------------------- [ Tips Terbaik Wajib Baca ] -------------------

Tip dan Petua Membeli Kasut


Assalammualaikum pembaca blog yang dikasihani dan disayangi. Chewah. Kali ini aku nak share sikit cara aku membeli kasut. Kepada mereka yang baru nak menceburi dunia fashion. Boleh lah ikut tip yang aku nak share di bawah ini. Ye lah, sebelum ni beli kasut, dah sampai rumah, eh ketat pulak kasut ni. Jadi ikuti tips di bawah. 

Tip dan Petua Membeli Kasut 
Elak shopping berseorangan. 
Yes. When it goes to shoes, I'll bring someone to accompany me and give a recommendation to me. Kadang-kadang mata kita rambang nak pilih kasut yang mana. Jadi kena bawa seorang teman, kawan baik mahupun ahli keluarga sebab mereka lebih jujur memberi pandanga. Kita nak beli kasut ni bukan beli baju. Kasut ni lagi-lagi yang ada brand. Mahal lah kan and nak pakai dalam masa yang lama. 

Pilih Warna Kegemaran.
Pernah tak dengar, eh kau ni asyik asyik beli yang hitam, asyik asyik hitam. Aku suggest korang beli warna kegemaran korang. Kalau aku, warna kegemaran aku ialah biru dan hitam. So kebanyakkan kasut aku yang warna hitam dan biru je yang aku selalu pakai. Kalau color kuning dan kelabu tu jarang-jarang lah aku beli. Jadi, beli kasut warna kegemaran korang je. Nanti beli-beli, tapi color tu korang tak minat (sebab nak style) then kasut tu jadi penguni rak kasut je. 

Tip dan Petua Membeli Kasut 

Cari Tapak Kasut Yang Selesa 
Senang je, korang picit je guna jari. Kalau rasa macam picit span je. Selesa lah tu. Kalau picit macam picit pemukaan kayu ataupun pemukaan buku. Tu boleh menyebabkan kaki korang cepat sakit. Jadi carilah kasut yang nyaman dipijak. Korang boleh cuba lompat-lompat guna kasut tu. (minta kebenaran salesman dulu ye sebelum melompat). 

Berjalan-jalan satu kedai. 
Tips aku makin pelik. Tapi korang nak pakai lama kan kasut tu. Tak nak lah kasut tu jadi penghuni tegar rak kasut. So, minta jurujual tu kedua-dua kasut tu. Pakaikan kedua-dua kasut tu dikaki. Dan cuba berjalan-jalan dalam kedai kasut tersebut. Kalau rasa selesa dan pegerakan rasa bebas dan kasut tu rasa tak berat. Boleh lah beli. Pastikan korang selesa waktu berjalan dengan kasut tersebut ok. Kalau rasa sendat je, elok minta size yang lebih besar. Kalau rasa macam longgar sangat better tukar yang lebih kecik. 

Pergi Waktu Malam. 
Kalau shopping kasut ni, harus pergi waktu malam. Sebab waktu malam, kaki kita mengembang paling kembang nya. Apa aku merepek ni. Yes, kaki kita ada masa mengecut ada masa mengembang. Korang boleh google pasal ni. Jadi waktu malam adalah paling bagus untuk membeli kasut. Jadi kalau korang beli kasut waktu pagi, takut time malamnya baru korang terasa kasut tu sendat sebab pada waktu malam kaki kita memang akan membesar. Membesar tu takdelah besar giant. Just mengembang. 

Tip dan Petua Membeli Kasut  
Kasut dekat atas tu. Kasut biru tu aku beli guna first duit gaji aku kerja di Quiksilver. Kasut New Balance tu. Hihi. biarlah rahsia. Nyesal pulak beli warna kelabu. Better aku ambik warna hitam je dulu. Nak kelainan punya pasal. Terbeli color kelabu. P/s tu aku saja testing tali kasut, mana satu yang kena lagi dengan kasut tu. Kasut ni kalau nak beli kena fikir dulu sebab harga nya mahal. Kita beli untuk pakai lama. Selain mnembeli yang branded punya, biarlah kalah membeli menang memakai. Yang biru tu cepat faded. Sedih pulak aku mengenangnya. Next time aku tak nak beli kasut jenis kain macam tu. Next time aku beli jenis leather punya.

Kasut leather Puma aku dibeli di alikhsan langkawi. Sayang bebenar aku dengan kasut tersebut. Tapi malangnya, ada hari tu aku dah lewat nak turun kerja. Then aku letaklah kasut tu atas bumbung keta then aku masuk dalam keta ingat nak masuk kasut dalam kereta. Haha. Lupa pulak kasut atas bumbung, dalam perjalanan ke tempat kerja, kasut yang kedua jatuh baru aku perasan yang aku letak kasut atas bumbung. Kasut satu dah dijumpa, tapi satu lagi kasut tu tak dijumpa. Rasa Mr Cinderella lah pulak haha. Sebab tu lah terpaksa beli kasut biru tu untuk turun kerja. 

Aku rasa tu je lah tips aku nak kongsikan. Kalau korang masih jugak was-was nak beli kasut tersebut, yelah dah lah mahal takut tak lama pakai atau salah pilih. Aku suggest korang ambil gambar kasut idaman korang tu. Ambil 3 lah at least. Dan korang pergi makan dulu dekat restaurant berdekatan. Then lepas makan korang buat pilihan. :D Selamat membeli belah. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tip dan Petua Membeli Kasut "

Comment Anda ?

 
Template By KunciDunia
Back To Top