua kali. Aku rasa dah berbuah lebih banyak kali dah. Setiap kali final exam, badan aku akan membesar dengan sihat nya sebab tak jaga makan lah salah satu faktor nya sebab stress dengan final exam. Keywords aku untuk post ini ialah tips kurus. Jadi di post ini aku akan share tips kurus aku amalkan selama ini. 

Tips-Kurus-Berkesan
Tips Amer Jaya Kurus Berkesan 2017

Aku pun macam anda juga yang search google tips kurus berkesan, tips kurus cepat, tips kurus murah dan paling teruk tips kurus tanpa senaman. Pemalas betul nak senam. Jadi macam mana aku kurus? Elaklah stress. Rilek-rilek menurunkan berat badan itu. Aku memang suka tengok transfomasi orang kurus, dari gemuk ke kurus. Memang wow betul dengan transformasi mereka. Jadi, tidak mustahil semua yang mengalami masalah berat badan berlebihan ini dapat menjadi kurus yang sihat. Anda juga boleh baca artikel ini : Sebab Badan Susah Nak Kurus



Aku cuba padatkan tips kurus ini agar tidak terlalu panjang. Jadi nak kurus ini anda kena jaga dua perkara. Iaitu permakanan dan senaman. Tak buat dua ini memang susah sangat nak kurus. Jadi tips kurus kita bermula disini. Jaga Makan dan Buat Senaman. 

Jaga Makan 
Ramai dah tahu jaga makan adalah cara paling berkesan untuk menguruskan badan. Akan tetapi, ada banyak orang diluar sana menggunakan salah cara. Mereka ingat jaga makan ialah dengan belapar. Salah sama sekali. Berlapar atau term english nya crash diet akan membuatkan anda lebih berisi. Sebabnya? Anda belapar, dan sampai bila nak belapar? Bila anda terlalu lapar, motivasi anda untuk diet terus down. Bila anda give up. Anda pun melantak makanan tak ingat dunia selepas lamanya belapar. Berlapar juga akan membuatkan badan anda tidak menerima nutrisi mahupun tenaga untuk badan anda bekerja dengan baik. 

Tips-Kurus-Berkesan
Oat

Waktu breakfast, aku memang akan ambil oat 4 hingga 5 sudu letak dalam air nescafe ataupun milo. Dan sebijik dua telur rebus. Selalunya aku jarang makan telur sebab malas nak merebusnya. Jadi aku lebih focus kepada pengambilan oat. Oat memang berkesan menguruskan badan. 

Tips-Kurus-Berkesan
Mampukah anda say no to nasi?
Aku tak pernah ikut diet no carbo, no sugar, diet no nasi, diet atkins semua itu.Aku cuma amalkan cara kurus orang malas berkesan dan cara makan banyak tapi tetap kurus.  Aku memang tak pernah. Maybe pernah, tapi aku give up tak lama lepas tu. Mungkin sehari? Aku memang tak dapat hidup tanpa carbo lagi-lagi nasi. Aku cakap jaga makan bukan? Jadi apa kata anda cuba mula kurangkan pengambilan nasi dalam sehari. Kalau boleh mulai hari ini, anda hanya makan 2 genggam nasi. Lepas itu esok lusa kalau dah terbiasa, kurangkan lagi ke 1 genggam nasi. Tapi aku pandai estimate lah berapa banyak nasi bagus untuk badan aku. Kena faham badan anda jugak. 

Jangan makan selepas pulul 7 malam. Kalau boleh makan lah awal sikit. Pukul 5 atau 6 petang ke. Sebab aku cakap begini, kadar metabolisma badan kita di waktu malam ini rendah. Jadi pembakaran lemak di waktu malam memang lembap. Jadi, kalau nak pelahap banyak, makan waktu pagi mahupun sebelah petang. 



