------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Minyak Naik Lagi. Cuba 3 Tips Jimat Minyak Ini 2017

Harga Minyak RON95 RON97 dan Diesel Dijangka Naik Lagi Bermula 1 February (Bulan Dua) 2017. Heboh di facebook dan whatsapp mengatakan harga minyak naik lagi. Berapa naik? Memang luarbiasa naik kali ini. Actually aku pun dah lupa berapa harga semasa minyak sekarang sebab isi je and harga selalu sangat berubah baru-baru ini. Kejap naik kejap turun. Tapi harga akan datang iaitu harga diramal naik bermula 1 Februari ini ialah:
Kadar baru minyak 1 FEB 2017

Ron95 RM2.25 seliter 
Ron97 RM2.45 seliter
Diesel  RM2.25 seliter
Berkuatkuasa pada pukul 12 A.M 1 FEB 2017

Tips Jimat Minyak
Tips Jimat Minyak

Macam mana dengan harga baru itu? Berbaloi? Memang tak patut minyak naik semahal itu. Last time aku ingat paling tinggi naik Rm2.30 seliter untuk ron95. Memang berasa wei nak isi minyak guna liter. Aku selalu isi 10liter Rm23. Selalu isi RM16 untuk 10 liter. Berasa sungguh berasa. Memandangkan harga minyak gila-gila menaik. Mungkin anda boleh amalkan balik tips jimat minyak ini.  Aku juga ada menaip entry Tips Mudah Jimat Minyak Kereta. Tapi entry kali ini aku hanya tekankan 3 pekara yang boleh menhemat atau menjimatkan lagi penggunaan minyak kereta anda. 

1. Isi Waktu Pagi, Malam atau Waktu Sejuk
Tidak dinafikan, ketumpatan minyak di waktu pagi atau waktu sejuk memamng tumpat. Maksud aku disini minyak itu memang tumpat. Ia tidak meruap. Senang cerita macam inilah. Minyak ini kan cecair dan ia boleh menjadi wap (meruap) ketika waktu panas. Sebagai contohlah, bau minyak lebih berbau ketika kita isi waktu cuaca panas. Kalau anda amati waktu anda mengisi minyak itu waktu cuaca panas, akan ada nampak haba panas (wap) keluar dari tangki minyak anda bukan? 


2. Isi Perlahan-Lahan, Jangan Laju Sangat
Tips ini aku dah lama tahu. Aku rasa semua kita tahu. Tapi malas nak amalkan. Rasa macam make no sense atau tak masuk akal. Tapi, aku dah uji kaji benda ini. Memang berkesan. Bila aku pump minyak perlahan-lahan dalam kereta aku. Kereta aku lebih jimat minyak. Ok aku boleh terangkan dengan logic akal disini. Bila kita isi minyak secara laju (tekan toggle pump kuat-kuat), kemungkinan yang kita isi itu lebih kepada angin dan mungkin juga risiko meruap. Jadi isi lah dengan pelahan-pelahan menekan picu* atau toggle pump itu. Tapi ada orang buat terlampau perlahan. Bosan pulak menunggu nya. Jadi anda kena bijak lah estimate atau agak-agak. Kalau tiada kereta menunggu. Anda bolehlah tekankan picu atau toggle itu seperlahan yang mungkin. 

Tips Jimat Minyak
Tips Jimat Minyak

3. Periksa Angin Tayar. 
Angin tayar. Paling aku concern atau ambil kira. Setiap kali kalau nak buat perjalanan jauh, aku akan check betul-betul. Tayar aku ini cukup angin tak. Sebab apa angin tayar memberi faktor kepada penggunaan minyak? Bayangkan anda mengayuh basikal dengan tayar yang kurang angin. Berat bukan? Jadi anda kena guna tenaga yang banyak untuk mengayuh basikal tersebut. Sama juga dengan kereta. Kereta kena guna banyak tenaga (minyak) untuk menggerakan kereta kita. Ada orang kata periksa tekanan angin tayar kenderaan sebulan sekali. Tapi aku buat 2 minggu sekali. 

Aku lebih utamakan 3 tips ini untuk menjimatkan lagi penggunaan minyak kereta aku. Sebenarnya banyak lagi tips jimat minyak kereta ini. Seperti, tutup aircon bila cuaca sejuk,  kurangkan rintangan angin di atas jalan raya dengan ikut kenderaan besar (pastikan jarak yang selamat), dan pandu dengan kelajuan yang sama atau konsisten, panaskan enjin sebelum berjalan, dan banyak lagi tips anda boleh jumpa di google. 



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Minyak Naik Lagi. Cuba 3 Tips Jimat Minyak Ini 2017"

tips pertama tu ayah aku suka ikut.
tapi tips no 3 dia selalu buat tak endah
so macam useless jugak kan hahaha

Ayah aku selalu buat tips no 2 je Fiz. dia isi slow2. Tapi bila dia suruh aku isi. Memang mcm F1 aku isi . haha.

Tips periksa angin tayar tu memang selalu buat. Memang boleh rasa, kalau berat semacam tu, mesti ada problem dengan tayar

membazir minyak kalau tak pump tayar waktu yang sebetulnya. berat wooo kereta . thanks Sabree.

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top