------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tips Fashion Pakaian Lelaki Untuk Travelling

Assallammualaikum pembaca blog sekalian. Kali ini aku nak share sikit cara pemakaian atau tip fashion ketika hendak pergi melancong. Nak melancong ni tak seperti pergi ke shopping mall. Mesti ada gaya nya tersendiri. Untuk elak kebosanan dan ketidakselesaan sepanjang melancong.  


Selalunya, bila fikir tentang fashion dan travel, mesti kebanyakkan dari kita akan fikir ianya macam benda yang tak penting sangat. Lantaklah pakai apa pun kan masa melancong. Sebenarnya, kita perlu ada fashion yang patut digunakan ketika melancong. Ini disebabkan ketika melancong, banyak pegerakan perlu dibuat, berjalan-jalan sambil menikmati permandangan, dan juga kemungkinan melalui jalan yang agak mencabar seperti jalan berlopak mahupun jalan yang licin. Biasanya, kaum wanita sahaja yang perihatin dengan fashion mereka di mana-mana sahaja mereka pergi. Apa-apapun, kita sebagai lelaki juga perlu menitik beratkan fashion kita dan kelihatan style sepanjang kita melancong. Kita boleh menggunakan fashion yang bersuaian semasa melancong dengan menggunakan mens clothing yang betul ketika melancong.

1. Men’s Plain Shirt

Walaupun anda pergi melancong atas urusan percutian, business trip, mahupun percutian percintaan bersama insan tersayang. Penting untuk anda membawa bersama baju kemeja lelaki, lebih elok lagi kalau guna baju kemeja lelaki lengan panjang. Inilah pakaian lelaki yang simple dan kurang berstuktur. Pakaian jenis ini boleh digunakan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Baju kemeja yang plain ini boleh di "dressed up" atau "dressed down" bergantung kepada situasi. It is a must untuk para lelaki mebawa sekali baju kemeja ketika melancong. Di zalora, terdapat banyak Men's plain shirt dijual di sana, pada harga yang berpatutan.

2. Men’s T-Shirt


Baju ini memang harus ada dalam backpack aku waktu nak pergi travelling. Aku lebih suka t-shirt yang tak banyak corak. Kalau boleh nak t-shirt yang plain sahaja. Sebab baju yang plain dan tak banyak corak ni memang senang dipakai,senang match dengan seluar mahupun kasut. Mestilah nampak stylo ketika memakai t-shirt plain ni.  Tak perlu fikir panjang sama ada t-shirt ni kena ke tak dengan kita. Kita lelaki, mana ada masa nak fikir lama baju apa nak dipakai. Guna t-shirt je. Kalau anda risau akan kotoran yang akan melekat di baju anda, belilah t-shirt berwarna gelap seperti warna hitam, kelabu mahupun colat gelap. Nak lebih gempak? Belilah baju t-shirt yang berjalur ataupun baju tshirt yang ada logo menarik. 

3. Skinny Denim Jeans

Akhir sekali ialah Skinny Denim Jeans. Yes seluar jeans Denim. Tipu lah kalau anda tiada seluar ini dalam almari anda. Seluar ini memang selesa untuk digunakan dimana-mana sahaja. Denim Jean hitam lebih bagus untuk anda miliki sebab mudah untuk kita match atau padankan dengan baju yang kita guna. Nak pilih seluar jeans itu tak perlulah yang jenis ketat sangat sampai anda pun tak selesa nak guna sebab pegerakan yang terhad. Pilih seluar jean jenis "straight legged demin"  seperti yang dipakai Messi di dalam gambar diatas. Jika anda jenis seorang yang cepat bosan, anda boleh bawa 2 seluar iaitu, satu seluar jean denim berwarna hitam, dan satu lagi seluar jeans denim berwarna biru klasik.  


Pakaian yang anda bawa kenalah bersesuaian dengan keadaan cuaca dan cara anda melancong. Pekara yang perlu anda fikirkan sebelum packing pakaian masuk dalam backpack/luggage ialah: 
1. Adakah perjalanan anda mewah ataupun melancong secara bajet sahaja dengan backpack? 
2. Adakah anda pergi ke tempat yang sejuk ataupun tempat yang panas. 

Kena fikir dulu keadaan tempat yang anda nak lawati sebelum anda memilih untuk memakai pakaian apa dan pack pakaian tersebut dalam backpack mahupun luggage. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tips Fashion Pakaian Lelaki Untuk Travelling "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top