Minum air secukupnya. Kalau boleh lebih 8 gelas sehari. Rasanya ada jadual air itu ekot berat badan. Kalau berat 80kg anda kena minum air sekian sekian banyak. Mungkin anda boleh rujuk gambar di bawah ini. Aku pernah baca satu artikel ini yang menyatakan, anda makan lah sebanyak mana anda nak tapi pastikan anda mengambil jumlah air kosong yang mencukupi. Jadi, untuk mempercepatkan process kurus. Minumlah banyak air ikut sukatan di bawah. Kita dah jaga makan, selepas itu minum banyak air. Memang banyak kalori dapat dibakar. P/s Anda Pernah dengan diet dengan minum air teh hijau, aloe vera, atau air lemons detoks? Aku sudah amalkan 3 minuman tersebut. Memang amazing lah kuasa 3 minuman itu menurunkan berat badan aku.

Photo taken from : www.quora.com

Senaman 
Sepanjang proses aku menguruskan badan ini. Terdapat beberapa senaman favourite yang aku suka buat. Sebab senaman itu senang dibuat dan memang berkesan menguruskan badan. Anda kena bijak dalam memilih senaman. Cari senaman yang anda suka dan bagi anda senaman itu tidaklah membebankan dan menyakitkan. Contoh senaman yang aku suka ialah, melakukan pushup, senaman plank, senaman naik turun bangku dan berlari. Jika anda suka dengan senaman itu, anda rasa memang tidak terbeban untuk melakukan senaman tersebut. Baca ini juga. Senaman Senang Paling Cepat Bakar Lemak

Kepada anda yang malas nak bersenam tapi mahu kurus. Mungkin boleh cuba cara diet aku yang ini. Kurus dengan Cara Orang Malas. 

Waktu terbaik untuk bersenam ialah di waktu petang selepas asar dan di waktu pagi selepas subuh. Ada beberapa artikel yang aku baca dalam internet mengatakan, tidak elok bersenam di waktu malam sebab waktu tersebut adalah waktu terbaik untuk tubuh badan kita berehat. Aku juga ada baca artikel yang menyatakan, jangan makan sebelum melakukan senaman di waktu pagi supaya badan kita lebih cepat membakar lemak. Anda boleh google, should I eat breakfast before jogging or exercising? Anda akan nampak banyak artikel akan sarankan anda tidak makan sebelum bersenam. Kalau minum boleh sahaja. Minum air kosong cukup-cukup untuk elak hidrasi. 

kurus dengan lemon detox
Tips Amer Jaya Kurus Berkesan 2017
Buat masa sekarang ini. Aku memang menjaga berat badan aku. Aku tahu aku seorang yang suka makan. Semua benda aku nak try. Benda yang menggemukkan itulah yang menjadi favourite aku. Apa dia? Roti canai(jarang), teh tarik(selalu), mee kolok sarawak(selalu), nasi lemak(selalu), kfc(selalu), dan makanan western(selalu). Aku tahu jika aku tak ada strategi untuk membanteras masalah berat badan berlebihan ini, badan aku akan berisi balik. Jadi untuk maintainkan berat badan aku. Buat masa sekarang aku amalkan cara makan banyak tapi tak gemuk. Selain itu aku memang selalu amalkan teh hijau dan air lemon detoks. Dan bila aku rajin aku akan lakukan 3 senaman senang cepat bakar lemak. Nak kurus? Pemakanan lah yang paling penting dijaga. Untuk kurus, jika dalam percentage,  70percent jaga makan dan selebihnya 30percent senaman. Jadi kalau nak kurus, jagalah permakanan. Jangan makan lewat sebaiknya pukul 7 malam. Jika anda ada sebarang pertanyaan, silalah tanya di ruangan comment di bawah. Aku sudi menjawabnya dengan hati yang terbuka. 


Aktiviti lain yang menyoronokkan dapat mengurangkan berat badan kita ialah dengan aktiviti bermain air, join marathon atau running event, dan juga hiking gunung contohnya aku suka mendaki Gunung Santubong dan Gunung Serapi

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tips Amer Jaya Kurus Berkesan 2017"

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top