Tips Daftar Lulus Adsense Walaupun Pageviews Dan Followers Sikit.

Followers dan Pageviews Sikit Boleh ke Apply Adsense? Boleh. Yes boleh. Teringat waktu mula-mula saya apply atau daftar adsense. Pageviews blog saya tak mencecah 200 pun kalau tak ingat saya. Nak target 300 sehari pun susah. Tapi sekarang alhamdullilah. Dengan kawan blogger yang ramai beri tunjuk ajar. Perlu ke follower ramai baru boleh apply adsense? Siapa cakap. Itulah, saya dulu juga berfikiran seperti anda. Ingatkan kalau pageviews kurang dari seribu atau paling dahsyat 10 ribu, tak dapat daftar iklan adsense. Ternyata saya salah. Maafkan saya. Jadi disini saya nak beri tips ringkas cara apply adsense walaupun blog anda masih baru dan tak ramai view dan tak ramai followers. Jum baca rahsia lulus account adsense, dan sebab account adsense aku kena reject atau ditolak. 



1. Cuba tingkatkan viewers lebih dari 100. 
Untuk menerangkan lagi peluang anda untuk lulus adsense. Apa kata anda cuba usahakan membuat article yang baik untuk dapatkan pageviews 100 sehari. Saya dah lalui saat ini. Bukan mudah. Anda juga perlu menaip blog entry anda tanpa mencuri. Google tahu dan sentiasa tahu. Jadi be creative. Walaupun mencopas, pastikan anda tukar-tukar ayat dia. Kalau boleh jangan lah mencuri. Buat lah article yang terbaik. Article yang original yang guna ayat 100% dari kepala anda lebih mudah keluar di search google halaman pertama. Kalau tak percaya? Cuba google cara aku dekan. Entry itu fresh dari kepala saya. Mungkin.



2. Buat entry post lebih dari 200 patah perkataan dan Gambar Kurang dari 3. 
Kalau nak buat entry tu, saya cadangkan anda untuk membuat entry atau post yang melebihi 200 patah perkataan. Macam mana nak kira patah perkataan? Nak suruh hang ke amer kirakan? Haha. Waktu mula saya active dengan adsense. Saya guna microsoft word sahaja untuk mengira patah perkataan post saya. Sebelum post saya akan clict ctrl all(select all) dan tekan ctrl C. Then paste di microsoft word. Dekat bawah sekali tu. Rujuk gambar. 

Selepas itu, jangan letak gambar banyak sangat dalam post. Kalau letak dalam 2 3 gambar ok lah. Sebab pihak google tak suka anda letak gambar terlalu banyak dalam blog post anda. Akan membuatkan pembaca anda rimas. Saya pernah di reject sebab post terlalu banyak gambar. Jadi saya kena edit balit post saya, dan buang gambar-gambar yang tak penting untuk post itu. Manakala untuk post yang tak cukup patah perkataan, saya akan type lagi sampai cukup 200pp. Tapi kalau macam susah je, saya akan turunkan sahaja post itu dengan (revert to draft). 

3.Buang Post Merapu. 
Maaf ye saya cakap merapu tu. Tapi sebagai blogger berumur seperti blog saya. Memang banyak entry merapu seperti Wordless Saturday, dan sewaktu dengan nya. Post macam ini memang tiada faedah bagi google. Jadi sebelum apply adsense. Eloklah buang post-post yang merapu yang tak cukup 200pp itu. 



4. Post Segment, Giveaway dan Youtube
Selain dari post merapu. Maaf lah ye. Post berunsur segment dan giveaway eloklah anda buang atau revert to draft. Ini disebabkan kebanyakkan post tersebut tak mempunyai patah perkataan yang mencukupi. Post seperti anda berkongsi video di dalam post anda. Post tersebut boleh dibuang juga sebab bagi google, jika anda nak earn duit through video, anda boleh membuka account adsense for youtube. 

5.Elak Guna Bahasa Singkatan 
Sebagai pembaca yang matang, mereka lebih suka membaca ayat yang ditaip full. Anda tahu bukan ayat singkatan seperti brb, f2f, mlm, ska, sy, awk dan sebagainya. Selain itu, agak sukar untuk google translate untuk translate blog anda dengan betul disebabkan penggunaan bahasa singkat itu. 

6. Pastikan Blog Anda Tidak Pernah Didaftar Ke Google Adsense Sebelum Ini. 
Untuk mengellakkan adsense anda direject. Lebih eloklah anda guna email yang belum pernah di daftar ke adsense. Kalau anda pernah mendaftar ke adsense dan anda cuba lagi menggunakan email yang lain, anda akan membazir masa sahaja. Pihak adsense akan tahu email blog anda sebelum ini dan meminta anda untuk menggunakan hanya satu email sahaja. Kepada yang belum pernah daftar, teruskan sahaja mendaftar. 

7. Jangan Ubah Design Blog Sepanjang Tempoh Mendaftar. 
Selepas anda request atau memohon untuk adsense account anda untuk di approve. Pihak adsense akan menyemak blog anda, seperti menyemak posting dalam blog anda berkualiti ke tidak. Selalunya tempoh tunggu result daftar akan mengambil masa 3 hari hingga seminggu. Jadi kena banyak bersabar. Sepanjang menunggu result atau keputusan dari adsense. Ada baiknya anda jangan ubah design template blog anda. 


8. Letak Sitemap, About Me, Contact dan Disclaimer. 
Anda boleh refer di dalam blog saya. About me yang lebih menceritakan tentang saya dan menceritakan blog ini tentang apa. Disclaimer ialah ayat yang menyatakan semua kandungan dalam blog anda adalah milik anda kecuali dinyatakan ianya dari sumber lain. Dan contact me itu ialah medium untuk pembaca berinteraksi dengan saya. 

Anda digalakkan untuk membaca posting saya ini. Cara Lulus Adsense Mudah. Jika ada sebarang pertanyaan, silalah tanya di rungan comment di bawah. Terima Kasih. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Tips Daftar Lulus Adsense Walaupun Pageviews Dan Followers Sikit. "

Info yang sangat berguna... Mula2 daftar adsense klasifikasi kan blog ngan adult content... terpaksa buang 1 post... :-) Sekarang tunggu approval lagi... lama dah ni... hehe

Memang hebat tips ni.. terima kasih kongsi.. Memang berguna untuk blogger newbie seperti saya :)

mcm mana nak letak iklan kat tgh entri?

NoorAzlan... rugi tak apply adsense. Dorang bayar in dollar... masyukk kalau rajin update blog. good luck broo.. nak lulus adsense tu lah leceh sikit

Abdul Wafi. Kalau saya. saya buat secara manual. Ambik code and letak dekat tengah2- blog. ada je tutorial dia. Tapi saya guna tutorial letak iklan setiap bawah title post. jangan letak banyak sangat iklan dlm post or blog. Nanti payment click semakin sikit kalau orang click. :D

guna tutorial ini bro.
bloggertipstricks.com/adsense-below-post-title.html

Check out my new bloglist review post! Maybe you are the one :P
|| https://ameridzuan.blogspot.my/2017/03/amerzing-bloglist-review.html

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top